Dearest Fans,

Dapatkan majalah Mangga keluaran bulan September sekarang kerana terdapat gambar dan cerita mengenai Nubhan. Dapatkan di pasaran sekarang!


Dearest Fans,

Nubhan FC ingin menjemput peminat-peminat Nubhan untuk memeriahkan majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Ikon Remaja - Nubhan & Tomok anjuran Nubhan FC & Tomokianz. Butiran lanjut mengenai majlis tersebut adalah seperti di bawah:




*Kepada yang berminat boleh bagi Nama & No. Telefon kepada Nurul Adila (Nubhan FC) - 019-4158743 ataupun kepada Miazo Mia (Tomokianz) - 013-6283471.


*Pembayaran boleh dibuat ke akaun NURUL ADILA BINTI MOHD KAMAL - 162115931756 (MAYBANK).


*Tarikh akhir untuk memberi nama & membuat pembayaran ialah pada KHAMIS, 26 OGOS 2010.


*Sebarang pertanyaan, boleh ditanyakan di sini ataupun boleh hubungi AJK-AJK berikut:
- Harney (012-6341952)
- Nora (016-3357540)


*Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://nubhanfc.forumotion.com/

Dearest Fans,

Kepada fans Nubhan yang ingin menghadiri majlis berbuka puasa ini, boleh klik DI SINI ataupun pergi ke page Selebriti HQ di Facebook. Terima kasih.


*Banner credit to Selebriti HQ

Dearest Fans,

Dapatkan majalah Media Hiburan keluaran 7-13 Ogos. Saksikan gambar-gambar friendly match bowling Nubhan FC vs Tomok FC (Tomokianz) pada bulan lalu.

Enjoy!



Terima Kasih, Media Hiburan! :)

Dearest fans,

Gambar-gambar Nubhan di sekitar rakaman rancangan In-Trend yang bakal disiarkan pada hari raya nanti. Rakaman telah diadakan di sebuah rumah di Puchong. Untuk mengetahui waktu siaran untuk In-Trend edisi raya ini, boleh pergi ke page In-Trend di facebook.


*Pics credit to Intan Rafiz


2010/08/10

LEBIH segar dan lebih informasi! Program majalah bermaklumat Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan beberapa segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen yang bakal disediakan pada musim ini.

Tampil mengacara musim baru Intrend yang bersiaran setiap Sabtu, jam 3.30 petang, mulai 7 Ogos lalu ialah bintang realiti yang popular dengan lagu Juwita iaitu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan. Jejaka popular ini digandingkan bersama Mimie (Norsyamimi Ahmad Harris), selain Ean (Mohd Sufianuramri Abd Rahman) yang bertindak selaku hos di lokasi.

Pembabitan Nubhan dalam mengacarakan program Intrend dilihat lebih segar dan ceria, sesuai dengan status artis remaja popular yang semakin meningkat popular, dipegangnya. Personalitinya yang bersahaja bakal menceriakan rancangan majalah ini yang memberikan fokus kepada gaya hidup remaja kini.

Selain aktif menyanyi, Mimie Haris juga turut terbabit dalam beberapa drama dan telefilem remaja yang sedang rancak disiarkan di kaca televisyen.

Topik yang berlainan dibawa oleh Intrend pada setiap minggu, yang diketengahkan dalam beberapa segmen tertentu.

Dalam segmen Jom Santai, penonton diajak berkongsi bersama aktiviti individu seperti artis atau remaja yang sesuai dengan topik pilihan. Antara topik bagi segmen Jom Santai musim baru ialah aktiviti remaja beach boy, remaja penggemar kenderaan klasik, remaja yang aktif bermain sukan lasak selain mengetengahkan personaliti pereka fesyen muda tanah air.

Dalam segmen Jom Layan, Intrend memaparkan pula lagu dari video muzik pilihan penonton, selain turut membawakan liputan pratonton filem terkini di pawagam. Segmen ini juga menyalurkan kepada penonton informasi mengenai dunia seni hiburan tanah air, daripada lagu baru, filem terkini sehingga pelancaran album oleh artis dari dalam dan luar negara.

Berlainan dengan Jom Santai, segmen Jom Tengok pula memaparkan aktiviti atau kegiatan remaja yang memberikan tumpuan kepada aktiviti berkumpulan. Segmen yang berkonsepkan santai ini mengenengahkan kegiatan persatuan, penuntut universiti selain pengusaha muda negara. Antara topik dalam Jom Tengok ialah pengusaha butik remaja, serta pertunjukan fesyen anjuran sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Segmen Tips & Info pula bakal mengakhiri setiap episod Intrend dengan pelbagai info menarik, sesuai dengan topik pilihan setiap minggu.



*Sumber : Berita Harian Online

Dearest fans,

Pada 2 hingga 5 Ogos 2010 baru-baru ini, Nubhan telah bercuti ke Brunei Darussalam dan peluang ini telah Nubhan gunakan untuk berjumpa dengan peminat-peminat di Brunei.

Enjoy the pictures.. ;)

Day 1 : Brunei International Airport

Kediaman Hajah Rahimah

Fans Meeting Session - Coffee Bean - Gadong

Day 2 : Kampung katok - Mencuba makanan tradisional Brunei, Ambuyat

Day 3 : Fans meeting session - Food Court, The Mall - Gadong

Interview di Pelangi FM - Rakaman bersama DJ Alif & Live bersama DJ Riz

Kediaman Jimmy- Seria

BBQ di Kediaman Haji Arip - Seria

Fans meeting session - Simpur, Kuala Belait

Kediaman Elmi - Kuala Belait
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan semua program yang telah diaturkan sepanjang Nubhan berada di Brunei. Kerjasama & layanan mesra anda semua akan diingati selamanya. Kita jumpa di lain kali..Insya-Allah.


*Semua gambar kredit kepada facebook Jimmeh karim & Rahimah Tahir


NUBHAN & MIMIE HARIS PENGACARA BARU INTREND MUSIM KETIGA DI TV2
Lebih segar dan lebih informasi. Program majalah berinformasi Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan segmen-segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem-filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen-segmen yang bakal disediakan musim ini.
Tampil mengacara musim baru Intrend yang dijangka bersiaran mulai 7 Ogos 2010, artis realiti yang popular dengan lagu Juwita iaitu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan terpilih sebagai pengacara utama Intrend. Nubhan bakal digandingkan bersama Mimie (Norsyamimi Ahmad Harris) selain Ean (Mohd Sufianuramri Abd. Rahman) yang bertindak selaku hos di lokasi.
Penglibatan Nubhan dalam mengacara program Intrend kali ini dilihat lebih segar dan ceria memandangkan penampilannya sebagai artis remaja popular yang semakin meningkat kini. Personalitinya yang bersahaja bakal menceriakan rancangan majalah ini yang berfokuskan kepada gaya hidup remaja kini.


*Boleh klik DI SINI untuk cerita selanjutnya.
*Sumber: Budiey.com

Dearest Fans,

Rancangan TV, IN-TREND akan mengadakan satu rakaman In-Trend raya di mana memerlukan Nubhan bersama peminat-peminat. Seramai 10-15 peminat diperlukan untuk menjayakan rakaman ini. Rakaman ini akan diadakan pada:

Tarikh: 10 OGOS 2010 (SELASA)
Tempat: PUCHONG (details tempat akan diberitahu kemudian)
Masa: 10 pagi
Pakaian: Hari Raya

So, kepada Nubies/fans yang berminat dan mempunyai kelapangan masa pada hari tersebut, boleh bagi nama pada Harney di Forumotion ataupun di Facebook. Terima kasih