Ahmad Nubhan Ahamad, atau lebih dikenali dengan sebagai Nubhan, lahir dari rancangan realiti televisyen no. 1 negara iaitu Akedemi Fantasia. Dilahirkan pada 2 April 1986, dia merupakan anak yang terakhir dari 8 orang adik beradik yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Walaupun keluarganya tidak mempunyai darah seni, kecintaannya terhadap industri muzik tanah air mendorong beliau untuk terus melangkah kehadapan apabila tamatnya rancangan realiti tersebut. Malah, beliau terus meneruskan langkahnya dengan bernaung dibawah syarikat rakaman Artistes United Records And Management.

Pelbagai rancangan yang telah diatur dari pihak syarikat bagi menaikkan nama Nubhan dipersada muzik dan tidak ketinggalan juga di persada perfileman apabila Nubhan telah menyelesaikan beberapa pengambaran filem dan juga drama. Antaranya ialah, Romance, Cinta Lelong, Satu Hari Di Hari Raya dan lain-lain lagi. Terbaru, Pihak syarikat telah selesai merakamkan 8 lagu bagi memuatkan album terbaru Nubhan yang berjudul, Langkah Nubhan dan pihak syarikat telah memberikan 100 peratus kepercayaan kepada Nubhan untuk menentukan lagu serta konsep album ini.

Langkah Nubhan, dimuatkan dengan 8 buah lagu, yang menampilkan pelbagai genre muzik serta luahan hati Nubhan didalam lagu-lagu nyanyiannya. Lebih istimewanya album ini adalah dengan menampilkan komposer-komposer baru dan lama. Antara komposer yang terlibat didalam album ini adalah Audi Mok, Sharon Paul, Tam Spider, 6ixth Sense. Lagu Ada Untukmu, seperti mana yang diketahui ramai, telah berjaya menawan seluruh peminat-peminatnya malah membuatkan beliau lebih terkenal. Lagu tersebut juga antara lagu yang tersenarai didalam pencalonan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Tidak ketinggalan juga lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Azalea iaitu Seadanya Aku.
Berjaya dengan membawa genre balada, Nubhan mencuba pula genre yang berlainan dengan membawa lagu-lagu ciptaan 6itxh Sense yang berjudul Oh Juwita dan Aku Atau Dia. Oh Juwita, single terbaru Nubhan ketika ini sedang memanjat tangga-tangga carta radio diseluruh negara kerana kelainan pada lagu serta penampilan beliau. Membawa lagu berirama rancak membuktikan Nubhan berjaya sebagai artis serba boleh. Lagu-lagu “cathcy” yang lain turut dimuatkan didalam album ini iaitu lagu ciptaan Tam Spider dan lirik oleh M.Nasir berjudul Beri Rasa. .

Malah lagu-lagu lain yang turut tersenarai didalam mahakarya Nubhan ini adalah, Mata Hati dan Diredup Matamu. Lagu bonus telah diselitkan didalam album ini iaitu Lagu Diredup Matamu versi Madarin. Lagu yang mencabar kebolehan nubhan berbahasa mandarin kerana bahasa yang digunakan oleh nubhan ketika berbicara ialah bahasa pasar akan tetapi bahasa yang digunakan didalam lagu pula berbahasa puisi. Menjadi cabaran besar baginya adalah untuk membetulkan sebutan beliau kerana jika tersalah sebutan akan menjadi makna yang lain. Walaupun begitu, Nubhan berjaya merakamkan nya dari mula sehingga akhir.

Album yang akan dilancarkan ini pada akhir Februari ini akan berada di seluruh kedai-kedai yang berhampiran anda. Nantikan kemunculan yang akan menggegarkan industri muzik tanah air.

Artist Profile:-
Nama: Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)
Umur: 22 tahun
Tempat Lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Bangsa: Melayu
Status: Bujang
Tinggi & Berat: 180 cm & 70 kg
Hobi: Memancing ikan
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Penyanyi Idola: Siti Nurhaliza

Click HERE to Download NUBHAN latest Single, OH JUWITA!

*Only Applies to MAXIS User.



Categories: