Dearest Fans,

Pada 15 Januari yang lalu, Nubhan merupakan salah seorang artis yang telah diundang untuk membuat persembahan di Seri Menanti Kuala Pilah sempena Majlis Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Di bawah ini ada beberapa gambar Nubhan dan juga video pada hari tersebut. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik DI SINI.











*Maaf di atas kelewatan membuat posting ini. TQ

Dearest Fans,
Nubhan telah berada dalam slot rancangan Alahai Fafau semalam di TV9. Berikut adalah video yang sempat direkod.
Enjoy!
* Video credit to gjown.




Dearest Fans,

Pada hari Sabtu yang lepas, Nubhan telah meluangkan masa bersama Nubies untuk menonton wayang bersama-sama. Walaupun sibuk dengan jadual kerjanya, Nubhan tetap 'sporting' dan join Nubies untuk menonton bersama. Cerita yang ditonton pada Sabtu lalu adalah "Percy Jackson and The Lightning Thief". Gambar-gambar yang sempat dirakam selepas tamat wayang tersebut adalah ihsan daripada Nubies yang hadir.


Nubhan bersama antara Nubies yang hadir.





*Picture credit to Aisyah_KZ.
*Untuk lihat lebih banyak lagi gambar, boleh klik DI SINI



Dearest Fans,

Dapatkan majalah MEDIA HIBURAN Keluaran 20-26 Febuari. Cerita mengenai Nubhan dalam ruangan Filler & Scoop. Dapatkan Majalah Media Hiburan sekarang di kedai berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


*Media Hiburan snapshot credit to Nubhan FC.

Ahmad Nubhan Ahamad, atau lebih dikenali dengan sebagai Nubhan, lahir dari rancangan realiti televisyen no. 1 negara iaitu Akedemi Fantasia. Dilahirkan pada 2 April 1986, dia merupakan anak yang terakhir dari 8 orang adik beradik yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Walaupun keluarganya tidak mempunyai darah seni, kecintaannya terhadap industri muzik tanah air mendorong beliau untuk terus melangkah kehadapan apabila tamatnya rancangan realiti tersebut. Malah, beliau terus meneruskan langkahnya dengan bernaung dibawah syarikat rakaman Artistes United Records And Management.

Pelbagai rancangan yang telah diatur dari pihak syarikat bagi menaikkan nama Nubhan dipersada muzik dan tidak ketinggalan juga di persada perfileman apabila Nubhan telah menyelesaikan beberapa pengambaran filem dan juga drama. Antaranya ialah, Romance, Cinta Lelong, Satu Hari Di Hari Raya dan lain-lain lagi. Terbaru, Pihak syarikat telah selesai merakamkan 8 lagu bagi memuatkan album terbaru Nubhan yang berjudul, Langkah Nubhan dan pihak syarikat telah memberikan 100 peratus kepercayaan kepada Nubhan untuk menentukan lagu serta konsep album ini.

Langkah Nubhan, dimuatkan dengan 8 buah lagu, yang menampilkan pelbagai genre muzik serta luahan hati Nubhan didalam lagu-lagu nyanyiannya. Lebih istimewanya album ini adalah dengan menampilkan komposer-komposer baru dan lama. Antara komposer yang terlibat didalam album ini adalah Audi Mok, Sharon Paul, Tam Spider, 6ixth Sense. Lagu Ada Untukmu, seperti mana yang diketahui ramai, telah berjaya menawan seluruh peminat-peminatnya malah membuatkan beliau lebih terkenal. Lagu tersebut juga antara lagu yang tersenarai didalam pencalonan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Tidak ketinggalan juga lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Azalea iaitu Seadanya Aku.
Berjaya dengan membawa genre balada, Nubhan mencuba pula genre yang berlainan dengan membawa lagu-lagu ciptaan 6itxh Sense yang berjudul Oh Juwita dan Aku Atau Dia. Oh Juwita, single terbaru Nubhan ketika ini sedang memanjat tangga-tangga carta radio diseluruh negara kerana kelainan pada lagu serta penampilan beliau. Membawa lagu berirama rancak membuktikan Nubhan berjaya sebagai artis serba boleh. Lagu-lagu “cathcy” yang lain turut dimuatkan didalam album ini iaitu lagu ciptaan Tam Spider dan lirik oleh M.Nasir berjudul Beri Rasa. .

