HI-TEA WITH CELEBRITY NUBHAN 2012
Date | 2nd Jan 2012 (Monday)
Venue | Penview Hotel, Kuching Sarawak
Time | 2 pm- 6 pm
Theme | Red &  white
Ticket | RM 40

More information, please call
014-6804520
016-8847447
016-8918470
013-5606309

Flash Party Media Hiburan 
27th December 2011 (Tuesday) | Taman Botani Shah Alam

Pics credit to BME Entertainment

Interviewed by DIVA (RTM)



Interviewed by KRU TV



 Media Hiburan | 24 Dec - 30 Dec 2011



Berita Minggu | 25 Disember 2011



Pihak pengurusan Nubhan, Nubhan FC dan Nubhan sendiri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir ke majlis An Evening With Nubhan yang telah berlangsung Ahad lepas. Terima kasih kepada wakil Penaung Nubhan FC, Cik Khairani Dato' Khalid, para media, keluarga Nubhan, Nubies & para peminat yang memeriahkan majlis. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para penaja yang menaja majlis ini, BME Entertainment (Official Marketing), Sandra Azwan (Official designer), Hair Kunst (Hair style), Starbucks, Alaf 21, Moy Publications, Norhafiza Hanafi (Dlicious Homemade Chocolate House & Cutie Craft Collection), Suraya Kamarudin (Coklat Manes), Yusnizah Mohd Yuzar (YMY Choco & Craft), Siti Khadijah Abd Majid (CT Chocolate), Kyra Kasih, Noorhayu Baharuddin (cupcakes) & Din Brothers. Terima kasih banyak-banyak. Jumpa lagi di event akan datang!


Date : 21 December 2011 | Wednesday
Venue: Concorde Hotel, Shah Alam



Get Gaya Travel magazine ( December 2011) & get new information about Nubhan & his pictures


Untuk membaca artikel penuh, sila klik DI SINI


Jom Heboh TV 3 - Booth Gua.com
Date: 3rd December 2011
Venue: Stadium Bukit Jalil
Perform: Oh Juwita

Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)



Behind the scene - Photoshoot for Hi Tea With Celebrity Nubhan 2012 
Date: 29th November 2011
Venue: Nusantara Studio



©2011 Copyright by BME Entertainment™





Sedetik Lebih - Hiburan Malam Minggu Date : 19 November 2011 Venue : Dataran Bandar Penawar, Desaru


Video credit to BME


Nubhan at vocal class practising Pokok for Semi Final Muzik Muzik tomorrow (25th November 2011) that will be held at Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam & will be live at TV3, 9pm.
-Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)-

23rd November 2011


22nd November 2011


21st November 2011



Video credit to BME 

Sabtu November 19, 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Peserta yang terpilih ke peringkat Juara Lagu semalam.


SHAH ALAM:Lima lagu yang mendapat markah tertinggi pada minggu pertama peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 dijangka layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.
Lagu tersebut adalah Kisah Hati ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan dinyanyikan oleh Alyah, Mata Hati (Audi Mok/ Nubhan), Beribu Sesalan (Kevin Chin/ Tinta/ 3 Suara), Awan Nano (M. Nasir/ Budi Hekayat/ Hafiz) dan Gadis Semasa (Yuna).
“Segala keputusan juri adalah muktamad dan kita mempertandingkan lagu dan bukannya penyanyi.
“Juri memilih lagu yang terbaik dan bukan yang popular. Misalnya lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy mendapat sorakan gemuruh, tetapi lagu itu tidak mempunyai rezeki untuk tersenarai dalam lima lagu mendapat markah tertinggi,” kata penerbit Muzik Muzik 26, Nurhul Huda Khalid selepas acara tersebut berakhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat malam.
Enam lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Muda (Noh Hujan/ Hujan), Di Penghujungnya (Edry Abd Halim/ Iqa), Janji (Akim), Maaf Dari Hati (Mohd Atlas/ Sofazr), Kisah Dongeng (Edry Abd Halim/ Stacy) dan Babak Pertama (Ammar Habir/ Aepul/ Drama).
Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Lim Swee Tin dan Azhar Borhan.
Komen artis terpilih:
Nubhan – “Selepas kali keempat terpilih ke peringkat separuh akhir, ini merupakan kali pertama saya berjaya melepasi peringkat ini.
"Saya tidak meletak harapan untuk mendapat tempat di peringkat akhir. Bagaimanapun, saya bersyukur dan akan bersedia sepenuhnya."
Yuna – “Saya tak jangka apa-apa untuk lagu Gadis Semasa kerana menganggap lagu Penakut mempunyai harapan untuk ke peringkat akhir.
"Saya anggap sudah menjadi rezeki lagu ini untuk terpilih antara yang layak ke peringkat akhir.
"Kalau dah sampai ke tahap ini, saya dan ahli band lain akan memikirkan tentang susunan lagu yang lebih menarik sebagai persediaan untuk ke peringkat akhir.”
Hafiz – “Pada mulanya saya berharap lagu ini berjaya ke peringkat seterusnya tetapi tidaklah meletak harapan setinggi gunung.
"Jadi, apabila terpilih antara yang top 5, saya rasa perlu melakukan yang terbaik."
3 Suara – “Ini merupakan kali pertama tiga penyanyi yang menyanyikan sebuah lagu terpilih untuk ke AJL.
"Ikutkan masing-masing gementar kerana lagu ini diminati ramai dan sebolehnya kami tidak menghampakan peminat.
"Tetapi apabila penonton memberikan sorakan dan tepukan, kami rasa lebih bersemangat dan menjadi kekuatan untuk lakukan yang terbaik.”
Alyah – “Ini merupakan kali kedua saya terpilih untuk ke peringkat akhir selepas kali ketiga bertanding di peringkat separuh akhir.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pemilihan ini walaupun saingan sengit dan saya rasa sedikit terganggu dengan sistem bunyi serta baru sembuh dari pembedahan apendiks.”

*Sumber: mStar Online

Untuk mengetahui cerita lanjut, dapatkan majalah Mangga keluaran Disember sekarang! 

Pics credit to BME

15th November 2011
In vocal class preparing Mata Hati for Semi Final Muzik Muzik 26 this Friday, 18th November 2011. 

*Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)


Pics credit to Syuib



ANUGERAH SKRIN 2011
4th November 2011
PWTC


Nubhan wearing Taufik Tailor (sponsored)




*Pics credit to Syuib & BME Entertainment. For more pics, click HERE.


Interview oleh Radio Johor FM (Live)
30 Oktober 2011 (Ahad)

*Pics credit to Syuib (Nubhan's Manager)



Gambar-gambar & video Nubhan ketika di Karnival Karangkraf pada 29 Oktober 2011 (Sabtu) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

*Pics & video credit to Syuib & BME Entertainment






Meet Uncle Hussain Pilih Nubhan Nyanyi Lagu Pokok

Nubhan (kiri) akan menyanyikan lagu Pokok bersama-sama Meet Uncle Hussain pada pertandingan separuh akhir AJL 26 pada 25 November depan. - Foto AHMAD IZZRAFIQ

PETALING JAYA: Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) nekad untuk memilih penyanyi Nubhan berbanding Hazama untuk menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.
Lagu tersebut akan dipertandingkan pada 25 November depan, pukul 9 malam di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu.
“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya sebab kami memilih Nubhan dan tidak Hazama.
“Ini kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut.
“Kebetulan, Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26.
“Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada kami.
“Lagu Pokok memang lagu yang dicipta khas untuk Hazama. Bagaimanapun sekiranya Nubhan yang akan bawakan, Taja pasti lakukan susunan semula lagu itu agar bersesuaian untuk Nubhan.”
Sementara itu, Nubhan ketika diminta memberikan komen tentang perkara tersebut, dia hanya menyerahkan perkara itu kepada MUH.
“Saya hanya menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Pokok sekiranya diminta oleh MUH.
“Bagaimanapun, saya berharap peminat lagu ini tidak membandingkan suara antara saya dan Nubhan,” kata Nubhan.

*Sumber - mStar Online

Shooting Galaksi Muzik, TVi 180 Astro di Finas

*Pics credit to BME Entertainment




Gambar-gambar Nubhan di sekitar pengambaran untuk program Galaksi Music untuk siaran TVi 180 Astro. 
*Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)

Behind the scene 01


Behind the scene 02