Dipetik dari kata-kata Chieth a.k.a YB di forumotion
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti tradisinya, jawatankuasa pentadbiran Nubhan FC akan merombak jentera pentadbirannya setiap setahun. Maka, setiap ahli jawatankuasa akan dibubarkan jawatannya setelah setahun memberikan segala komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap kelab ini. Memandangkan jentera pentadbiran sesi 2009 telah sampai ke penghujungnya, maka pentadiran organisasi ini akan dibubarkan bagi memberi laluan ahli jawantankuasa yang baru dilantik, dan jentera pentadbiran sesi 2010 dapat memulakan langkah merencana program dan aktiviti kelab dimasa hadapan.
Oleh yang demikian, setelah berbincang dan mendapat keizinan daripada AJK Tertinggi dan Nubhan sendiri, maka SAYA DENGAN SUKACITANYA, MENGISYTIHARKAN BAHAWA JAWATANKUASA PENTADBIRAN NUBHAN FC SESI 2009 DENGAN INI DIBUBARKAN. Dengan ini juga, segala peraturan dan ketetapan yang telah dibuat ketika sesi pentadbiran saya juga terbatal seiring dengan pembubaran ini.
SEJAJAR DENGAN PEMBUBARAN, SETELAH DIBAWA BERBINCANG DAN DIPERSETUJUI OLEH NUBHAN SENDIRI, MAKA DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PRESIDEN BARU BAGI PENTADBIRAN SESI 2010 AKAN DITERAJUI OLEH QAIRUL BAHYAH ABD RAHMAN A.K.A CINDAI A.K.A MOON. TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE ORGANISASI INI. Beliau seterusnya akan mengumumkan jawatankuasa terbaru dan juga setelah dipersetujui maka, rombakan terhadap para penasihat kelab turut akan dilakukan.
Mengambil kesempatan ini, saya mewakili ajk sesi 2009 menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang pentadbiran ini, saya dan juga ahli jawatankuasa yang lain terkasar kata dan segala kekurangan yang tidak disengajakan dalam seluruh program dan aktiviti serta sepanjang masa kami dipentadbiran ini. Saya mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada AJK-AJK saya, yang telah memberikan komitmen dan pengorbanan sepenuhya bagi memastikan kelab ini terus relevan meniti arus perkembangan industri muzik tanah air seiring perkembangan kerjaya Nubhan, terutamanya ketika ketiadaan saya didalam masa dan waktu tertentu. Namun, tidak lengkap kiranya RASA KASIH @ TERIMA KASIH saya sekiranya tidak diucapkan kepada seluruh NUBIES SEKALIAN ALAM yang mana sentiasa ada dan menyokong perjalanan aktiviti dan program yang dijalankan oleh kelab dan juga terus menyokong NUBHAN. Diharapkan kerjasama dan komitmen yang sama turut diberikan kepada jentera sesi 2010 nanti.
JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN DARI HATI INI
MASYITA HJ ISMAIL @ YB
Mantan Presiden
Categories:
Nubhan FC
KAK MOON.............tahniah!
tq!!!!