Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
2010/06/02
Nubhan tunggu kemunculan album terbaru, kini semakin popular dengan single Oh Juwita
PADA OGOS nanti, genaplah tiga tahun Nubhan bergelar anak seni. Namanya pernah melonjak di awal kemunculan selepas single pertama Ada Untukmu. Ia bersambung seketika menerusi lagu Seadanya Aku.
Sesekali namanya terpercik dengan gosip dikatakan sombong dan dikaitkan dengan Stacy. Begitu juga dengan kontroversi pengunduran bekas pengurusnya, Vernon Kedit Jolly yang turut memalit namanya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, entah di mana silapnya, nama jejaka kelahiran Kuala Pilah itu dilihat sepi dan tenggelam. Bagi Nubhan yang bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan memegang watak Sapi, dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan membuat persembahan.
Awal tahun lalu, buah tangan terbarunya berjudul Oh Juwita yang berentak pop rock kembali menyegarkan ingatan penggemar muzik tempatan. Sedikit sebanyak ia membakar semangat kepadanya yang dijangka muncul dengan album solonya akhir bulan ini.
“Bagi saya tak wujud soal tenggelam atau sepi. Barangkali kerana jarang muncul dalam mana-mana media, ada yang beranggapan saya sudah tak aktif dalam dunia seni.
“Lagu saya masih berkumandang di radio, sesekali saya muncul di dalam program TV. Alhamdulillah permintaan terhadap saya masih ada. Kontrak bersama Artiste United Records (AUR) juga masih ada dan tamat pada 2011.
“Saya hanya akan ralat, jika muncul untuk publisiti yang tidak mendatangkan faedah atau semata-mata cerita kosong. Biarlah peluang saya keluar di majalah atau surat khabar dimanfaatkan dengan sesuatu yang berisi,” katanya yang ditemubual Hip baru-baru ini ketika sedang menjalani penggambaran drama muzikal raya bagi siaran RTM.
Menurut Nubhan, sepatutnya album berjudul Langkah Nubhan yang memuatkan lapan buah lagu itu keluar di pasaran lebih awal.
“Saya rasa berbaloi menunggu sebelum munculnya album ini. Pemilihan lagu yang dibuat pada peringkat awal juga dirombak untuk menepati kehendak pasaran. Saya diberitahu penghasilan ini hampir siap kerana yang tinggal hanya proses mencetak kulit album saja.
“Selain lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku, sebuah lagu Mandarin berjudul Ai Mei Cuo yang bermaksud Cinta Tak Bersalah sentuhan Tam Spider juga dimuatkan. Saya tak ada masalah menyanyikan lagu berbahasa Mandarin kerana pernah menuntut di sekolah Cina,” katanya.
Bercuti ke Jepun hadiah untuk ibu tersayang
NUBHAN turut berkongsi gambar percutiannya ke Jepun untuk tatapan peminat dan pembaca Berita Harian. Nubhan ke sana ditemani ibu tersayang, Badariah Omar, selain sepupunya, Roslinda Tahar dan ibu saudara, Rozilawati pada 10 hingga 16 April lalu.
“Selain makan angin, percutian ke Jepun ini juga sebagai ganjaran hadiah bersempena sambutan hari lahir ibu saya yang ke-65. Sebelum ini pun, Nubhan mempunyai impian untuk bercuti di Jepun dan Alhamdulillah ia berjaya dimakbulkan.
“Suhu sejuk di sana dengan kehadiran musim bunga sedikit sebanyak membataskan pergerakan. Malam pun selalunya hujan. Pernah dalam sehari, ibu saya tak dapat keluar dari tempat penginapan kami kerana kaki dan lututnya kebas.
“Barang yang dijual di sana pun mahal. Jadi saya tak banyak berbelanja. Tetapi barang elektrik di sana murah cuma ia tidak boleh digunakan di negara kita kerana berbeza piawaian. Nak cari makanan halal pun susah. Kalau nak makan pun, hanya sekadar memakan sushi, bekalan atau masakan yang disiapkan sendiri,” katanya.
Info Nubhan
Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Nubhan pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.
Sekarang ini menetap di Cheras bersama ibu saudaranya. Sebelum itu, dia tinggal di Bukit Serdang dan seterusnya memilih untuk berulang-alik dari Seremban.
