TIDAK SS nafikan ramai penyanyi merungut pasal keadaan industri hiburan tanah air. Masalah cetak rompak yang tiada penghujungnya dan bermacam-macam lagi.

Apapun, sudah namanya anak seni, tetap gigih berkarya terutama penciptaan lagu.Malah, dalam kemelut yang membelenggu industri seni sekarang SS lihat ramai juga komposer baru dan muda belia yang muncul.

Bukan sekadar mahir bermain muzik atau memiliki vokal yang baik, tetapi tahu juga mencipta lagu untuk penyanyi lain.Macam kumpulan 6ixth Sense yang SS dengar akan ke Bandung, Jakarta untuk membuat rakaman album ketiganya hujung minggu ini.

Apapun, SS dapat tahu yang 6ixth Sense ada menyumbang lagu baru, Oh! Juwita untuk bintang AF6, Nubhan.Bahkan, boleh dikatakan sekarang lagu Oh Juwita! itu rancak mendaki tangga carta lagu di stesen radio tanah air.

Berita paling gembira SS dengar, lagu Oh Juwita! turut mendapat perhatian daripada stesen radio dari negara jiran iaitu Indonesia.Kalau begitu, SS fikir mungkin sudah sampai masanya hasil sentuhan komposer baru ini diberi perhatian.

Usah ukur soal usia atau pengalaman, kerana apa yang penting adalah bakat kreativiti insan seni muda negara untuk berkarya demi industri.SS percaya kemajuan industri hiburan tanah air adalah milik semua individu terbabit di dalamnya.

Justeru, SS doakan 6ixth Sense dan Nubhan terus berjaya. Bukan apa, mencipta kejayaan tidak boleh ambil masa singkat kerana menuntut usaha gigih.Jadi, dengan kejayaan 6ixth Sense dan Nubhan itu, SS harap dapat memperbaiki pandangan masyarakat mengenai kemampuan artis tanah air. Sekali gus, memberi ruang lebih luas buat negara jiran membantu publisiti untuk penyanyi tanah air.credit harian metro

Categories: