Dearest Fans,



Nubhan ketika membuat persembahan di Karnival Kicau Ria bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort pada 25 Disember yang lepas. Pada hari kejadian Nubhan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Aku Atau Dia, Diredup Matamu dan Oh Juwita.






Dearest Fans,

Video Nubhan ketika di Teh Tarik 1 - KLFM. Selamat menonton!


Dearest Fans,

Gambar Nubhan ketika membuat persembahan di Teh Tarik 1 anjuran KLFM bertempat di Restoran Upin Ipin, Seksyen 7 Shah Alam pada 24 Disember 2010 yang lepas. Nubhan merupakan salah seorang artis jemputan selain kumpulan Padi, Black, Mohd & Ali Terarossa. Pada hari kejadian Nubhan menyanyikan 2 buah lagu iaitu Aku Atau Dia & Diredup Matamu.





Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika di Majlis Makan Malam Kasih Sejuta Harapan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember 2010 yang lepas.




Dearest Fans,

Nubhan ketika di Nasi Lemak Kopi O TV9 pada 17 Disember 2010 yang lepas. Selamat menonton! :)







Dearest Fans,

Pada Sabtu yang lepas, 18 November 2010, Nubhan merupakan salah seorang artis yang membuat persembahan selain Estranged, Grey Sky Morning & Mila untuk rakaman Konsert Muzika Aktif bertempat di Sunway Lagoon. Di konsert tersebut, Nubhan menyanyikan dua buah lagu iaitu Aku Atau Dia & Oh Juwita.

Dearest Fans,

Nubhan menyanyikan lagu Now & Forever ketika di Majlis Makan Malam Sejuta Harapan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 November yang lepas.


Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 20 DIS 2010: Selain sibuk memberikan fokus serta tumpuan terhadap album solo pertamanya berjudul Langkah Nubhan, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 6 (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan juga semakin hari dilihat semakin aktif menjadi pengacara bagi program Intrend di RTM bersama pelakon dan penyanyi, Mimie Haris.


ANAK Jati Negeri Sembilan ini, mengambil masa agak lama untuk muncul dengan album solo sendiri, meskipun pernah hits dengan lagu ‘Ada Untukmu’ di awal kemunculannya dulu.

Namun bagi Nubhan tempoh tiga tahun itu dirasakan berbaloi dengan kualiti dicapai menerusi albumnya, Langkah Nubhan. Sementelah lagi, beberapa single menerusi album itu mendapat sambutan menggalakkan.

Lagu Oh Juwita, Seadanya Aku dan Aku atau Dia, misalnya, sering diputarkan di kebanyakan stesen radio tempatan.

“Sepanjang tiga tahun, saya dan pihak pengurusan berusaha menghasilkan yang terbaik album ini. Walaupun mengambil masa lama, bersyukur keluar juga album sendiri.

“Dalam tempoh itu, saya bukanlah menyepi. Sekurang-kurangnya, saya ada single yang sering dimainkan dan itu membuatkan saya masih mampu bertahan hingga ke hari ini.

“Malah judul Langkah Nubhan yang digunakan album ini pun mempunyai maksud tersendiri. Inilah permulaan Nubhan dan dengan adanya album ini, saya harap dapat mengatur langkah seterusnya dengan baik,” ujar Nubhan ditemui ketika pelancaran albumnya di sebuah kelab di ibu kota.

Nubhan menjelaskan, faktor pertukaran pihak pengurusannya, Artistes Unnited Record (AUR) yang dulunya diterajui penyanyi Ning Baizura, memerlukan masa menyesuaikan diri dengan pihak pengurusan baru.

“Walaupun Kak Ning, tidak lagi menguruskan saya secara rasmi, namun dia masih membantu dan mengambil tahu mengenai karier saya. Malah dia juga terbabit memilih lagu untuk album saya.

“Sejak dulu saya anggap Ning kakak dan ‘sifu’ saya. Dia banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat ” kata Nubhan yang turut menjemput sifunya itu ke majlis pelancaran itu.


*Sumber: Sinar Harian Online

Dearest Fans,

Cerita mengenai Nubhan terima anugerah Remaja Perdana di Konvesyen Anugerah Belia MAYC 2010 & Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (Mentor) 2010 di Media Hiburan keluaran 18-24 Disember 2010.

Pihak pentadbiran Nubhan FC & Nubhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nubies, fans & adik-adik Tahfiz yang hadir ke majlis tahlil dan doa selamat Nubhan FC yang telah berlangsung pada Khamis lepas di Masjid Negara. Ucapan terima kasih juga kepada Ustaz Jefri yang telah mengetuai bacaan tahlil. Terima kasih! :)

Dearest Fans,

Jangan lupa saksikan rancangan In Trend minggu ini dalam episod Ikut Rentakku pada jam 3.30 petang hanya di saluran TV 2.



*Pics credit to In-Trend

Dearest Fans,

Dapatkan majalah Mangga keluaran Januari 2011 sekarang kerana terdapat cerita Nubhan dan juga gambar Nubhan bersama Nubies ketika aktiviti Santai Nubies @Jeram Toi yang berlangsung pada November lalu. Dapatkan di kedai majalah berdekatan! :)







LANGKAH Nubhan, itulah judul album sulung Ahmad Nubhan Ahamad, 24, atau lebih mesra disapa Nubhan. Begitu simbolik sekali judul album perdana produk program realiti Akademi Fantasia 6 (AF6) ini yang membawa pelbagai maksud tersendiri buat dirinya.
Sabar menanti, tiga tahun menjadi tempoh masa buat anak bongsu daripada lapan beradik ini lahir dengan album sendiri.
Album Langkah Nubhan memuatkan tujuh buah lagu yang menampilkan beberapa komposer ternama negara seperti Tam Spider, Audi Mok, Sharon Paul, dan tidak ketinggalan kumpulan 6ixth Sense yang baru berjinak-jinak mencipta lagu buat penyanyi lain.
Ketika ditemui baru-baru ini, pelantun lagu Oh! Juwita melahirkan rasa puas hatinya dengan kelahiran album pertama itu.
“Ramai yang tertanya-tanya mengapa saya mengambil masa yang terlalu lama untuk hadir dengan album.
“Secara jujurnya, album Langkah Nubhan mengambil masa yang lama kerana saya mahu memastikan semua lagu yang dimuatkan dalam album ini bagus dan menepati cita rasa pendengar,” ujar Nubhan teruja


LANGKAH NUBHAN, judul album perdana anak kelahiran Negeri Sembilan ini sudah mempamerkan nawaitu dirinya untuk bergelar penyanyi yang serius.


Jelasnya lagi, hanya tujuh buah lagu daripada 45 buah lagu dipilih oleh dirinya bersama pihak pengurusan untuk dimuatkan ke dalam album.
Nubhan juga tidak menolak faktor peralihan pengurusan baru dirinya yang kini berbumbungkan Artistes United Record Sdn. Bhd. juga membuatkan proses penerbitan albumnya terganggu seketika.
“Tetapi, saya tidak ‘hilang’ terus. Saya muncul dengan dua lagu single Ada Untukmu serta Oh Juwita.
“Selain itu, saya turut berlakon dan muncul dalam filem Lagenda Budak Setan, sebuah filem yang diangkat daripada novel hasil karya Ahadiat Akasyah. Walaupun hanya diberi watak sampingan, banyak yang sudah saya pelajari,” ujarnya jujur.
Teratur dan pantas
Teruja bercerita mengenai album debutnya, Nubhan menganggap ini adalah sebuah permulaan untuk bergerak dengan lebih teratur dan pantas dalam bidang nyanyian.
Namun dalam menghasilkan sebuah album sulung, cakap-cakap belakang turut terkena kepada diri penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini.
Dia dicop sebagai seorang penyanyi yang tidak mempunyai identiti muzik tersendiri.
Semuanya kerana Nubhan menyanyikan lagu ciptaan kumpulan 6ixth Sense dan Spider.