Sepanjang bergelar artis, Nubhan sudah mula mengumpul aset antaranya seperti kereta Toyota Caldina dan sebuah rumah teres dua tingkat di Seremban. Rumah itu dibelinya tahun lalu dan keluarganya di Seremban akan berpindah ke rumah itu mulai Jun ini. Dulu, di Seremban keluarganya hanya menyewa rumah.
*Sumber - Berita Harian Online
PADA OGOS nanti, genaplah tiga tahun Nubhan bergelar anak seni. Namanya pernah melonjak di awal kemunculan selepas single pertama Ada Untukmu. Ia bersambung seketika menerusi lagu Seadanya Aku.
Beberapa tahun kebelakangan ini, entah di mana silapnya, nama jejaka kelahiran Kuala Pilah itu dilihat sepi dan tenggelam. Bagi Nubhan yang bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan memegang watak Sapi, dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan membuat persembahan.
Awal tahun lalu, buah tangan terbarunya berjudul Oh Juwita yang berentak pop rock kembali menyegarkan ingatan penggemar muzik tempatan. Sedikit sebanyak ia membakar semangat kepadanya yang dijangka muncul dengan album solonya akhir bulan ini.
“Bagi saya tak wujud soal tenggelam atau sepi. Barangkali kerana jarang muncul dalam mana-mana media, ada yang beranggapan saya sudah tak aktif dalam dunia seni.
“Lagu saya masih berkumandang di radio, sesekali saya muncul di dalam program TV. Alhamdulillah permintaan terhadap saya masih ada. Kontrak bersama Artiste United Records (AUR) juga masih ada dan tamat pada 2011.
“Saya hanya akan ralat, jika muncul untuk publisiti yang tidak mendatangkan faedah atau semata-mata cerita kosong. Biarlah peluang saya keluar di majalah atau surat khabar dimanfaatkan dengan sesuatu yang berisi,” katanya yang ditemubual Hip baru-baru ini ketika sedang menjalani penggambaran drama muzikal raya bagi siaran RTM.
Menurut Nubhan, sepatutnya album berjudul Langkah Nubhan yang memuatkan lapan buah lagu itu keluar di pasaran lebih awal.
“Saya rasa berbaloi menunggu sebelum munculnya album ini. Pemilihan lagu yang dibuat pada peringkat awal juga dirombak untuk menepati kehendak pasaran. Saya diberitahu penghasilan ini hampir siap kerana yang tinggal hanya proses mencetak kulit album saja.
“Selain lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku, sebuah lagu Mandarin berjudul Ai Mei Cuo yang bermaksud Cinta Tak Bersalah sentuhan Tam Spider juga dimuatkan. Saya tak ada masalah menyanyikan lagu berbahasa Mandarin kerana pernah menuntut di sekolah Cina,” katanya.
Bercuti ke Jepun hadiah untuk ibu tersayang
NUBHAN turut berkongsi gambar percutiannya ke Jepun untuk tatapan peminat dan pembaca Berita Harian. Nubhan ke sana ditemani ibu tersayang, Badariah Omar, selain sepupunya, Roslinda Tahar dan ibu saudara, Rozilawati pada 10 hingga 16 April lalu.
“Selain makan angin, percutian ke Jepun ini juga sebagai ganjaran hadiah bersempena sambutan hari lahir ibu saya yang ke-65. Sebelum ini pun, Nubhan mempunyai impian untuk bercuti di Jepun dan Alhamdulillah ia berjaya dimakbulkan.
“Suhu sejuk di sana dengan kehadiran musim bunga sedikit sebanyak membataskan pergerakan. Malam pun selalunya hujan. Pernah dalam sehari, ibu saya tak dapat keluar dari tempat penginapan kami kerana kaki dan lututnya kebas.
“Barang yang dijual di sana pun mahal. Jadi saya tak banyak berbelanja. Tetapi barang elektrik di sana murah cuma ia tidak boleh digunakan di negara kita kerana berbeza piawaian. Nak cari makanan halal pun susah. Kalau nak makan pun, hanya sekadar memakan sushi, bekalan atau masakan yang disiapkan sendiri,” katanya.
Info Nubhan
*Sumber - Berita Harian Online
Categories:
Media
Post a Comment