Dearest Fans,

Pada Ahad (29/11/09) lalu, Nubhan telah berada di Jusco Seremban 2 untuk satu persembahan MYFM TM STREAMYX FUN TOUR. Nubhan telah menyampaikan 4 buah lagu pada hari tersebut. Antaranya ialah lagu Cari Jodoh (Wali Band), Fall For You, Tercipta Untukku dan Seadanya Aku.

Below is the pics captured during Nubhan's performances. Enjoy! ;-)

Di backstage sebelum memulakan show


Bersama peminat cilik



*Video akan di'upload' kemudian. TQ :)

Dearest Fans,

Pada 17 Oktober yang lalu, Nubhan telah menjayakan Konsert Gempak Astro di Kluang Johor. Di konsert tersebut, Nubhan telah menyanyikan lagu Terasing bersama Akim dan Reza. Di bawah ini adalah beberapa gambar Nubhan di konsert tersebut. Semua gambar credit Halida Hilmi.

Pics credit to Halida Hilmi



Dearest Fans,

Di bawah ini adalah video Nubhan menyanyikan lagu Joget Pucuk Pisang ketika menjadi artis jemputan di Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009 yang lalu yang telah disiarkan di TV 2. Kepada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya hari itu, boleh menonton di sini dan untuk melihat gambar, boleh klik DI SINI. Selamat menonton!




*Minta maaf di atas kelewatan meng'upload' vid ini.

Credit pic to Waniey



Nubhan kasihan wanita

Assalamualaikum. Saya salah seorang peminat Nubhan. Saya ada beberapa soalan untuk anda.

1. Apa perancangan dalam bidang nyanyian mahupun lakonan?

2. Ada sesetengah kawan saya mengatakan Nubhan dulu jejaka lembut. Saya tak percaya tapi nak dapatkan pengesahan daripada Nubhan sendiri.
* Biarlah Rahsia, Selangor.
NUBHAN
1. Nubhan masih lagi terlibat dalam beberapa persembahan pentas selain masih lagi menunggu album sulung yang akan menemui peminat tidak lama lagi.
2. Hahaha... Masa bila pula kegiatan tersebut berlaku. Tak pernah pun Nubhan terlibat dalam perkara tersebut. Kasihan pada wanita memandangkan lelaki sudah semakin kurang. Hahaha.

Album baru bulan hadapan
Assalamualaikum. Saya mula mengikuti kerjaya seni Nubhan sejak menonton Akademi Fantasia.
1. Bagaimana cara untuk peminat berhubung dengan Nubhan secara lebih dekat?
2. Bilakah album pertama Nubhan akan dipasarkan?
3. Antara lagu-lagu nyanyian Nubhan, mana satukah yang paling Nubhan sukai?
* Amnani Farhanah, Shah Alam, Selangor.
NUBHAN
1. Kalau nak mengetahui mengenai Nubhan dengan lebih dekat awak boleh layari di www.nubhanfc.forumotion.com, www.nubhan-cayalah.blogspot.com, Facebook-nubh07@yahoo.com, YM-nubhabc@yahoo.com.my.
2. Jika mengikut perancangan dalam bulan Disember ini sudah berada di pasaran. Jadi kepada peminat harap dapatkan yang original ya.
3. Banyak sebenarnya. Antara lagu yang paling Nubhan suka termasuklah Ada Untukmu dan single yang terdapat dalam album terbaru nanti iaitu Aku Atau Dia.

Punyai ramai kawan baik
Assalamualaikum Nubhan.
Saya amat meminati Nubhan dan di sini saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada Nubhan.
1. Selain menyanyi, Nubhan juga telah menunjukkan bakat Nubhan dalam berlakon drama dan iklan. Jadi, apakah pandangan Nubhan mengenai lakonan Nubhan setakat ini?
2. Siapakah kawan baik Nubhan sekarang?
3. Ringkaskan karakter Nubhan dalam satu perkataan.
* Nurul Natasha, Selangor.
NUBHAN
1. Secara jujurnya Nubhan lebih meminati bidang nyanyian. Lakonan itu kalau ada masa terluang dan Nubhan sendiri sedar bahawa lakonan Nubhan masih perlu banyak diperbaiki. Baru-baru ini juga Nubhan dapat tawaran berlakon dan akan menjalani penggambaran pada awal tahun 2010 nanti. Nantikan ya.
2. Nubhan memang mempunyai ramai kawan baik antaranya Faizal AF6, Toi dan ramai lagi.
3. Sempoi!

Selit sebuah lagu Cina
Hai Nubhan, apa khabar? Harap sihat sentiasa dan dilimpahi rezeki yang berlipat kali ganda.
1. Tidak minat berlakon dalam mana- mana filem? Ada dapat tawaran mana- mana?
2. Apa rahsia Nubhan menghayati sesebuah lagu dengan penuh perasaan?
3. Pernah terfikir untuk berduet dengan artis Cina di Malaysia untuk sesebuah lagu, inikan dapat merealisasikan konsep 1Malaysia
dalam industri muzik negara.
* Haruto, Rawang, Selangor.
NUBHAN
1. Nubhan ada berlakon dalam filem romantik yang akan ditayangkan pada 2010 nanti dan Januari nanti Nubhan akan mula berlakon dalam satu telefilem. Jangan lupa tonton ya.
2. Sebenarnya untuk menghayati lagu bukanlah satu perkara yang mudah. Kena faham lirik dan meletakkan diri dalam situasi tersebut. Itu pasti akan membuatkan Nubhan lebih menghayati setiap baris lirik.
3. Dalam album baru nanti Nubhan ada menyanyikan sebuah lagu Cina. Untuk berduet dengan penyanyi Cina tu mungkin belum masanya kot. Tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.

Buat seikhlas hati
Assalamualaikum Nubhan. Saya merupakan peminat setia anda sejak dahulu lagi dan berharap anda sudi menjawab soalan saya.
1. Adakah anda membuat pilihan yang tepat dengan menjadi seorang penyanyi?
2. Apakah yang perlu anda lakukan selain menghiburkan peminat anda supaya mereka dapat menjadikan anda idola atau ikon mereka?
3. Jika anda telah bertemu dengan wanita pilihan yang mempunyai ciri-ciri kesukaan anda, tanpa si dia mengetahuinya, gambarkan kelakuan atau sikap anda bila berdepan dengannya?
* Azlina Zaini (Lina), Jeddah, Arab Saudi.
NUBHAN
1. Menjadi penyanyi memang minat saya sejak kecil. Kalau kita buat sesuatu perkara atas dasar minat, Nubhan rasa itu merupakan perkara yang yang paling tepat dan lagi penting jika ditambah dengan keikhlasan hati kita. Capai apa sahaja yang anda impikan.
2. Apa perkara yang kita lakukan perlulah disertakan dengan hati yang ikhlas. Selain itu menjaga penampilan dan imej yang baik juga amat penting dalam membina karier supaya menjadi ikutan.
3. Susah nak jawab soalan anda ni. Hahaha. Paling penting tunjuk gaya gentleman, sering bertanya khabar dan kelakar.

Stacy hanya kawan biasa
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nubhan kerana tersenarai dalam Top 5 di Semifinal Muzik Muzik.
1. Benarkah hubungan Nubhan dan Stacy sudah renggang seperti yang diperkatakan?
2. Apakah pengalaman pahit dan manis Nubhan sepanjang bergelar anak seni?
* Akira, Seremban, Negeri Sembilan.
NUBHAN
1. Nubhan dan Stacy hanya kawan dan tak lebih daripada itu. Jadi tak ada makna hubungan kami renggang memandangkan kami hanya kawan biasa sahaja.
2. Banyak pengalaman yang Nubhan kutip sepanjang perjalanan ini. Ada kalanya Nubhan rasa seperti mahu berhenti daripada menyanyi. Tapi yang manis apabila Nubhan dapat membantu keluarga.

Cari wanita penyayang
Hai Nubhan saya amat meminati Nubhan dari Akademi Fantasia lagi. Sebagai peminat saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Nubhan.
1. Apakah ciri-ciri wanita idaman Nubhan?
2. Nubhan tak teringinkah menceburi bidang lain seperti mengacara?
* NURNADIAH, Batu Pahat, Johor.
NUBHAN
1. Nubhan suka wanita yang penyayang, manja, pandai memasak dan hormat orang tua.
2. Kalau boleh semua bidang Nubhan nak sertai. Tapi biarlah Nubhan memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang nyanyian barulah Nubhan memikirkan bidang yang lain.


Dearest Fans,

Pada Jumaat yang lalu, Nubhan telah berada di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk Separuh Akhir Ke-2 Muzik-Muzik. Nubhan telah mempertaruhkan lagu SEADANYA AKU ciptaan oleh Sharon Paul dan lirik oleh Azalea. Gambar-gambar di bawah diambil sewaktu Nubhan berada di back stage pada hari tersebut.



Credit to Halida Hilmi


Credit to Rpetra's Flickr

Dan di bawah ini adalah video Nubhan ketika menyanyikan lagu Seadanya Aku di Separuh Akhir ke-2 Muzik-Muzik. Selamat menonton.



Credit to Izah1237

Lagu Seadanya Aku telah terpilih di antara Top 5 untuk minggu itu. Untuk keputusan penuh lagu mana yang layak ke AJL 24, nantikan keputusan pada 20 Nov 2009 (Jumaat) di TV3.

Dearest Fans,

Seperti yang semua sedia maklum, Nubhan ada berlakon sebagai penghantar bunga di dalam drama Cinta Lelong lakonan utama Erra Fazira & Aaron Aziz yang telah disiarkan di Astro Ria. Pada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya, boleh menonton di sini. Selamat menonton.




Credit pic to Mr V

*Minta maaf di atas kelewatan membuat posting ini. TQ ;)

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


ARTIS dengan lagu markah tertinggi pada separuh akhir kedua, Akim, Black, Stacy, Estranged dan Nubhan.

Kehadiran peminat setia program realiti terbitan Astro hangatkan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 24.
SEJAM sebelum pintu Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral dibuka, kelihatan begitu ramai sekali peminat berbaris panjang di luar studio yang terletak di aras lima kompleks beli-belah di Shah Alam. Mereka menunggu dengan sabar untuk sama-sama memeriahkan acara siaran langsung peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 24 yang berlangsung pada 13 November lalu.
Sebaik saja pintu dibuka, peminat terus memenuhkan setiap ruang yang ada di studio terbabit. Daripada kerusi di depan pentas sehinggalah ke bahagian belakang, segenap sudut diisi penonton. Sekali pandang, jika diukur kepada kedatangan orang ramai, acara malam itu umpama sebuah pertandingan akhir bagi sesuatu program.
Apatah lagi sebahagiannya datang siap membawa sepanduk penyanyi kegemaran masing-masing. Apabila diamati, kesemua sepanduk yang dibawa memaparkan artis kelahiran program Akademi Fantasi (AF).
Penangan kemunculan kelab peminat yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, sebaik saja wujudnya program realiti itu, nampaknya turut memberikan kesan besar kepada kehangatan minggu kedua peringkat separuh akhir Muzik Muzik.
Ia memang berbeza pada minggu pertama peringkat yang sama, tidak sampai separuh pun penonton yang hadir menyokong artis kesukaan mereka. Tetapi, apabila saja ada artis AF yang bertanding, peminat setia mereka tidak ketinggalan memeriahkan program. Lebih-lebih lagi apabila hampir 70 peratus penyanyi yang bersaing pada malam berkenaan adalah bekas pelajar rancangan realiti yang popular itu.
Pada malam itu, artis AF yang muncul di pentas ialah Nubhan dengan lagu Seadanya Aku (ciptaan Sharon Paul/lirik Azalea), Aizat dengan Fikirlah (Anas), Akim dengan Bengang (Amir/Sheikh Qalam), Adam dengan Benar-Benar (Edry), Stacy dengan Pakai Buang (Edry), Riz berduet bersama Alyah menyampai lagu Ku Pinjam Satu Bintang (Ajai/Slen) dan Rich bersama kumpulannya, Estranged, dengan lagu Aurora (Estranged).

