Nubhan Bakal Ke United Kingdom Dengan Adira


Nubhan Bakal Ke United Kingdom Dengan Adira

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi


KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2012: Pelantun lagu Ada Untukmu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad mengakui bakal berangkat ke United Kingdom (UK) bersama Adira pada 19 September nanti.

Bagaimanapun, Nubhan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelantun lagu Ku Ada Kamu itu. Sebaliknya, Nubhan memberitahu dia ke sana atas urusan kerja yang mana kedua-dua bekas pelajar Akademi Fantasia ini bakal mengadakan persembahan sempena menjayakan Hari Kemerdekaan negara di sana,

"Saya akan berangkat ke UK pada 19 September depan. Saya akan pergi bersama Adira dan rombongan Wealth iaitu orang yang menjemput kami berdua ke sana.

"Undangan berkenaan bersempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan di UK. Selepas itu, saya juga akan mengadakan persembahan di Ireland, Manchester dan London.

"Ini pertama kali saya mengadakan persembahan di sana dan berasa amat teruja sangat. Selain mendendangkan lagu sendiri, saya juga diminta mendendangkan lagu tradisional. Insya-Allah, saya akan menyanyikan lagu dari Allahyarham Dato Ahmad Jais dan lagu-lagu seperti Warisan dan Pantun Budi," katanya kepada murai.com.my.

Bakal berada di UK selama dua minggu dan pulang pada 3 Oktober nanti, Nubhan memberitahu dia akan mengumumkan satu perkara penting selepas 10 September ini. Pun begitu, dia secara rasminya telah m pun menandatangani kontrak selama setahun dengan syarikat rakaman Nova Music.

"Saya bukannya seorang yang banyak songel dan cerewat. Ada sebab yang membuatkan saya keluar dari syarikat rakaman sebelum ini dan bergerak secara sendiri.

"Apapun, selepas cuba bergerak menerusi pengurusan sendiri, hakikatnya ia satu perkara yang sangat sukar.Sepertimana yang saya lakukan terhadap lagu Picisan. Lagu ini adalah hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ad Samad. Saya masih lagi menunggu respon peminat terhadap lagu ini. Bagaimanapun, saya sekarang dalam perancangan untuk muncul dengan sebuah lagu duet tidak lama lagi," jelasnya.

Mengulas mengenai pasangan duetnya itu, Nubhan yang pernah mengadakan persembahan di Indonesia turut menyimpat hasrat untuk menyanyi dengan penyanyi dari seberang.

"Susah betul nak duet dengan artis luar. Susahnya kerana terpaksa menunggu masa yang lama. Oleh itu, mungkin untuk lagu terbaru nanti, saya akan berduet dengan artis tempatan saja.

"Saya tidak kisah siapakah artis itu. Tapi, kalau boleh saya mahu artis yang sudah established dan mempunyai nama besar. Artis baru pun boleh, tapi sebolehnya biarlah penyanyi yang akan berduet dengan saya itu bersesuaian dengan konsep lagu yang saya bawakan nanti.

"Selain menyanyi, selepas pulang dari UK nanti saya akan beraksi dalam sebuah filem. Apapun, saya belum boleh cakap lebih -lebih lagi kerana segalanya belum muktamad. Yang pasti, saya berasa teruja kerana saya adalah teraju utama filem ini," ujarnya.

Credit to : murai.com.my

Categories: