Dearest Fans,


Anda boleh mengundi Nubhan melalui penghantaran borang dengan mengumpul borang pencalonan pusingan awal ABPBH2009 bermula esok, 4 Disember 2009!

____________________________________________________________________


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-23 tahun ini memperkenalkan format pengundian baru dengan peminat turut diberikan peluang melakukan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Borang pencalonan pusingan awal ABPBH2009 akan mula dikeluarkan dalam Berita Harian dan Berita Minggu mulai esok (4 Disember 2009). Pancalonan awal membolehkan peminat dan pembaca memilih lima calon popular kegemaran mereka bagi setiap kategori yang dipertandingankan. Borang undian itu mempunyai tujuh bahagian dan pembaca harus mengumpulkan semua borang sebelum menghantarkannya kepada penganjur sebagai satu set penyertaan.

*Untuk berita penuh, sila dapatkan Berita Harian hari ini (3 Disember 2009)
____________________________________________________________________

3-Dec-2009
| Oleh: Haswari Ali


ABPBH2009 Perkenal Undian SMS

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography



KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER 2009: Sejajar dengan perkembangan semasa, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) mengambil langkah bijak dengan membuka undian peringkat awal menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Langkah itu merupakan format baru yang diperkenalkan pihak penganjur kali ini bagi membolehkan pembaca akhbar harian berkenaan mengundi untuk memilih artis dan selebriti kegemaran masing-masing menerusi kategori yang dipertandingkan.

Meskipun begitu, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, berkata format undian secara konvensional iaitu menerusi borang yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu masih lagi diguna pakai seperti sebelumnya.

"SMS diadakan supaya lebih banyak undian akan dapat dilakukan terutama oleh golongan remaja yang ternyata lebih selesa menggunakan SMS untuk member undian seperti mana kita lihat dalam kebanyakan pertandingan realiti TV yang pernah dianjurkan.

"Dengan gabungan 2 undian ini, penganjur menjangkakan jumlah undian keseluruhan bagi pencalonan awal mampu meningkat lebih besar," katanya pada sidang media pertama ABPBH 2009 yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses di Mines City Resorts, petang semalam.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2009, Puan Hanizam Abdullah serta pembantu khas kepada Naib Presiden Eksekutif Naza Motor Trading, CW Juan.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dalam pencalonan awal ABPBH2009 dan lebih 600 pencalonan disenaraikan.Di mana borang undian awal termasuk cara-cara undian secara SMS akan disiarkan bermula esok, 4 Disember 2009.

Mengetengahkan tema Puncak Kegemilangan, ABPBH2009 sekali lagi memilih Genting Highlands sebagai lokasi penganjuran yang akan diadakan secara gilang gemilang pada tanggal 4 April 2010.

Bagi menarik minat pembaca untuk mengundi lebih banyak lagi, Berita Harian menawarkan pelbagai hadiah lumayan kepada pembaca untuk dimenangi iaitu 2 buah motor GTR 170X sumbangan Naza Bikers Sdn Bhd, pakej melancong ke Bali sumbangan POTO Travel & Tours, pakej rawatan kecantikan dan pelansingan badan sumbangan Slimming Sanctuary.

Tidak ketinggalan juga hadiah berupa barangan bernilai RM50,000 seperti telefon bombit, iPod, komputer riba, pemain MP4 dan kamera digital.

"Boleh dianggap, hadiah yang disediakan untuk undian dalam pencalonan awal ini adalah yang paling lumayan sejak ABPBH dianjurkan," kata Mior.

Sementara itu, Puan Hanizam berkata, kejayaan ABPBH mengiktiraf penggiat seni hiburan tempatan dari pelbagai aspek menarik minat pihaknya untuk memilih Puncak Kegemilangan sebagai temanya tahun ini.

"ABPBH merangkumi segala anugerah yang terdapat di negara ini. Kita mengiktiraf penyanyi, pelakon, deejay radio, pengacara TV dan oleh kerana itu temanya sangat bersesuaian dengan penganjuran tahun ini," katanya.

Turut dilangsungkan semalam adalah majlis penyampaian hadiah bagi Pereka Fesyen Popular ABPBH2008 yang dimenangi Hatta Dolmat bagi kategori pakaian lelaki, mana Riezman Ruzaini bagi kategori wanita yang masing-masing membawa pulang hadiah tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 setiap seorang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti popular antaranya Mawi, Hj znil Hj Nawawi, Rozita Che Wan, Farawahida, Dynas Mokhtar, Fizo Omar, Fouziah Gous, Kamal Adli, Diddy Hirdy, Nikki Palikat dan kumpulan One Nation Emcees.

Difahamkan, pihak penganjur telah menerima pencalonan daripada semua syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem, stesen TV dan radio tempatan untuk artis serta selebriti di bawah naungan mereka. Pencalonan terbuka kepada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh produk yang diterbitkan antara 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

*Sumber: Murai.com