Artis lain yang turut bersaing ialah Jinbara dengan lagu Joget Tak Tau Joget (Anak Jin/Anak Jin & Palut), 6ixth Sense dengan Khatimah Cinta (6ixth Sense), Black dengan Aku Rindu Sayang Kamu (Yuzai) dan Grey Sky Morning dengan Cinta Gila (Sharnizad & Hafizal / Hafizal).
Apatah lagi apabila ramai sudah maklum, kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu meletakkan seseorang artis satu anak tangga lebih tinggi dalam dunia seni tanah air. Persembahan yang baik pada acara akhir itu nanti bakal meninggalkan kesan mendalam kepada jutaan peminat serta pemerhati seni, sebagaimana dilakukan Stacy pada edisi sebelum ini.
Lalu, apakah peluang itu sekali lagi bakal digenggam wanita muda dari Sabah ini apabila lagu nyanyiannya turut melekat dalam senarai Top 5 (lagu dengan markah paling tinggi) pada minggu lalu? Selain Stacy, artis AF lain yang boleh tersenyum apabila sebelah kaki bagai sudah melangkah ke AJL24 ialah Akim, Estranged dan Nubhan.
Melengkapkan senarai Top 5 minggu itu ialah juara rancangan Mentor musim ketiga, Black. Stacy tetap tampil bertenaga dalam setiap persembahannya, termasuk ketika bersaing pada separuh akhir. Kelebihannya yang mampu menari dan menyanyi tanpa menampakkan unsur ‘mahu pancit’, pastinya memikat hati juri yang dianggotai Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakub dan Akadiat Akashah.
Begitupun, pujian harus diberikan kepada Nubhan yang memperlihatkan peningkatan tatkala mengalunkan lagu indah ciptaan Sharon Paul, Seadanya Aku. Bermula sederhana, tetapi anak muda dari Negeri Sembilan ini berjaya memukau penonton dengan kemampuannya membina kemucak lagu sedikit demi sedikit menerusi penyampaiannya yang dikira baik.
Nubhan memberikan keadilan kepada lagu terbabit serta membuktikan dirinya bukan artis mi segera yang hanya berbekalkan rupa ala artis Hong Kong atau Korea semata-mata. Suara serak-serak basahnya berupaya meletakkan lagu berkenaan pada tempatnya yang sesuai.
INFO: Muzik Muzik 24
Minggu ini, lapan lagi lagu akan dipertandingkan pada separuh akhir ketiga. Lagu berkenaan ialah Situasi nyanyian Bunkface, Rindu Terhenti (Tomok), Patri (Jinbara), Masih Jelas (Hafiz), Pergi (Aizat), Bencinta (Faizal Tahir), Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Ketika Ini (Estranged).
Lagu dan artis mana yang akhirnya bakal berentap pada pentas AJL24 di Stadium Putra Bukit Jalil, 10 Januari nanti, akan diketahui apabila lapan lagu berkenaan selesai dipersembahkan. Separuh akhir ketiga dilangsungkan pada 20 November, jam 10 malam di Sri Pentas 2.



Source: Berita Harian Online

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

RapPOPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.

Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.

"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.

"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.

"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus," katanya.

Penyanyi yang sebelum ini popular menerusi lagu Ada Untukmu, Nubhan, pula menyatakan perasan terkejut apabila lagunya, Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul bersama Azalea terpilih memasuki top 5 lagu pilihan juri ke AJL 24. Katanya, dia tidak menyangka juri memilih lagunya kerana berasakan setiap penyanyi yang bertanding pada malam itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.

"Persembahan untuk saingan kali ini turut memberikan saya cabaran dari aspek menyanyi secara langsung. Untuk memberi persembahan terbaik, saya perlu mengawal vokal dan pernafasan dengan baik".

"Lagu ini antara lagu wajib yang saya sering nyanyi ketika persembahan pentas. Saya tahu persembahan saya masih mempunyai kekurangan, tetapi sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik".

"Kekuatan lagu ini mungkin terletak pada melodi dan penghayatan kepada pendengar. Jika pendengar menghayati lagu ini, mereka pasti terhibur," katanya.

Nubhan menyatakan masih terlalu awal untuk membuat andaian lagunya layak ke AJL 24. Sekiranya terpilih, ia menjadi penghormatan besar untuknya yang buat kali pertama melangkah ke pertandingan berprestij itu. Mengenai penjurian kali ini, dia tetap berpuas hati biarpun format berubah."Juri bijak menilai setiap lagu yang bertanding dan bersikap adil dalam membuat keputusan. Sistem terbuka kali ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.

"Cabaran lebih besar apabila semua penyanyi bersaing sesama sendiri manakala peminat mungkin melihat sesuat genre lagu itu diketepikan apabila tidak dipilih. Bagaimanapun, itu bukan masalah besar kerana jika juri percaya pada kekuatan lagu berkenaan, rezeki tidak ke mana," katanya.

Akim pula yang tampil dengan imej rambut baru gembira dengan kejayaan lagunya yang menambat hati juri. Ketika ditemui selepas program berkenaan berakhir, dia berpuas hati dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Bengang ciptaan Amir dan Sheikh Qalam.

"Saya puas kerana dapat sampaikan persembahan mengikut apa yang peminat mahukan. Ketika membuat persediaan sebelum persembahan, saya memberi fokus pada aspek vokal iaitu penekanan pada lirik mengikut melodi.

"Nyata, atas sokongan anggota keluarga, peminat dan rakan, lagu saya ini dipilih antara lima lagu pilihan juri ke AJL24. Sebenarnya saya gementar juga ketika membuat persembahan kali ini.

"Mungkin kerana persembahan terakhir, ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Sepatutnya, saya ingin buat beberapa pergerakan ketika persembahan, tetapi kerana gementar, ia tidak dapat dibuat.

