Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos
KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER 2009: Makin lama makin seronok! Itulah penangan program Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan murai.com.my bagi minggu ke-3 yang telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong, dari lewat tengah Jumaat hingga awal lagi Sabtu lepas.
Walaupun ada tetamu yang awalnya tersesat mencari rumah kebajikan itu, kunjungan masing-masing ke situ telah berakhir dengan sebuah acara yang meriah.
Apa yang menarik, hampir 20 artis solo dan berkumpulan telah meluangkan masa untuk mendekati lebih 20 kanak-kanak di rumah anak yatim itu. Mereka adalah Faizal Tahir, Dr Fazley, Isma AF7, Zul 2 By 2, In Heart, Rini, Qhaud, Aishah AF7, Riz, Chaq Mentor, Khairul Mentor, Naizle, Saida, Ahli Fiqir, Adila AF7, Dafi, Boy, Syazliana dan Nubhan dan produser Raja Azmi Raja Sulaiman.
Seperti 2 rumah kebajikan sebelumnya, semua artis yang sampai telah mengejutkan adik-adik dari tidur agar bangun bersahur. Selepas semua berkumpul, barulah bacaan doa disampaikan oleh Qhaud diikuti ucapan ringkas dari Ketua Editor murai.com.my dan Pengetua Rumah Baitul Hidayah sendiri, Puan Raba'ah.
Selepas menikmati juadah enak yang disediakan oleh Ooh Cha Thai Restaurant tajaan BHR Bina Resources, barulah hos program itu, Ajieb, menjalankan aktiviti permainan bersama kanak-kanak dan artis terbabit. Kemudian, Kumpulan Generasi Harapan dari rumah berkenaan tampil mempersembahkan lagu-lagu nasyid manakala Isma dan Saida berduet dalam sebuah lagu raya.
Sebelum majlis itu selesai kira-kira jam 3 pagi, acara paling-paling ditunggu iaitu penyerahan duit raya dan hadiah telah diadakan. Ia sumbangan Raja Azmi, Dato' Siti Nurhaliza (SNP), Naizle serta pelbagai pihak.
Sementara itu, Roslen ketika berucap berkata, tujuan Yok Sahur 2 adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat, artis, GengMurai serta kakitangan murai.com.my sendiri.
"Saya amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua artis dan pihak penaja bagi melaksanakan niat kita untuk membantu penghuni di rumah kebajikan musim ini. Saya juga berterima kasih kepada Gala TV- Astro Awani (Saluran 501) yang sudi menyediakan segmen khas untuk menyiarkan rakaman Yok Sahur 2 pada setiap Isnin, jam 10.30 malam," kata Roslen.
Turut hadir, Ketua Bahagian Produk, Kandungan Hiburan & Gaya Hidup Digital Five Sdn Bhd, Puan D. Kavitha serta Pengurus Besar BHR Bina Resources, En. Badrul Hisham Abd Rahim.
Pada minggu pertama lalu, Yok Sahur 2 telah berkujung ke Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang dan seterusnya Rumah Rahoma Darul Fakir, Taman Melati, Kuala Lumpur, minggu lepas. Yok Sahur 2 adalah satu program yang diterbitkan dalam ruangan khas Ramadan & Raya (R&R) di murai.com.my.
Idea asal untuk melahirkan acara ini berputik daripada program Yok Sahur tahun lalu selepas petugas murai.com.my singgah di Rumah Nur Salam, Chow Kit. Rumah kebajikan terakhir lain akan singgah pada minggu ini adalah Rumah Amal Cahaya, Tunku Ampuan Rahimah, Subang, Selangor dengan tema hari raya.
*Sumber: Murai.com.my

Categories:
Media
Post a Comment