Dearest Fans,

Pada 12 Sept 09 yang lalu, Nubhan telah mengikuti satu jualan amal bersama HOTFM di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, Kelantan. Mereka mengadakan jualan Bazaar Ramadhan, dan Nubhan telah 'team up' bersama Azura (HOTFM) menjual Nasi Kerabu Ada Budu Hotlink. Lihat saja aksi-aksi Nubhan ketika cuba mencari pembeli untuk membeli nasi kerabu beliau.






Aksi Nubhan ketika sibuk menjual Nasi Kerabu kepada para peminatnya.

Sign autograph untuk peminat.


Bersama peminat di Kelantan.


Kepada semua yang ingin baca details story semasa kejadian, sila layari blog WAJIE for more.

Thanks!

*Credit Pic to Artiste United Records & Wajie.
**Please do not publish this pic without watermark & Official Credit Pic Info. Thanks!

***Sorry lambat upload story. ^^


Dearest Fans,

Ini sambungan drama Satu Hari Di Hari Raya, Episod ke 2. Selamat menonton!!!












Dearest Fans,

Nak tengok Nubhan berlakon lagi...??? Ok, seperti yang semua sedia maklum, tahun lepas untuk drama raya Nubhan ada berlakon dalam drama Ada Cinta Di Hari Raya di Astro Ria. Dan pada tahun ni pula, Nubhan berlakon dalam drama Satu Hari Di Hari Raya di mana Nubhan memegang watak sebagai Dani, seorang yang playboy. Drama ini telah disiarkan selama 2 episod pada Raya pertama & kedua yang lepas di TV9. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menontonnya, boleh menontonnya di sini. Selamat menonton!
















*Nota kaki
-Episod 2 akan di'update' kemudian

Dearest Fans,

Seperti yang semua sedia maklum, Nubhan merupakan salah seorang artis jemputan di dalam rancangan Sampaikan Raya 2009 yang disiarkan pada malam raya yang lepas di TV3. Kepada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya, boleh menontonnya di bawah ini.



Dearest Fans,

Nubhan menjadi artis undangan di dalam rancangan Popular@Muzik Aktif Khas Raya yang telah disiarkan pada Sabtu lepas, 19/09/09. Nubhan telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Ku Pohon Restu Ayah Bonda & Senandung Hari Raya Untukmu duet bersama Ernie (Juara BRTM) & Shereen.







*Nota kaki
-Siaran ulangan untuk rancangan ini akan disiarkan pada hari Sabtu, 3/10/09 pada jam 9 malam.

Dearest Fans,

Nubhan merupakan salah seorang artis yang dijemput oleh Muzik Aktif untuk menjayakan takbir raya di Muzik Aktif. Takbir raya telah disiarkan pada malam raya di channel 180.





SELAMAT HARI RAYA!

Dearest Fans,

Nubhan di dalam Media Hiburan Edisi Khas Aidilfitri keluaran 12-25 Sept 09 di slot Fesyen Lebaran Selebriti.



Dapatkan Media Hiburan sekarang di kedai majalah berhampiran anda!

Dearest Fans,

Seperti yang semua maklum, Nubhan telah menghadiri Majlis 'Yok Sahur' Bersama Murai di Rumah Baitul Hidayah, Puchong. Mereka telah mengadakan sesi sahur bersama kanak-kanak di rumah tersebut. Selain itu, beberapa aktiviti juga turut diadakan bagi menghiburkan kanak-kanak tersebut.Antara artis yang turut hadir pada malam itu adalah, Dr.Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini serta ramai lagi. Lihat saja lah aksi Nubhan bersama anak anak Rumah Baitul Hidayah.












*Credit Pic to Artiste United Records.
**Please do not publish this pic without watermark & Official Credit Pic Info. Thanks!

Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos




KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009: Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.

Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah.

Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman.

Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.

Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya.

Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.

Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri.

"Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.

Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim.

Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.

Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya.


