Walaupun pada mulanya kami mungkin ditipu tapi sebelum ia menjadi kenyataan, kami sudah tahu apa yang akan dilakukan oleh wartawan palsu itu,” kata Nubhan yang menjawab kenyataan kononnya dia dan Farawahida menjadi mangsa penipuan wartawan palsu yang dikenali sebagai Amar @ Jihan yang ditahan polis pada Selasa lalu.
Pengurusnya, Shuib berkata, pada awal perbincangan berkaitan sesi fotografi yang diaturkan, sudah terdetik rasa curiga dengan lelaki itu apabila dikatakan akan memberikan wang sagu hati kepada Nubhan.
“Saya terkejut kerana sejak awal pembabitan Nubhan, tiada media yang memberikan wang kepada artis untuk sesi fotografi.
“Lantaran itu, saya menghubungi wartawan Sinar Harian bagi mengesahkan perkara itu,” katanya.
Shuib difahamkan, tidak ada wartawan Sinar Harian bernama Amar @ Jihan dan dia sedia membantu Sinar Harian bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.
“Saya kemudian diminta untuk meneruskan ‘sesi fotografi’ itu sementara perkara lain diuruskan oleh pihak Sinar Harian. Apabila melihat kehadiran anggota polis pada ‘sesi fotografi’ tersebut, barulah saya sedar perkara yang berlaku adalah sangat serius. Penyamaran lelaki bernama Amar @ Jihan ini akan berakhir,” katanya.
Katanya lagi, apa yang dilakukan adalah sebagai tanggungjawab sosial agar tiada lagi kejadian sama berlaku kepada rakan artis lain.
“Saya bagi pihak Nubhan berasa bangga kerana bantuan kami dapat menghalang lelaki terbabit daripada terus menyamar sebagai wartawan hiburan dan menipu lebih ramai artis,” katanya.
Walaupun begitu, Shuib berkata, berikutan insiden itu, Nubhan menerima maklum balas negatif daripada segelintir pihak yang mendakwa dirinya antara yang tertipu.
“Saya terkejut mengapa ada orang sangka artis saya kena tipu sedangkan dia membantu menangkap orang yang bersalah itu. Saya juga terkena tempiasnya apabila dikatakan tidak bijak dalam menguruskan Nubhan.
Shuib berharap dengan kenyataan ini, nama mereka dapat dibersihkan daripada tuduhan itu kerana ia sedikit sebanyak mengganggu status artis dan periuk nasi Nubhan.
“Saya agak terkilan kerana niat kami adalah untuk membantu pihak media supaya tiada lagi wartawan menipu.
“Saya harap perkara ini tidak berlaku begitu serius kerana seperti saya katakan ia membabitkan periuk nasi Nubhan sendiri,” katanya.
Bagaimanapun Farawahida menerusi pembantunya, Shukor enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun sudah membuat kenyataan polis minggu lalu.
kredit : sinarharian.com.my
Categories:
Media
Post a Comment