Dear Fans,

Nubhan telah mengadakan satu rakaman di Kuala Selangor untuk rancangan Xpresi Kembara @ RTM1. Di bawah ini adalah gambar-gambar serta cerita menarik oleh Budiey, di dalam blog beliau, Sensasi Selebriti. All pics and story are credited to him.. Enjoy!

NUBHAN & BAND KONGSI DESTINASI MENARIK DI KUALA SELANGOR DALAM XPRESI KEMBARA DI TV1

Cuba memberikan peluang dan variasi artis muncul menerusi pogram traveloque yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Xpresi Kembara yang sebelum ini memperkenalkan destinasi menarik Malaysia bersama artis-artis indie kini membawakan juga artis terkenal tanah air yang lain.

Align Left

Menariknya di samping mengekalkan konsep jalan-jalan menjelajah tempat menarik di segenap negeri di Malaysia sambil menyampaikan info pelancongan dan sejarah, Xpresi Kembara turut memberikan info hiburan terkini selain turut menampilkan artis pilihan setiap minggu.


Destinasi pelancongan menarik sekitar Kuala Selangor bakal membawakan Nubhan & Band mengisi program Xpresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu) ini


Kembara menaiki kereta mini cooper old skool bintang realiti yang sedang mencipta nama menghiasi bibir penggemar muzik tanahair menerusi single terbaru berjudul Oh Juwita itu singgah di destinasi pertama di Kota Melawati.


Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mereka menggamit ketenangan Kota Melawati dan terus menikmati keindahan dari atas rumah api yang sememangnya tidak dibuka kepada umum.


Artis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kemudiannya menyusuri pula sungai di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan tradisional untuk menikmati kerlipan cahaya indah yang terpancar dari koloni kelip-kelip kedua terbesar di dunia yang dinikmatinya di Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor.


Kepada pengemar-penggemar aktiviti memancing agar dapat menikmati hobi ini dengan lebih selamat, Xpresi Kembara berkongsi tempat menarik di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor yang pastinya membuka kesempatan bagi pelantun lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku untuk memancing Ikan talapia bersama rakan-rakannya. Apatahlagi taman ini merupakan tarikan terbaru kepada penggemar aktiviti memancing di Negeri Selangor.

Momen-momen indah berlatarkan sawah padi yang menghijau luas di sekitar kawasan Homestay Kampung Sungai Sireh turut diabadikan Nubhan dan krew produksi di mana mereka sempat merakamkan klip video bagi lagu terbarunya Oh Juwita.

Jika sebelum ini anda hanya berpeluang menyaksikan bakat nyanyian di ketengahkan pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Bin Ahamad ini, namun menerusi program bersiaran setengah jam ini peminat Nubhan berpeluang menyaksikannya mempelajari tarian zapin bersama kanak-kanak di kampung itu selain turut mencuba juadah Nasi Ambang, makanan tradisi popular masyarakat Jawa yang hanya dapat di nikmati ketika sambutan perayaan dan keramaian sahaja.


Untuk menyaksikan aksi Nubhan & Band berkongsi pengalaman percutian di sekitar tempat-tempat tumpuan menarik di Kuala Selangor, jangan lupa untuk menyaksikan Ekspresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 12.30 tengahari yang pastinya hanya bersiaran di saluran TV1.


All pics & story credit to Sensasi Selebriti. Thank you Budiey! :)

Kepada Fans Nubhan di luar sana, jangan lupa saksikan Nubhan di Xpresi Kembara pada Sabtu ini (6 Febuari 2010) jam 12.30 tengah hari di RTM1!!!!


Categories: ,