*Sumber: Murai.com.my

Dearest Fans,

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, Nubhan telah di interview dan 'featured' dalam Majalah PEREMPUAN. (Cover depan Nurul Alis)
























Dapatkan majalah PEREMPUAN Edisi September di kedai majalah berhampiran anda! :)

Dearest Fans,

Video klip Ada Untukmu versi Muzik Aktif yang disiarkan di channel 180. Kepada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya, boleh lihat vid di bawah ini.







*Keratan akhbar Berita Minggu (13 September 2009)

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Ahmad Talib (kiri) turun padang mengacau bubur lambuk.
BAGAIKAN tidak lengkap jika tidak menjamah juadah tradisi bubur lambuk pada bulan Ramadan. Pelbagai cara penyediaan bubur lambuk dilakukan, paling menarik apabila penyediaan bubur dilakukan secara gotong-royong. Kemeriahan itu turut dirasai barisan penyanyi, pelakon dan pelawak tanah air di kalangan generasi muda.

Antara mereka termasuklah Diana Danielle, Aizat, Farawahida, Tomok, Nubhan, Farhan, Along Raja Lawak, Zila AF dan kumpulan 6ixth Sense.

Siapa kata golongan selebriti tidak pandai ke dapur, lihatlah betapa cekapnya mereka menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik dan masyarakat sempena Ramadan kali ini. Namun, tanpa bantuan pakar masak, Chef Zamri Idris dari Taylor College dan Chef Souji Gopala dari Kerala, India, mungkin usaha memasak bubur lambuk tidak mampu dilaksanakan.
Mereka bertungkus lumus dalam merealisasikan Program Bubur Lambuk Amal Media 2009 anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, Jabatan Pengarang Harian Metro/Berita Harian/New Straits Times dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga Perumahan Kondo Rakyat, Nestle, Petronas dan Taylor College di Kondo Rakyat, Pantai Dalam, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Artis yang terbabit dalam Program Bubur Lambuk Amal Media 2009.

Program kali kelima penganjurannya dirasmikan oleh Exco Wanita Umno merangkap Ketua Wanita Umno Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Azizah Samad yang mewakili Datuk Seri Shahrizat Jalil. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Berita Dan Operasi Editorial Media Prima Bhd merangkap Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad Talib dan Presiden Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi NSTP, Shahiman Sharip.

Selain bertungkus lumus menyediakan juadah, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan akrab antara artis dengan masyarakat setempat. Program amal itu ditaja Giant (Dairy Farm Giant Malaysia Sdn Bhd), Maggi (Nestle Product), Petronas, Bernas Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Genting Highlands Bhd dan Amanah Raya Bhd.

Sungguhpun peluh membasahi baju ketika menyediakan keperluan juadah, suasana penuh riuh rendah apabila suara `makcik, pakcik’ mengomel menurunkan petua masakan kepada artis muda. Paling menarik apabila gotong royong kali ini disertai pelbagai bangsa yang menggambarkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di negara ini. Masyarakat Melayu, Cina, India dan warga asing seperti Indonesia, China dan Vietnam bergotong-royong memasak 22 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, surau, masjid selain pasukan keselamatan seperti polis, bomba dan kakitangan media.

Diana menyifatkan suasana penyediaan makanan itu sendiri satu pengalaman baru buat dirinya. Sebelum ini, dia hanya perlu membeli saja bubur berkenaan namun menerusi program itu, dia sedikit sebanyak mengetahui cara membuatnya.

"Saya tak pernah menyertai program kemasyarakatan begini sebelumnya. Saya tak sangka dalam kota raya macam Kuala Lumpur masih wujud aktiviti gotong-royong yang begitu harmoni seperti suasana di kampung. Sekarang barulah saya sedar betapa susah menyediakan semangkuk bubur lambuk. Terima kasih pihak penganjur yang sudi mengundang saya. Ini juga pengalaman baru buat saya.

"Bukan mudah menyediakan bubur lambuk kerana menyediakan ramuannya saja sudah membuatkan peluh saya tidak habis-habis menitik. Tiba giliran mengacau ia tambah meletihkan tapi saya puas kerana dapat membantu sekadar yang mampu," katanya.
Diana dan Farawahida mengagihkan bubur lambuk yang sudah masak.
Tomok pula seronok menyertai program yang mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara golongan artis dan masyarakat. Selain itu, dirinya juga terkenang zaman dulu kerana ketika bergotong royong memberi ruang kepadanya bertemu rakan dan jiran tetangga.

"Selama ini, saya hanya tahu makan bubur lambuk tapi tak berpeluang belajar. Barulah saya tahu bagaimana remeh dan renyah membuat bubur lambuk. Saya suka bubur lambuk sejak kecil terutama pada bulan puasa. Tak sangka hari ini saya berpeluang belajar membuatnya sendiri. Apabila bergotong-royong, macam-macam tips memasak dapat saya pelajari daripada ramai makcik di sini," katanya.

Farawahida yang juga Duta Bubur Lambuk berkata, ia adalah kali kelima dirinya menyertai aktiviti kemasyarakatan dan program amal anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi NSTP.

"Juadah bubur lambuk ibarat kemestian bagi saya apabila tiba Ramadan. Setahu saya, kemeriahan bubur lambuk cukup sinonim di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Malah, ia ibarat satu tradisi apabila bubur lambuk cukup terkenal di sana. Begitupun, selepas menyertai program ini tahun demi tahun, saya dapat rasai kemeriahan sebenar menyediakannya. Bayangkanlah ketika melangkah masuk ke Kondo Rakyat, saya sudah dapat menghidu rempah masakan. Malah, saya kagum dan seronok melihat gotong-royong setiap tahun," katanya.


*Sumber: Berita Mingguan

Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan di sekitar rakaman rancangan Popular@Muzik Aktif Khas Raya yang akan disiarkan pada malam raya jam 9 malam di channel 180 di mana Nubhan sebagai artis undangan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya!




*Semua gambar di atas, credit Facebook Muzik Aktif. Untuk melihat gambar-gambar lain sila ke Facebook Muzik Aktif.


*Nota kaki
-TQ Muzik Aktif for the nice pics.

Dearest fans,

Nubhan menyanyikan lagu Mata Hati dalam rancangan Cerita Artis Malaysia 'Tribute to Yasmin Ahmad' yang disiarkan di Astro Ria.




*Nota kaki
- Video ini di'upload' dengan izin & nasihat Presiden NFC.

Dearest fans,

Gambar-gambar Nubhan di sekitar rakaman klip Takbir Raya Muzik Aktif yang akan disiarkan bermula pada malam raya hingga raya pertama di channel 180. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya!




Selamat Hari Raya! :)

*Semua gambar di atas, credit Facebook Muzik Aktif.

Dearest Fans,

Nubhan di rancangan yang berbentuk game show, 1,2...Jus! di NTV7 pada hari Jumaat yang lepas (04/09/09) jam 8.30 malam. Nubhan mewakili kumpulan merah bersama Diana Rusdi. Kepada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya, boleh lihat vids di bawah ini.














Dearest Fans,

Kepada semua fans Nubhan yang ingin menghantar surat atau Kad Raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, anda boleh mengirim surat atau kad raya anda ke alamat berikut :-

ARTISTE UNITED RECORDS (AUR)

SW-02-37, COVA SQUARE,
JALAN TEKNOLOGI,
KOTA DAMANSARA,
PJU 5, 47810 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN


Selamat Hari Raya! ;)


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff, Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohammad
bhnews@bharian.com.my


SELEBRITI tanah air gesa orang ramai untuk turut sama menyatakan ikrar mereka di laman sesawang www.090909.org.my, bagi menyatakan sokongan.