Di sebalik kejayaan awal lima lagu pada separuh akhir kedua ini, persoalan juga menjurus pada penguasaan bekas peserta Akademi Fantasia yang menunjukkan kemantapan pada vokal dan persembahan pentas. Namun, Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria berkata tidak timbul kenyataan sedemikian yang dikatakan mendominasi jumlah lagu pilihan juri untuk ke AJL24.

Katanya, juri bukan memberi markah berdasarkan faktor itu, tetapi keputusan juri dibuat mengikut kekuatan sesebuah lagu yang difikirkan layak ke AJL24. Mengikut format penjurian, sebanyak 70 peratus markah dinilai pada lagu sebelum persembahan manakala selebihnya bergantung pada persembahan penyanyi pada malam itu.

"Pertandingan ini memberi fokus pada saingan lagu dan bukannya penyanyi. Seperti yang dijelaskan pada saingan separuh akhir pertama lalu, lima lagu yang dipilih tidak semestinya layak ke AJL24.

"Dalam pada itu, kami juga tidak mengamalkan sistem kuota yang mewajibkan artis yang bernaung di bawah TV3 turut layak ke peringkat akhir. Sama ada kumpulan One Nation Emcee mahupun Black, mereka dipilih juri kerana faktor lagu dan persembahan yang menarik.

"Apapun, segala keputusan muktamad hanya diketahui pada separuh akhir ketiga nanti dan hanya 14 lagu yang akan bertanding pada AJL24," katanya.

Pada saingan separuh akhir kedua lalu, setiap persembahan peserta dinilai lima juri profesional iaitu komposer Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan selaku ketua juri.


* Source: Harian Metro Online

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


MALAM Jumaat lalu, lima lagi lagu diumumkan sebagai top 5 mengungguli markah antara sebelas lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut.Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, lima lagu yang diumumkan sebagai top 5 bukanlah keputusan muktamad yang membolehkan langkah mereka untuk mara ke peringkat akhir.

Lima lagu yang berjaya memperoleh markah tertinggi pada peringkat separuh akhir pusingan kedua yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, Shah Alam minggu lalu ialah Aurora ciptaan, lirik dan nyanyian Estranged; Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul, Lirik oleh Azalea nyanyian Nubhan serta Pakai Buang ciptaan dan lirik oleh Edry KRU nyanyian Stacy.

Tidak ketinggalan ialah Bengang ciptaan Amir, lirik oleh Sheikh Qalam yang dinyanyikan oleh Akim serta Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan dan lirik oleh Yuzai nyanyian Black.Melihat kepada barisan lagu-lagu yang berjaya disenaraikan pada top 5 minggu lalu, rata-rata didominasi oleh lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang realiti TV.Selain Estranged, empat daripada mereka iaitu Stacy, Nubhan, Akim dan Black adalah bintang-bintang kelahiran Akademi Fantasia dan juga Mentor.

Mengulas hal tersebut, Pengurus Produksi Hiburan, Primeworks Studios Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakaria ketika ditemui selepas tamat pertandingan tersebut memberitahu, secara kebetulan pada malam tersebut lagu-lagu terbaik adalah nyanyian bintang realiti."Biarpun diumumkan sebagai top 5, namun mereka belum tentu dapat melangkah ke peringkat akhir."Ini merupakan sebuah pertandingan untuk lagu-lagu yang terbaik. Bukan untuk pertandingan mana-mana artis realiti.

"Kita tidak kira sama ada Akademi Fantasia ataupun Mentor, asalkan lagu mereka terbaik, maka lagu tersebut akan terpilih."Kita menilai dari sudut lagu-lagu yang mereka nyanyikan dan mungkin secara kebetulan, pada malam ini di kalangan lagu-lagu yang dipertandingkan lagu-lagu nyanyian mereka adalah yang terbaik," katanya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pemilihan lagu-lagu yang bakal melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara lagu 24 (AJL24) yang bakal diadakan pada 10 Januari tahun depan dilakukan oleh juri yang sama.Mereka ialah Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan selaku ketua juri."Tahun-tahun yang lalu, kita mempunyai pelbagai kategori untuk lagu-lagu yang dipertandingkan.

Sebab itu pada setiap minggu pada peringkat separuh akhir, jurinya bertukar ganti."Ketika itu apa yang kita mahukan ialah juri yang menilai mempunyai kepakaran bagi kategori yang dipertandingkan."Namun, apabila diperkenalkan kepada konsep terbuka, kita gunakan juri yang sama untuk menilai lagu-lagu yang dipertandingkan pada setiap peringkat separuh akhir," kata Fadzliniza.

Pada peringkat separuh akhir, hanya 30 peratus markah diberikan manakala 70 peratus lagi telah diberikan pada sesi penilaian sebelum ini menerusi cakera padat. Sekilas tentang lagu-lagu yang berjaya mengumpul markah tertinggi pada peringkat separuh akhir bagi pusingan pertama ialah Kau Aku ciptaan, lirik dan nyanyian oleh Aizat; Tak Mungkin Kerna Sayang ciptaan Ajai, lirik oleh Habsah Hassan yang dinyanyikan oleh Alyah dan Aku Scandal ciptaan dan lirik oleh Noh nyanyian kumpulan Hujan.

Tidak ketinggalan, Dan Sebenarnya ciptaan, lirik dan nyanyian oleh Yuna serta Raja Gelek ciptaan dan lirik oleh Damien Mikhail dan One Nation Emcees yang dinyanyikan oleh One Nation Emcees.Tidak mahu proses penilaian disalaherti oleh pelbagai pihak, menurut Fadzliniza, dua daripada juri pertandingan dipertanggungjawabkan menilai lirik manakala dua lagi menilai dari segi lagu.

"Kita baru nak pilih 14 buah lagu yang bakal melangkah ke peringkat akhir nanti. Juri-juri yang kami pilih kali ini rata-rata memahami tentang peranan mereka yang tersendiri."Saya rasa lagu-lagu untuk top 5 yang terpilih sama ada pada minggu ini dan minggu lalu semuanya adalah lagu-lagu yang popular yang biasa kita dengar. Tidak ada pun lagu-lagu yang kita tidak pernah dengar sebelum ini," katanya.