Malah lagu-lagu lain yang turut tersenarai didalam mahakarya Nubhan ini adalah, Mata Hati dan Diredup Matamu. Lagu bonus telah diselitkan didalam album ini iaitu Lagu Diredup Matamu versi Madarin. Lagu yang mencabar kebolehan nubhan berbahasa mandarin kerana bahasa yang digunakan oleh nubhan ketika berbicara ialah bahasa pasar akan tetapi bahasa yang digunakan didalam lagu pula berbahasa puisi. Menjadi cabaran besar baginya adalah untuk membetulkan sebutan beliau kerana jika tersalah sebutan akan menjadi makna yang lain. Walaupun begitu, Nubhan berjaya merakamkan nya dari mula sehingga akhir.

Album yang akan dilancarkan ini pada akhir Februari ini akan berada di seluruh kedai-kedai yang berhampiran anda. Nantikan kemunculan yang akan menggegarkan industri muzik tanah air.

Artist Profile:-
Nama: Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)
Umur: 22 tahun
Tempat Lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Bangsa: Melayu
Status: Bujang
Tinggi & Berat: 180 cm & 70 kg
Hobi: Memancing ikan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Penyanyi Idola: Siti Nurhaliza

Click HERE to Download NUBHAN latest Single, OH JUWITA!

*Only Applies to MAXIS User.



TIDAK SS nafikan ramai penyanyi merungut pasal keadaan industri hiburan tanah air. Masalah cetak rompak yang tiada penghujungnya dan bermacam-macam lagi.

Apapun, sudah namanya anak seni, tetap gigih berkarya terutama penciptaan lagu.Malah, dalam kemelut yang membelenggu industri seni sekarang SS lihat ramai juga komposer baru dan muda belia yang muncul.

Bukan sekadar mahir bermain muzik atau memiliki vokal yang baik, tetapi tahu juga mencipta lagu untuk penyanyi lain.Macam kumpulan 6ixth Sense yang SS dengar akan ke Bandung, Jakarta untuk membuat rakaman album ketiganya hujung minggu ini.

Apapun, SS dapat tahu yang 6ixth Sense ada menyumbang lagu baru, Oh! Juwita untuk bintang AF6, Nubhan.Bahkan, boleh dikatakan sekarang lagu Oh Juwita! itu rancak mendaki tangga carta lagu di stesen radio tanah air.

Berita paling gembira SS dengar, lagu Oh Juwita! turut mendapat perhatian daripada stesen radio dari negara jiran iaitu Indonesia.Kalau begitu, SS fikir mungkin sudah sampai masanya hasil sentuhan komposer baru ini diberi perhatian.

Usah ukur soal usia atau pengalaman, kerana apa yang penting adalah bakat kreativiti insan seni muda negara untuk berkarya demi industri.SS percaya kemajuan industri hiburan tanah air adalah milik semua individu terbabit di dalamnya.

Justeru, SS doakan 6ixth Sense dan Nubhan terus berjaya. Bukan apa, mencipta kejayaan tidak boleh ambil masa singkat kerana menuntut usaha gigih.Jadi, dengan kejayaan 6ixth Sense dan Nubhan itu, SS harap dapat memperbaiki pandangan masyarakat mengenai kemampuan artis tanah air. Sekali gus, memberi ruang lebih luas buat negara jiran membantu publisiti untuk penyanyi tanah air.credit harian metro

Dearest Fans,

Saksikan Nubhan di rancangan XPRESI KEMBARA BERSAMA...NUBHAN & BAND pada SABTU ini, 6 FEBRUARI 2010 pada jam 12.30 tengah hari di RTM1. Jangan lupa saksikan!





Video credit to myviitam



Dear Fans,


Facebook Fanpage Nubhan yang baru telah update dan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Untuk fans yang ingin berinteraksi dan mengetahui segala aktiviti Nubhan selain dari blog, anda juga boleh add Fanpage Nubhan di Facebook. Anda boleh search nama AHMAD NUBHAN AHAMAD dan add Fanpage tersebut.

Enjoy!


CLICK HERE TO VIEW AHMAD NUBHAN AHAMAD FANPAGE!!!

Dear Fans,

Jangan lupa dengar Nubhan di segmen MUZIKPAGI @ MUZIKFM pada jam 9.30 pagi hari ini! Untuk mengetahui frekuensi di tempat anda, si layari laman web rasmi Muzik FM.

Enjoy!




Dear Fans,

Nubhan telah mengadakan satu rakaman di Kuala Selangor untuk rancangan Xpresi Kembara @ RTM1. Di bawah ini adalah gambar-gambar serta cerita menarik oleh Budiey, di dalam blog beliau, Sensasi Selebriti. All pics and story are credited to him.. Enjoy!

NUBHAN & BAND KONGSI DESTINASI MENARIK DI KUALA SELANGOR DALAM XPRESI KEMBARA DI TV1

Cuba memberikan peluang dan variasi artis muncul menerusi pogram traveloque yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Xpresi Kembara yang sebelum ini memperkenalkan destinasi menarik Malaysia bersama artis-artis indie kini membawakan juga artis terkenal tanah air yang lain.

Align Left

Menariknya di samping mengekalkan konsep jalan-jalan menjelajah tempat menarik di segenap negeri di Malaysia sambil menyampaikan info pelancongan dan sejarah, Xpresi Kembara turut memberikan info hiburan terkini selain turut menampilkan artis pilihan setiap minggu.


Destinasi pelancongan menarik sekitar Kuala Selangor bakal membawakan Nubhan & Band mengisi program Xpresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu) ini


Kembara menaiki kereta mini cooper old skool bintang realiti yang sedang mencipta nama menghiasi bibir penggemar muzik tanahair menerusi single terbaru berjudul Oh Juwita itu singgah di destinasi pertama di Kota Melawati.


Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mereka menggamit ketenangan Kota Melawati dan terus menikmati keindahan dari atas rumah api yang sememangnya tidak dibuka kepada umum.


Artis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kemudiannya menyusuri pula sungai di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan tradisional untuk menikmati kerlipan cahaya indah yang terpancar dari koloni kelip-kelip kedua terbesar di dunia yang dinikmatinya di Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor.


Kepada pengemar-penggemar aktiviti memancing agar dapat menikmati hobi ini dengan lebih selamat, Xpresi Kembara berkongsi tempat menarik di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor yang pastinya membuka kesempatan bagi pelantun lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku untuk memancing Ikan talapia bersama rakan-rakannya. Apatahlagi taman ini merupakan tarikan terbaru kepada penggemar aktiviti memancing di Negeri Selangor.

Momen-momen indah berlatarkan sawah padi yang menghijau luas di sekitar kawasan Homestay Kampung Sungai Sireh turut diabadikan Nubhan dan krew produksi di mana mereka sempat merakamkan klip video bagi lagu terbarunya Oh Juwita.

Jika sebelum ini anda hanya berpeluang menyaksikan bakat nyanyian di ketengahkan pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Bin Ahamad ini, namun menerusi program bersiaran setengah jam ini peminat Nubhan berpeluang menyaksikannya mempelajari tarian zapin bersama kanak-kanak di kampung itu selain turut mencuba juadah Nasi Ambang, makanan tradisi popular masyarakat Jawa yang hanya dapat di nikmati ketika sambutan perayaan dan keramaian sahaja.


Untuk menyaksikan aksi Nubhan & Band berkongsi pengalaman percutian di sekitar tempat-tempat tumpuan menarik di Kuala Selangor, jangan lupa untuk menyaksikan Ekspresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 12.30 tengahari yang pastinya hanya bersiaran di saluran TV1.


All pics & story credit to Sensasi Selebriti. Thank you Budiey! :)

Kepada Fans Nubhan di luar sana, jangan lupa saksikan Nubhan di Xpresi Kembara pada Sabtu ini (6 Febuari 2010) jam 12.30 tengah hari di RTM1!!!!