Datuk Siti Nurhaliza, Farah Asyikin dan Nur Fazura serta selebriti tanah air mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors)

SABAN tahun, begitu banyak nyawa yang terkorban setiap kali tibanya musim perayaan. Di negara ini, dengan jumlah kemalangan yang mencecah sehingga 300,000 dan dengan lebih 6,000 kematian setahun, sudah tentu ia satu perkembangan amat membimbangkan.

Sikap pemandu yang cuai pula dikenal pasti antara punca utama berlakunya kecelakaan jalan raya. Bukan tidak ada kempen keselamatan yang diadakan, bukan juga tiada kursus kesedaran dianjurkan, namun jumlah itu tetap meningkat dari setahun ke setahun. Difahamkan, 18 orang terbunuh setiap hari akibat kemalangan jalan raya. Lalu, apa sebenarnya yang perlu dilakukan bagi membendung kemalangan yang makin bertambah ini?
Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang menyedari betapa seriusnya keadaan itu mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan kita semua berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.

Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times menyokong usaha Plus itu dengan menghimpunkan selebriti pelbagai bangsa untuk sama-sama berikrar membendung kemalangan jalan raya. Bukan diri sendiri saja yang berusaha untuk mencegah kecelakaan itu, malah mereka turut menggesa orang ramai untuk turut sama menyatakan ikrar mereka di laman sesawang www.090909.org.my, bagi menyatakan sokongan terhadap usaha murni terbabit.

Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.

Datuk Siti Nurhaliza, Penyanyi

"KEMPEN keselamatan jalan raya seperti yang dianjurkan kali ini seharusnya diadakan pada setiap masa. Maklum saja, sebahagian daripada kita mudah lupa. Di samping itu, usah kita bergantung kepada kempen kesedaran itu saja. Paling penting, sikap pemandu itu sendiri. Mereka hendaklah berhemah di jalan raya , selain sentiasa berhemah pada diri sendiri.

"Usah sekali-sekali cuba mengambil risiko apabila berada di atas jalan raya. Ingat, apa-apa keputusan yang kita lakukan, ia turut membabitkan orang lain juga. Jadi, bersedialah sebaiknya sebelum memulakan sesuatu perjalanan. Periksa kereta sebelum memandu. Kita tahu bukan faktor kenderaan saja yang membolehkan berlakunya sesuatu kemalangan, jadi sentiasalah berhati-hati. Mungkin keadaan cuaca, jalan raya serta sikap pemandu lain boleh mengakibatkan kecelakaan sebegini.

"Sebagai pemandu, kita kena ingat, ada nyawa lain yang menjadi tanggungjawab kita. Manakala penumpang pula, kenalah mereka selalu mengingatkan pemandu untuk berhati-hati. Tanyakan keadaan mereka, terutama bagi mereka yang memandu jauh. Jika pemandu kepenatan, ajaklah mereka berhenti untuk berehat seketika."
Farah Asyikin, Penyanyi

"SAYA berasakan, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya patut diberikan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah. Untuk mengubah sikap generasi lama, mungkin agak sukar. Lalu, tumpuan kepada generasi baru yang bakal menggantikan tempat kita. Bukan sesuatu yang sukar, kempen kesedaran seperti tayangan visual kemalangan mungkin meninggalkan kesan mendalam. Mereka akan ingat kengerian yang disaksi, seterusnya berazam untuk tidak terbabit dalam situasi sama.

"Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Selain mengingatkan mereka untuk berhati-hati, ibu bapa juga kenalah menunjukkan contoh yang baik apabila berada di atas jalan raya.

"Sekarang, banyak sekali gangguan yang kita nampak apabila memandu. Bukan saja telefon bimbit, malah kereta hari ini juga dilengkapi pemain MP3, televisyen dan sebagainya. Kurangkan gangguan seperti ini ketika memandu, serta elakkan kecuaian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Sebaik-baiknya, gunalah kit bebas tangan jika bercakap di telefon."

Fazura, Pelakon

"SEBAGAI pengguna jalan raya, kita perlu main peranan dan jika memandu, hormatilah juga pejalan kaki yang berhak mendapat layanan yang sama. Selain itu, kenalah sentiasa menggunakan isyarat lampu dengan bijak. Jangan memberi isyarat lampu di saat akhir hingga boleh membahayakan orang lain.

“Apa yang penting, jangan membahayakan diri orang lain dan berfikirlah secara waras. Memandu dengan berhemah dan jangan hanya memikirkan diri sendiri saja seperti jalan raya itu milik anda seorang.”

Dayang Nurfaizah, Penyanyi

"JIKA anda ingin berjalan jauh, pastikan lebih daripada seorang yang tahu memandu. Bukannya apa, jika seorang saja yang memandu, ia lebih memenatkan. Paling tidak, dengan adanya pemandu kedua, kita boleh bergilir-gilir.

"Cuba elakkan juga daripada bertolak pada sebelah malam. Saya tahu, ramai yang suka memandu jauh pada waktu malam kerana keadaannya lebih sejuk. Tetapi, pada siang hari, kita boleh nampak suasana di sekeliling. Ia lebih selamat.

"Lagi satu, mungkin kita patut berkongsi kereta pada musim perayaan ini. Bukan saja ia boleh mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan, pemandu juga boleh bergilir-gilir apabila kepenatan. Pastikan juga kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum bertolak."

Alif Satar, Penyanyi

"INGATLAH orang tersayang sekali pun anda bersikap mementingkan diri. Kalau memandu laju natijahnya minyak akan cepat habis. Lalu, jika anda memandu secara berhemah, anda tidak perlu membakar duit untuk mengisi minyak. Mudah saja, kesimpulannya, jimat wang dan nyawa juga tidak melayang.

“Di kala musim perayaan ini, potensi untuk kekerapan jumlah kemalangan itu naik memang akan ada. Melainkan, kita sama-sama memikirkan cara untuk mengelak berlakunya malapetaka dan sekali gus mencapai sifar kemalangan ”

Nubhan, Penyanyi

"BERTIMBANG rasa di jalan raya kerana ia menjadi milik semua, kepunyaan orang ramai. Jangan memandu ikut perasan kerana masing-masing memang mahu sampai ke destinasi dengan selamat. Sebelum memandu, sebaiknya mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Emosi juga perlu dijaga. Jangan memandu dalam keadaan yang tidak sewajarnya seperti mengantuk atau penat.”

Camelia, Penyanyi

"SAYA sendiri cuba untuk menjadi pemandu yang bertanggungjawab dan harapnya pemandu yang lain juga berusaha ke arah itu. Baru-baru ini, saya ada menonton saluran CNN dan kajian yang dilaporkan mengatakan punca kenaikan peratusan kemalangan berlaku disebabkan memandu sambil berSMS.

“Kita sepatutnya melihat jalan di depan bukan telefon bimbit. Berjaga-jaga semasa memandu dan sesuatu yang merugikan jika kemalangan berlaku disebabkan telefon bimbit. Nilai telefon bimbit itu pastinya tidak ternilai dengan nyawa kita. Sama-samalah kita menjadi pemandu yang berhemah.”

Mamat Khalid, Pengarah

"SELALUNYA sesetengah masyarakat di negara kita memang tidak mahu menurut sesuatu peraturan atau mendengar nasihat. Ini realiti. Bayangkan saya sendiri berulang-alik menggunakan lebuh raya dari Ipoh ke Kuala Lumpur dalam dua kali seminggu. Kalau dihitung pergi dan balik, kiranya empat kali saya menghabiskan masa di jalan raya.

“Saya berulang-alik sejak 1996, nilai sendirilah berapa banyak pengalaman yang saya sering hadapi di atas jalan raya saja. Nak cakap banyak pun tidak guna, harap patuhi undang undang jalan raya dan praktikkan ciri keselamatan yang diwar-warkan pihak berkaitan."