MENTOR dan juga pengesan bakat Nubhan, Ning Baizura (kiri) yakin dengan potensi yang ada dalam diri anak muda tersebut.


“Sebenarnya saya bertuah mendapat lagu-lagu daripada komposer berbakat. Jika peminat mengatakan saya tidak mempunyai identiti sendiri saya berpendapat hujah itu kurang tepat.
“Saya menyanyikan lagu itu mengikut stail saya. Tidak meniru 6ixth Sense mahu pun Spider,” katanya tegas justeru menangkis stigma umum terhadap dirinya.
Sakit belakang
Usia masih muda namun hakikatnya Nubhan kini sudah sering mengalami sakit belakang yang membuatkan persembahannya di atas pentas agak terhad.
“Saya boleh menyanyi dan beraksi atas pentas seperti biasa. Tetapi tidak boleh berlebihan kerana bahagian di belakang pinggang akan terasa agak sakit.
“Penyakit ini sudah lama saya hidapi malah semenjak kecil lagi akibat kemalangan kecil yang saya alami semasa kanak-kanak dahulu. Namun syukur kini keadaannya tidak teruk sangat kerana saya sudah menjalani rawatan secara tradisonal,” katanya.

DARI kiri: Fauzi Samad, Ning Baizura dan Michael Ang merupakan tunjang kepada pergerakan karier nyanyian Nubhan selama ini.



Kehilangan ayah tercinta pada Januari tahun lepas, Ahamad Abd. Rahman akibat serangan jantung juga menimbulkan sedikit sebanyak kesan emosi kepada diri Nubhan.
Justeru,dia juga mendekatkan diri dengan Allah dengan mendalami ilmu agama di sebuah surau yang terletak di kampungnya, Kuala Pilah dan sebuah madrasah tahfiz di Ampang.
“Maklum sahaja dunia hiburan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mendalami ilmu agama membuatkan saya lebih tenang dan hidup lebih teratur,” katanya yang mula serius dengan ilmu agama selepas ayahnya meninggal dunia.

*Sumber: Kosmo online

Dearest Fans,

Sedikit cerita mengenai album Langkah Nubhan di Nasi Lemak Kopi O TV9 :)


Dearest fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika di rakaman Juara Antara Juara Muzik10 anjuran Muzik FM. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik DI SINI.


Dearest Fans,

Pada Sabtu lepas bertempat di Giant Senawang, Nubhan telah membuat persembahan untuk rakaman Juara Antara Juara Muzik10 anjuran Muzik FM. Nubhan telah menyanyikan 2 buah lagu iaitu Aku Atau Dia & Oh Juwita. Selamat menonton! :)






*Gambar akan diupload kemudian

Dearest Fans,

Nubhan akan membuat persembahan di Konsert Muzik Aktif yang akan diadakan pada Sabtu, 18 Disember 2010 ini di Sunway Lagoon pada jam 2.30 petang. Kepada fans yang berminat untuk pergi ke konsert ini, boleh bagi nama kepada Harney Marhoney (di Facebook) untuk dapatkan tiket masuk. Tiket terhad untuk 15 orang sahaja. So, siapa cepat, dia dapat! TQ :)

Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika di belakang pentas sebelum membuat persembahan ketika di separuh akhir Muzik Muzik 25 pada 8 November yang lepas.


*Untuk melihat lebih banyak gambar boleh klik DI SINI
*Photographer: Arif Ramlan

Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika membuat persembahan di Summit, Batu Pahat untuk mempromosikan album terbarunya, Langkah Nubhan. Terima kasih fans di Batu Pahat.


*Pics credit to Firdaus Faizal