Pernah diangkat sebagai juara bagi lagu Itu Kamu pada AJL22, kumpulan muzik Estranged mencipta peluang ketiga apabila kali ini, impian untuk melangkah ke AJL24 hampir menjadi kenyataan apabila lagu nyanyian mereka Aurora berjaya tersenarai sebagai top 5.Tahun lalu, Estranged berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL23 menerusi lagu Yang Pernah."Ini peluang yang ada bagi kami untuk menonjol sebagai calon berkumpulan. Kami melihat ini satu perkembangan baik untuk industri hiburan tempatan."Lagu Aurora kami rasa agak istimewa kerana dari segi muzik dan lirik ia memang berlainan. Kami akan mencuba buat yang terbaik," kata Rich mewakili rakan-rakannya.

Seperti Estranged, Stacy juga mengumpul pengalamannya beraksi di pentas akhir AJL23 tahun lalu menerusi lagu Aku Stacy.Biarpun memberi persembahan yang cukup bertenaga namun ketika itu rezeki tidak berpihak kepadanya.Menerusi lagu Pakai Buang, langkah Stacy ke pentas keramat AJL24 kian terbuka apabila lagu tersebut turut diumumkan sebagai salah sebuah lagu yang berjaya mengumpul markah tertinggi minggu lalu."Saya terkejut, walaupun keputusan ke peringkat akhir belum muktamad namun, berjaya mendapat top 5 dan membuat persembahan pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik saya betul-betul bersyukur."Kalau ada rezeki ke akhir, saya akan cuba yang terbaik. Sokongan padu daripada peminat ketika membuat persembahan menaikkan semangat saya untuk lebih menjiwai dan seronok ketika membuat persembahan," katanya.

Berbanding Estranged dan Stacy, tiga lagi penyanyi iaitu Black, Nubhan dan Akim yang mendapat markah tertinggi pada minggu lalu masing-masing melahirkan rasa kesyukuran dengan peluang cerah untuk melangkah ke peringkat akhir."Ini pengalaman pertama saya berjaya memasuki peringkat separuh akhir Muzik-Muzik di mana pentas yang amat diidam-idamkan oleh kebanyakan artis tanah air. Ini merupakan satu lagi langkah untuk saya pergi ke tahap yang lebih tinggi," kata Akim.

Bagi Nubhan pula, saingan hebat daripada artis lain yang bertanding membuatkan die bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik dalam persembahannya. "Lagu ini memang sudah selalu saya nyanyikan. Cuma, semangat ketika bertanding dengan semangat ketika membuat persembahan biasa memang berbeza," kata Nubhan.
Sementara itu, bagi Black pula, segala usahanya yang pernah dirotan Mentornya, Mas Idayu ketika menyertai Mentor tidak lama dahulu akhirnya berbaloi apabila lagu nyanyiannya, Aku Rindu Sayang Kamu berjaya tersenarai sebagai top 5."Pengalaman belajar dengan Mas Idayu memang banyak membantu saya. Malah, sehari sebelum bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, saya ada menghubungi mentor saya untuk mendapatkan beberapa panduan," katanya.

* Source : UTUSAN ONLINE

Dearest Fans,

Di Pancaindera (Mingguan Malaysia) Ahad ini (22/11/09), ruangan Artis Jawab akan memberi peluang kepada Nubhan untuk menjawab apa juga soalan dari peminat. Kepada peminat yang ingin bertanyakan soalan kepada Nubhan, boleh menghantar soalan anda melalui e-mail: pancaindera@utusan.com.my atau faks kepada 03-92213752.

Soalan boleh juga dipos kepada Pancaindera di alamat:
Artis Jawab/Nubhan,
Pancaindera, Mingguan Malaysia,

46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.

Surat hendaklah sampai sebelum hari Khamis.


Sekian, terima kasih

JOE LEE
Monday, November 16th, 2009 03:42:00

Contenders and performers at Muzik Muzik: (Front row from left) Akim and Nubhan; (Back row from left) Black, Stacy and Estranged


THE cracks have begun to show.
Beneath the gold and gild of the prestigious composition competition that is Muzik Muzik, questions have now been raised on whether the judging process for the new system is adequate to fairly determine which songs actually deserve to face-off at the final of Anugerah Juara Lagu.
With 30 per cent of the decisive score for live performance determined on the night of competition, added on to the 70 per cent of the pre-judged composition value, the results are now open to question, more so now since it has been revealed that both processes involve the same handful of judges.
Does this mean that few are well-qualified enough to single-handedly determine the best worthy compositions in the country?
After all, with all due respect to the esteemed names which include the likes of Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakup and Ahadiat Akashah, even the Anugerah Industri Muzik has two levels of evaluation with numerous judges involved to avoid abuse of the system.
In the previous format of Muzik Muzik, when it was broken into three categories of Pop Rock, Ballad and Ethnic Creative, judges were rotated with each leg of the semifinal.
While this was claimed to be due to the genre specialisation, now that the competition is open without defining categories, perhaps a more comprehensive judging process is all the more necessary.
After all, being in the industry, everyone has their favourites or people they’ve worked with. Dare we even mention the question of personal preference?
After the positive start — despite the laughable inclusion of Raja Gelek as performed by One Nation Emcees, the second installment of the show was a downer for the same reasons that provided a nagging ‘sensation’ as to the judges’ previous top picks.
There was definitely nothing much to fault from the quality of performances, or even strength of songs competing — as much as how doubts now creep in over just how fair the competition is.
With seven performers out of eleven competing with their songs championed from the Akademi Fantasia alumni, it was definitely not too far from the fan billing of the show as ‘the best Akademi Fantasia concert’ in a long time — even better than the recent attempts by Astro, which produces the popular reality TV program.
And in the midst of it all, came speculation that Aku Rindu Sayang Kamu that was performed by Black would be a shoo-in just like Raja Gelek to top the challengers for the night.
After all, just like One Nation Emcees, the song’s performer fell into the supposed quota of ‘Media Prima in-house talent’.
And while the rumour has been disputed repeatedly, it was a confirmation of sorts, when after four former Akademi Fantasia talents were announced to be in the top five, Black was included to no real shock.
It was not so much about the song making it, as it had more merits to be deserving of the high score to enable it to be in the top five — as opposed to Raja Gelek.
Just maybe, the insinuation that it may have gotten in on other merits sat uneasily with many.
Aurora, wholly the work of Estranged, was definitely deserved. Displaying a sense of newfound maturity in their performance, their showmanship was laid-back, and they didn’t seem to even bother to try, despite sounding as tight as ever, with frontman Rich delivering well in the vocals department.
Though it must be said that true, he did muff up the lyrics of the tune in the heat of the moment.
Sharon Paul and Azalea’s Seadanya Aku was also well-delivered by Nubhan and earned its spot in the top five.
His breathy, almost nasal tone may get on your nerves. If it doesn’t, you’ll be among the screaming fans.
Credit to him however, as the boy has shown a marked improvement in his ability to deliver, though you can’t help but feel that the reverb was thrown up to a maximum to aid him just a little bit.
Edry KRU’s Pakai Buang may be reminiscent of any KRU-composed pop ditty.
However, Stacy is known more for her showmanship, and she did blow the audience away with her performance.
It was a blisteringly energetic show by 6ixth Sense, and Stacy stamped her mark as one of the best overall entertainers, not only among newcomers, but even with more seasoned campaigners in the business.
Amir and Sheikh Qalam’s Bengang was obviously the hit of the night, with the crowd going wild, as Akim closed the show with his explosive delivery.
Somewhere in the mix was a ho-hum epitome to mediocrity in Yuzai’s Aku Rindu Sayang Kamu which was done, just okay, by Black.
Forget Jinbara’s laughable Tahu Tak Tau Joget or more dated catalogue Ajai with Ku Pinjam Satu Bintang as performed by Alyah and Riz.
Dismiss the eyebrow-raising sham that was Cinta Gila by Sharnizad and Hafizal which was performed by Grey Sky Morning and the extremely lame Edry KRU-penned Benar-Benar which had Adam taking pop music back by 20 years.
Anas’ Fikirlah, performed by younger brother Aizat was a nice tune, though it paled in comparison to the latter’s Kau Aku which was at the top of the heap the previous week.
The big win for the night — which ended up losing, at least for now, was 6ixth Sense’s self-penned Khatimah
Cinta.
Like last year, the boys, who were responsible for some of the most fresh sounds, are now facing the very real possibility that they have missed the ride to the finals through no fault of theirs.
While many felt Khatimah Cinta deserved a spot, it seems doubtful that the song — a fresh take of a Malay rock ballad - will make the cut. A shame, as apart from Khatimah Cinta, the likes of Dan Sebenarnya, Aku Skandal dan Kau Aku is a handful of tunes which have gotten Malaysian music fans excited for the right reasons.
For now at least, with a lame judging system, it will be interesting to see how TV3 tweaks the mechanism this far into the competition to ensure the right thing is done.
After all, they keep repeating that the top five for each semifinal leg is no guarantee of a final berth. Then again, when a good song is placed lowly — what chance does it have against cr*p placed much higher?


*Source: Malay Mail Online


MENONTON bahagian kedua separuh akhir Muzik-Muzik pada Jumaat lalu seolah-olah seperti sedang menyaksikan konsert mingguan Akademi Fantasia (AF).
Jauh berbeza 'reaksi' penonton yang hadir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam kali ini berbanding bahagian pertama separuh akhir Muzik-Muzik, minggu lepas.
Semuanya gara-gara penangan 'graduan' AF yang memonopoli separuh akhir kedua ini yang mana tujuh daripada 11 buah lagu yang bertanding pada malam tersebut adalah terdiri daripada nyanyian bekas pelajar AF iaitu Nubhan, Riz, Aizat, Akim, Adam dan Stacy serta vokalis Estranged, Rich yang juga merupakan alumni AF.
Apa yang menariknya, kebanyakannya penonton hadir bersama kelab penyokong artis AF pujaan mereka dengan membawa sepanduk.

Estranged mempersembahkan lagu 'Aurora'. -foto The Star oleh SAMUEL ONG

Sorakan yang didengari setiap kali penyanyi kesayangan mereka itu muncul di pentas sememangnya seperti melihat mereka bersaing di pentas konsert mingguan AF.
Cuma mungkin bezanya, 'konsert AF' kali ini menghimpunkan 'peserta-peserta' AF yang terbaik selama tujuh musim ia dijalankan!
Nubhan dengan lagu 'Seadanya Aku'.
Apapun, 11 buah lagu yang bertanding pada malam itu adalah Aurora nyanyian Estranged, Seadanya Aku (Nubhan), Tahu Tak Tahu Joget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (Sixth Sense), Bengang (Akim), Aku Rindu Sayang Kamu (Black), Cinta Gila (Grey Sky Morning), Benar-Benar (Adam) dan Pakai Buang (Stacy).
Dan jika minggu lalu menyaksikan lima buah lagu nyanyian Yuna, Aizat, Hujan, Alyah dan One Nation Emcees diumumkan sebagai 'Top 5' berdasarkan kutipan mendapat markah tertinggi, kali ini lima buah lagu yang mendapat markah terbanyak pada bahagian kedua ini ialah Estranged, Nubhan, Stacy, Akim dan Black.
Stacy meriah dengan 'Pakai Buang'.
Format pemarkahan separuh akhir adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dan dicampur dengan 70 peratus markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan.
Barisan juri profesional yang terlibat ialah Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiah Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan yang bertindak selaku ketua juri.
'Aku Rindu Sayang Kamu' taruhan Black.
Namun, seperti mana yang diperkatakan minggu lalu, lagu-lagu yang berada di kelompok 'top 5' belum lagi dapat mengesahkan tiket mereka untuk bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun ini.
Masih ada lapan buah lagu lagi yang bakal bertanding pada bahagian ketiga separuh akhir Jumaat depan dan pengumuman 14 buah lagu yang layak ke 'final' nanti akan dibuat pada hari tersebut.
Akim tampil dengan 'Bengang'.
Dan jika ada antara lagu-lagu lain yang mempunyai markah lebih tinggi daripada lagu-lagu 'top 5' itu tidak kiralah lagu di minggu pertama, kedua atau ketiga, maka tidak mustahil lagu-lagu tersebut berpeluang terpilih antara 14 buah lagu ke peringkat akhir.
Ditanya tentang artis-artis AF yang dilihat 'memonopoli' bahagian kedua separuh akhir ini, kata Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, semua itu bukannya dirancang.
"Ini adalah pertandingan lagu, bukannya konsert AF, konsert Mentor mahupun konsert GangStarz. Mungkin juga kebetulan pula penyanyi-penyanyi seperti Nubhan, Stacy dan Akim mempertaruhkan lagu yang bagus.
"Tetapi apapun, seperti yang kita sudah jelaskan sebelum ini, masih awal untuk mengesahkan tempat mereka di peringkat akhir kelak," katanya yang juga menafikan wujudnya sistem 'kuota' di dalam pertandingan ini setelah ada yang mempertikaikan apabila dua buah lagu nyanyian 'produk' Media Prima iaitu One Nation Emcees dan Black diangkat antara lagu 'top 5' untuk bahagian pertama dan kedua separuh akhir ini.
Dalam pada itu, diajukan tentang barisan juri profesional kali ini, kata Fadzliniza, keempat-empat juri serta ketua juri, Azhar Borhan sudah cukup 'kuat' untuk membuat penilaian terhadap 30 buah lagu yang bertanding pada peringkat separuh akhir ini.
"Tahun-tahun terdahulu kita mempunyai juri berbeza setiap minggu kerana sewaktu itu, lagu-lagu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif. Tetapi kali ini tiada lagi kategori-kategori tersebut dan semua lagu bertanding secara terbuka.
"Walaupun kita ketengahkan juri-juri yang sama untuk tiga bahagian separuh akhir pada tahun ini, barisan juri ini sudah cukup untuk menilai lagu-lagu bertanding.
"Lagipun, kita bukannya nak memilih juara lagi, hanya untuk mencari 14 buah lagu terbaik. Pada peringkat akhir nanti, kita akan menampilkan barisan juri yang lain," ujarnya lagi.
Pada 20 November ini, bahagian terakhir separuh akhir Muzik-Muzik akan menyaksikan saingan lapan buah lagu nyanyian Faizal Tahir, Misha Omar, Jinbara, Hafiz AF, Tomok, Aizat, Estranged dan Bunkface sebelum 14 buah lagu yang layak diumumkan selepas persembahan berakhir.
Komen Top 5:
Estranged:
"Saingan kali ini agak mencabar kerana kategori sudah terbuka dan perlu bersaing dengan pelbagai genre lagu lain. Tetapi kami melihat senario ini secara positif. Bagi kami, peluang untuk kumpulan muzik melangkah lebih jauh dalam Muzik-Muzik memang ada, cuma perlu berdepan dengan saingan sengit."
Stacy:
"Saya memang terkejut. Walaupun belum tentu ke peringkat akhir, tetapi saya tetap bersyukur kerana lagu Pakai Buang tergolong di dalam Top 5. Berjaya atau tidak ke 'final', itu perkara nombor dua kerana dapat berada di tahap ini juga sudah cukup baik."
Akim:
"Ini adalah kali pertama saya sertai separuh akhir Muzik-Muzik dan bersyukur apabila lagu Bengang berada di dalam kelompok Top 5 kali ini. Bagi saya, ia ibarat melangkah setapak lagi setelah saya menyertai AF dulu."
Nubhan:
"Saya sama sekali memang tidak menyangka untuk berada di dalam Top 5. Tetapi, ini tidak bermaksud saya akan ke peringkat akhir kerana keputusan belum muktamad. Apapun, saya sudah cuba yang terbaik."
Black:
"Saya memang sudah selesa nyanyikan lagu tersebut dan pastinya saya bangga apabila lagu itu terpilih sebagai Top 5 minggu ini. Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada mentor saya, Mas Idayu yang banyak membantu memberikan panduang. Malah, sebelum buat persembahan, saya terlebih dahulu menghubunginya untuk dapatkan tips-tips tertentu."


*Sumber: mStar Online

Dearest Fans,

Pada hari Ahad (8 November 2009) yang lalu, Nubhan telah menjadi salah seorang artis undangan di Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009 yang telah disiarkan secara langsung di TV 2. Pada hari tersebut Nubhan telah menyanyikan lagu Joget Pucuk Pisang.





*Video Nubhan ketika menyanyikan lagu ini akan di'upload' kemudian. TQ


Teks oleh Ellyna Ali



KUALA LUMPUR, 14 NOV 2009: Bagaikan sebuah konsert Akademi Fantasia (AF) begitulah suasana yang tercetus dalam pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik (Bahagian 2) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Daripada 11 lagu yang dipertandingkan, 7 daripadanya telah dipersembahkan bekas bintang AF termasuklah juara AF musim 6 iaitu Stacy yang mendapat sorakan paling meriah daripada peminat yang berada di dalam dewan tersebut.

Suasananya lebih terasa apabila bebeberapa bintang AF ini turut mendapatkan sokongan padu daripada ahli kelab peminat mereka bersama sepanduk yang tertera nama dan wajah mereka.

Begitu pun, barisan juri telah sebulat suara memilih Aurora nyanyian kumpulan Estranged, Pakai Buang (Stacy), Seadanya Aku (Nubhan), Bengang (Akim) dan Aku Rindu Sayang Kamu (Black) sebagai lagu Top 5 dalam pertandingan itu.