Faizal Ismail, Penyampai Radio Hot FM

"LAKUKAN penyelenggaraan kereta terutama bagi mereka yang merancang untuk berjalan jauh. Pergi servis kereta walaupun sebelum tarikhnya tamat sempena musim perayaan ini, janganlah kedekut keluarkan wang demi keselamatan keluarga.

“Pilih waktu perjalanan yang sesuai dan berehatlah secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Saya sendiri mengamalkan perkara yang sama, biasanya saya akan memilih sama ada tengah malam atau di awal pagi untuk memulakan perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun sebelum bergerak saya akan pastikan mendapat tidur yang secukupnya.

“Jika terasa mengantuk, saya sarankan kepada pemandu supaya berhenti untuk berehat seketika tetapi mereka juga perlu memikirkan keselamatan apabila hendak berehat. Jangan pilih tempat yang sunyi, sebaliknya pilihlah tempat yang ramai orang dan cerah agak keselamatan terjamin,” katanya.

Muhammad Azmir Selamat (AG), Penyampai Radio Hot FM

"JALAN raya menjadi tidak selamat gara-gara pemandu yang tidak peka kerana terlalu selesa ketika berada di jalan raya. Pemandu di negara kita perlu mengubah pemikiran mereka dengan mengubah corak pemanduan mereka.

“Bertolak ansur ketika berada di atas jalan raya dan janganlah mementingkan diri sendiri. Setiap individu sebenarnya memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar kemalangan di negara kita. Apabila seorang mula memotong, maka ramai pemandu lain akan mengikut langkah yang sama. Jadi kalau boleh elakkan daripada sikap mementingkan diri sendiri.

“Sebelum pulang ke kampung periksa tayar, pengelap cermin dan lampu kereta berfungsi dengan baik. Pastikan dapat rehat yang mencukupi dan pastikan juga pasangan yang menemani anda juga mendapat rehat yang secukupnya supaya dapat menemani kita sepanjang pemanduan,” katanya.

Engku Emran Engku Zainal Abidin, Ketua Pegawai Operasi Suria FM

"BANYAKKAN bersabar ketika memandu, orang kata rakyat Malaysia kurang kesabaran ketika memandu. Jangan pentingkan diri sendiri sebaliknya ingatlah nyawa pemandu lain, jangan sentiasa nak cepat. Jika semua orang mematuhi undang-undang jalan raya, angka kemalangan dapat dikurangkan.

“Nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit jadi pastikan kereta diselenggara sebelum memulakan perjalanan. Yang penting kereta berada dalam keadaan baik. Ketika memandu, saya juga sentiasa memastikan isteri juga tidak mengantuk sewaktu saya memandu dan dapat menjadi teman berbual sepanjang perjalanan bagi mengelakkan kebosanan.

“Jika bosan atau mengantuk, saya sarankan supaya pemandu berhenti berehat seketika atau paling tidak mencuci muka supaya dapat mengembalikan kesegaran. Ingatlah nyawa keluarga terletak di tangan kita,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Dearest Fans,

Pada hari 31 Ogos yang lepas, Nubhan berada di Tesco Setia Alam untuk show Peraduan Teka & Menang Acara Kemuncak bersama Dj-dj Suria FM. Show bermula pada pukul 8.30 malam. Dan pada hari kejadian, Nubhan telah menyanyikan 2 buah lagu iaitu Segaris Bulan Sabit & Seadanya Aku.

Antara Nubies yang hadir










*Some of the pics credit to Intan & Adila

Dearest Fans,

Nubhan di iklan raya IKEA yang disiarkan di Astro Ria (selalu disiarkan) atau Astro Prima. Kepada sesiapa yang terlepas untuk menyaksikannya di tv, boleh menontonnya di bawah ini.