Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
RapPOPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.
Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.
"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.
"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.
"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus," katanya.
Penyanyi yang sebelum ini popular menerusi lagu Ada Untukmu, Nubhan, pula menyatakan perasan terkejut apabila lagunya, Seadanya Aku ciptaan Sharon Paul bersama Azalea terpilih memasuki top 5 lagu pilihan juri ke AJL 24. Katanya, dia tidak menyangka juri memilih lagunya kerana berasakan setiap penyanyi yang bertanding pada malam itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.
"Persembahan untuk saingan kali ini turut memberikan saya cabaran dari aspek menyanyi secara langsung. Untuk memberi persembahan terbaik, saya perlu mengawal vokal dan pernafasan dengan baik".
"Lagu ini antara lagu wajib yang saya sering nyanyi ketika persembahan pentas. Saya tahu persembahan saya masih mempunyai kekurangan, tetapi sentiasa berusaha memberikan persembahan terbaik".
"Kekuatan lagu ini mungkin terletak pada melodi dan penghayatan kepada pendengar. Jika pendengar menghayati lagu ini, mereka pasti terhibur," katanya.
Nubhan menyatakan masih terlalu awal untuk membuat andaian lagunya layak ke AJL 24. Sekiranya terpilih, ia menjadi penghormatan besar untuknya yang buat kali pertama melangkah ke pertandingan berprestij itu. Mengenai penjurian kali ini, dia tetap berpuas hati biarpun format berubah."Juri bijak menilai setiap lagu yang bertanding dan bersikap adil dalam membuat keputusan. Sistem terbuka kali ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.
"Cabaran lebih besar apabila semua penyanyi bersaing sesama sendiri manakala peminat mungkin melihat sesuat genre lagu itu diketepikan apabila tidak dipilih. Bagaimanapun, itu bukan masalah besar kerana jika juri percaya pada kekuatan lagu berkenaan, rezeki tidak ke mana," katanya.
Akim pula yang tampil dengan imej rambut baru gembira dengan kejayaan lagunya yang menambat hati juri. Ketika ditemui selepas program berkenaan berakhir, dia berpuas hati dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Bengang ciptaan Amir dan Sheikh Qalam.
"Saya puas kerana dapat sampaikan persembahan mengikut apa yang peminat mahukan. Ketika membuat persediaan sebelum persembahan, saya memberi fokus pada aspek vokal iaitu penekanan pada lirik mengikut melodi.
"Nyata, atas sokongan anggota keluarga, peminat dan rakan, lagu saya ini dipilih antara lima lagu pilihan juri ke AJL24. Sebenarnya saya gementar juga ketika membuat persembahan kali ini.
"Mungkin kerana persembahan terakhir, ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Sepatutnya, saya ingin buat beberapa pergerakan ketika persembahan, tetapi kerana gementar, ia tidak dapat dibuat.
Di sebalik kejayaan awal lima lagu pada separuh akhir kedua ini, persoalan juga menjurus pada penguasaan bekas peserta Akademi Fantasia yang menunjukkan kemantapan pada vokal dan persembahan pentas. Namun, Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria berkata tidak timbul kenyataan sedemikian yang dikatakan mendominasi jumlah lagu pilihan juri untuk ke AJL24.
Katanya, juri bukan memberi markah berdasarkan faktor itu, tetapi keputusan juri dibuat mengikut kekuatan sesebuah lagu yang difikirkan layak ke AJL24. Mengikut format penjurian, sebanyak 70 peratus markah dinilai pada lagu sebelum persembahan manakala selebihnya bergantung pada persembahan penyanyi pada malam itu.
"Pertandingan ini memberi fokus pada saingan lagu dan bukannya penyanyi. Seperti yang dijelaskan pada saingan separuh akhir pertama lalu, lima lagu yang dipilih tidak semestinya layak ke AJL24.
"Dalam pada itu, kami juga tidak mengamalkan sistem kuota yang mewajibkan artis yang bernaung di bawah TV3 turut layak ke peringkat akhir. Sama ada kumpulan One Nation Emcee mahupun Black, mereka dipilih juri kerana faktor lagu dan persembahan yang menarik.
"Apapun, segala keputusan muktamad hanya diketahui pada separuh akhir ketiga nanti dan hanya 14 lagu yang akan bertanding pada AJL24," katanya.
Pada saingan separuh akhir kedua lalu, setiap persembahan peserta dinilai lima juri profesional iaitu komposer Azlan Abu Hassan, Moharis Yaakub, Ahadiat Akashah, Helen Yap dan Azhar Borhan selaku ketua juri.

* Source: Harian Metro Online
Categories:
Media
Post a Comment