2010/08/10
LEBIH segar dan lebih informasi! Program majalah bermaklumat Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan beberapa segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen yang bakal disediakan pada musim ini.
LEBIH segar dan lebih informasi! Program majalah bermaklumat Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan beberapa segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen yang bakal disediakan pada musim ini.
Tampil mengacara musim baru Intrend yang bersiaran setiap Sabtu, jam 3.30 petang, mulai 7 Ogos lalu ialah bintang realiti yang popular dengan lagu Juwita iaitu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan. Jejaka popular ini digandingkan bersama Mimie (Norsyamimi Ahmad Harris), selain Ean (Mohd Sufianuramri Abd Rahman) yang bertindak selaku hos di lokasi.
Pembabitan Nubhan dalam mengacarakan program Intrend dilihat lebih segar dan ceria, sesuai dengan status artis remaja popular yang semakin meningkat popular, dipegangnya. Personalitinya yang bersahaja bakal menceriakan rancangan majalah ini yang memberikan fokus kepada gaya hidup remaja kini.
Selain aktif menyanyi, Mimie Haris juga turut terbabit dalam beberapa drama dan telefilem remaja yang sedang rancak disiarkan di kaca televisyen.
Topik yang berlainan dibawa oleh Intrend pada setiap minggu, yang diketengahkan dalam beberapa segmen tertentu.
Dalam segmen Jom Santai, penonton diajak berkongsi bersama aktiviti individu seperti artis atau remaja yang sesuai dengan topik pilihan. Antara topik bagi segmen Jom Santai musim baru ialah aktiviti remaja beach boy, remaja penggemar kenderaan klasik, remaja yang aktif bermain sukan lasak selain mengetengahkan personaliti pereka fesyen muda tanah air.
Dalam segmen Jom Layan, Intrend memaparkan pula lagu dari video muzik pilihan penonton, selain turut membawakan liputan pratonton filem terkini di pawagam. Segmen ini juga menyalurkan kepada penonton informasi mengenai dunia seni hiburan tanah air, daripada lagu baru, filem terkini sehingga pelancaran album oleh artis dari dalam dan luar negara.
Berlainan dengan Jom Santai, segmen Jom Tengok pula memaparkan aktiviti atau kegiatan remaja yang memberikan tumpuan kepada aktiviti berkumpulan. Segmen yang berkonsepkan santai ini mengenengahkan kegiatan persatuan, penuntut universiti selain pengusaha muda negara. Antara topik dalam Jom Tengok ialah pengusaha butik remaja, serta pertunjukan fesyen anjuran sebuah kolej di Kuala Lumpur.
Segmen Tips & Info pula bakal mengakhiri setiap episod Intrend dengan pelbagai info menarik, sesuai dengan topik pilihan setiap minggu.
*Sumber : Berita Harian Online
Categories:
Media
Post a Comment