Namun keputusan malam tadi bukanlah muktamad kerana ia bergantung juga kepada persembahan artis lain pada minggu seterusnya. Dengan erti kata lain, pemilihan 14 lagu ke final akan diketahui selepas melihat kedudukan markah selepas 3 minggu Separuh Akhir bersiaran.

Barisan juri yang bertugas adalah komposer Helen Yap, Azman Abu Hassan, penulis lirik Mohariz Yaakob, novelis Ahadiat Akashah serta Azhar Borhan selaku Ketua Juri.

Format permarkahan pertandingan separuh akhir ini adalah berdasarkan 30 peratus markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan 70 peratus penilaian yang dibuat sebelum persembahan.

Lagu lain yang gagal berada di dalam senarai Top 5 ini adalah Tahu Tak Tau Berjoget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Riz & Alyah), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Cinta Gila (Grey Sky Morning) serta Benar-Benar (Adam).

Separuh Akhir Bahagian 3 pula akan diadakan pada di tempat yang sama minggu depan (20 November). Antara artis yang bakal mempertandingan lagu mereka adalah Bunkface, Tomok, Jinbara, Stacy, Aizat, Faizal Tahir dan Misha Omar.


*Sumber: Murai.com

____________________________________________________________________

Artis Realiti Kuasai Top 5 Separuh Akhir Muzik-Muzik 2


Kecuali Estranged, melalui lagu pencalonan mereka "Aurora", empat tempat di Top 5 di bolot oleh artis-artis realiti.

Mereka adalah juara Mentor 3 dan Akademi Fantasia 6, Black ("Aku Rindu Sayang Kamu") dan Stacy ("Pakai Buang") serta dua rakan seperjuangan Stacy dari AF musim 6 dan 7, Nubhan ("Seadanya Aku") dan Akim ("Bengang").

Mereka berjaya mengalahkan Jinbara ("Tahu Tak Tau Joget"), Alyah & Riz ("Ku Pinjam Satu Bintang"), Aizat ("Fikirlah"), 6ixth Sense ("Khatimah Cinta"), Grey Sky Morning ("Cinta Gila") dan Adam ("Benar-Benar").

Sekali lagi diingatkan, kedudukan mereka di Top 5 tidak bermakna mereka akan ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Mereka masih perlu bersaing dengan Top 5 dari minggu lepas serta lapan lagi finalis yang akan berentap di Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu depan. Siapa yang bakal layak ke AJL akan terjawab pada 20 November ini.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Seperti minggu lepas, panel juri terdiri daripada Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakup, Ahadiat Akashah dan Azhar Borhan.


*Sumber: Gua.com

Dearest Fans,

PENGUMUMAN TAMAT. TICKETS WERE FULLY BOOKED. TQ ;)

____________________________________________________________________

Tiket Separuh Akhir Muzik-muzik pada 13 November 2009 (Jumaat) telah dibuka. Kepada yang ingin menghadirkan diri, sila beri nama anda di forumotion Nubhan FC atau SMS/call Kikey : 012-2444290 atau Tira : 016-9482962.


**Tiket diutamakan kepada Nubies dahulu. Nubies yang hadir perlulah memakai baju rasmi Nubhan FC (Cayalah!). Kepada yang tiada, boleh membuat pembelian dengan menghubungi Kikey.

**Diingatkan, tiket adalah terhad! First come first serve!



*Untuk maklumat lanjut, sila layari http://nubhanfc.forumotion.com/



Sekian, terima kasih.

earest Fans,


Pada Sabtu & Ahad yang lepas, Nubhan telah mengadakan satu persembahan di Kota Karamunsing, Sabah sempena TM @ Chillout. Bagi fans fans Nubhan yang tidak berkesempatan untuk melihat & menonton persembahan Nubhan di sana, berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh Nucy, salah seorang fans Nubhan yang berada di Sabah.










Thank you Nucy for the pictures and video!

Dearest Fans,

PENGUMUMAN INI TELAH TAMAT, HARAP MAKLUM

TERIMA KASIH... :)



----------------------------------------------------------------------------------------


Dearest Fans,


Perhatian kepada semua Nubies...

Adalah dimaklumkan, NFC ada menganjurkan satu lagi pertandingan istimewa untuk anda semua.
Masa yang diberi : Sebaik sahaja pengumuman ini dibuat sehingga jam 9 malam ini.

Apa yang perlu anda semua buat ialah.....

Lengkapkan ayat dibawah ini.

Kenapa saya perlu dipilih untuk bersantai bersama Nubhan.... (Kalau boleh jangan la panjang-panjang ayat tu, kang payah pulak nak pilih kan)


Untuk yang bertuah, anda akan berada bersama Nubhan di:-


Tempat : Theme Park Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Tarikh : 4 November 2009 (Rabu)
Masa : 12 pm – 3 pm(Make sure yang bagi nama & bagi penyertaan tu free pada masa & tarikh yang telah ditetapkan.)
Bayaran : Tak ada apa-apa bayaran, free jer...ambil gambar & bersuka rialah dengan Nubhan sepuas-puasnya.


Memandangkan ianya adalah anjuran majalah Sensasi...maka anda semua akan masuk majalah la nampaknya nanti. Adalah dimaklumkan, pemilihan adalah diutamakan kepada Nubies yang jarang bersua dengan Nubhan, tetapi....ianya juga terbuka kepada Nubies berdaftar dan tidak berdaftar.So, you guys free untuk hantar penyertaan sebanyak mungkin. Sila ambil perhatian, hanya 5 orang Nubies sahaja yang akan dipilih untuk tujuan ini.

Pemilihan akan dibuat oleh pihak pengurusan Nubhan FC & akan diumumkan pada pagi esok.


** Untuk yang menghantar penyertaan, sila beri nama & nombor telefon anda kepada Tira : 016-9482962 atau kikey : 012-2444290 supaya mudah dihubungi kelak.**


Setakat ni, AJK adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Harap maklum.



Pengumuman dibuat atas persetujuan dan keizinan Presiden & Naib Presiden Nubhan FC.


More info, please visit http://nubhanfc.forumotion.com/