NUBHAN & MIMIE HARIS PENGACARA BARU INTREND MUSIM KETIGA DI TV2

Lebih segar dan lebih informasi. Program majalah berinformasi Intrend yang ditayangkan di saluran TV2 kini tampil dengan musim baru bersama pengacara dan olahan segmen-segmen yang pastinya memberi maklumat terkini untuk remaja. Fesyen, aktiviti seni, ulasan filem-filem baru, aktiviti artis dan remaja pilihan adalah antara segmen-segmen yang bakal disediakan musim ini.
Tampil mengacara musim baru Intrend yang dijangka bersiaran mulai 7 Ogos 2010, artis realiti yang popular dengan lagu Juwita iaitu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan terpilih sebagai pengacara utama Intrend. Nubhan bakal digandingkan bersama Mimie (Norsyamimi Ahmad Harris) selain Ean (Mohd Sufianuramri Abd. Rahman) yang bertindak selaku hos di lokasi.
Penglibatan Nubhan dalam mengacara program Intrend kali ini dilihat lebih segar dan ceria memandangkan penampilannya sebagai artis remaja popular yang semakin meningkat kini. Personalitinya yang bersahaja bakal menceriakan rancangan majalah ini yang berfokuskan kepada gaya hidup remaja kini.


*Boleh klik DI SINI untuk cerita selanjutnya.
*Sumber: Budiey.com

Categories: