Dearest Fans,

Pada Ahad yang lepas telah berlangsung Bowling Friendly Match antara Nubhan & Nubies vs Tomok & Tomokianz yang bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley. Perlawanan persahabatan ini dianjurkan oleh Nubhan FC bersama Tomokianz. Toi FC juga turut serta dalam perlawanan ini sebagai undangan khas. Perlawanan dimulakan dengan balingan perasmian oleh Nubhan dan Tomok. Selepas tamat perlawanan, acara memotong kek dilakukan sebelum pengumuman pemenang dan pembahagian cenderahati. Di bawah ini, gambar-gambar di sekitar hari kejadian.


Nubhan bersama team dari Toi FC.



Team Tomok menjadi juara





Pihak pentadbiran Nubhan FC & Nubhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tomok & Tomokianz yang sudi bekerjasama untuk menganjurkan aktiviti ini & juga kepada Toi FC yang sudi turut serta dalam perlawanan persahabatan ini. Terima kasih juga kepada semua fans yang hadir yang turut memeriahkan suasana. Kita jumpa lagi di aktiviti yang akan datang!



*Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh klik DI SINI & DI SINI.
*Pics credit to Yanie & Ieien's photo.


Categories: