Dearest fans, 

Pada Ahad (26 Jun 2011) yang lepas, Nubhan telah membuat persembahan di Fiesta Memancing Utusan yang telah diadakan di Tasik Permaisuri, Cheras di mana Nubhan telah menyanyikan 2 buah lagu iaitu Ada Untukmu & Oh Juwita.




Dearest fans, 

Pada Sabtu (25 Jun 2011) yang lepas, Nubhan telah menjadi artis jemputan di Pertandingan Bintang Kecil   anjuran Negeri fm yang telah berlangsung di Dataran Nilai, Negeri Sembilan. Pada hari tersebut, Nubhan telah menyanyikan  dua buah lagu iaitu Baik-baik Sayang & Beri Rasa. Pics credit to Little Wanie






Dearest fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika chat online bersama fans di Utusan Malaysia Online pada hari Selasa (21 Jun 2011) yang lepas yang bermula pada 9.30 malam dan berakhir pada jam 11 malam. Nubhan mengucapkan terima kasih kepada fans yang sudi chat bersamanya pada hari tersebut!




 Pics credit to Utusan Malaysia Online

Dearest fans, 

Pada Sabtu yang lepas (18 Jun 2011), Nubhan telah membuat persembahan di salah satu majlis amal 'BODY SHOP & GLAM HEART walking to STOP CHILD SEX TRAFFICKING' yang telah berlangsung di Pavilion Crystal Fountain. Pada hari tersebut, Nubhan telah mempersembahkan lagu The Climbs duet bersama Shaz dan lagu Diredup Matamu.






Fans! Nak chat dengan Nubhan? Jom chat bersama Nubhan di Utusan Malaysia Online pada hari Selasa, 21 Jun 2011 jam 9.30 malam. Jangan lepaskan peluang anda untuk chat bersama Nubhan!

Dearest Fans,

Dapatkan majalah Mangga keluaran Julai 2011 sekarang untuk mengetahui cerita lanjut. Ada juga poster Nubhan di dalam! 


"Setiap insan dilahirkan di dunia ini untuk menjalankan tanggungjawab dan fungsinya yang tersendiri dan tiada seorang pun insan yang berhak didagangkan ke lembah yang tidak elok apatah lagi insan yang masih lemah lagi mentah dan menggalas kepercayaan pada kita yang dewasa ini untuk membentuk masa depan mereka ke arah yang lebih baik. Nubhan amat tersentuh dengan usaha murni ini dan amat berbesar hati untuk bersama-sama menghentikan kegiatan yang semakin menular ini dengan berpandukan pepatah "hormat pada yang tua dan kasih pada yang muda..." Marilah bersama-sama Nubhan untuk menyokong usaha membanteras kegiatan  tidak bermoral dan melanggar hak asasi manusia ini menerusi STOP CHILD SEX TRAFFICKING Charity Walk oleh THE BODY SHOP & GLAM Mag....See you there!!!!"
-Nubhan-

-----------------------------------------------------------------------------------------
Nubies/fans, Nubhan akan buat special performance di event itu nanti, So, anda semua dijemput hadir untuk menyokong event ini. Details mengenai event ini: 

TARIKH: 18 JUN 2011 (SABTU)
TEMPAT: PAVILION CRYSTAL FOUNTAIN, BUKIT BINTANG
MASA: 8 malam

Kepada Nubies/fans yang ingin memeriahkan event ini, anda dikehendaki memakai baju berwarna oren sebagai tanda sokongan anda kepada Nubhan! Jom support Nubhan dan juga event ini! Jumpa anda di sana! :)

Dearest fans,

Pada Sabtu (11 Jun 2011) yang lepas, Nubhan telah dijemput untuk membuat persembahan di 'Muzik FM Water Splash Fiesta' anjuran Muzik FM bertempat di A Famosa Resort, Melaka. Pada hari tersebut, Nubhan telah menyanyikan 3 buah lagu iaitu Oh Juwita, Mata Hati & Beri Rasa.





Dapatkan majalah Media Hiburan keluaran 4-10 Jun 2011 sekarang untuk mengetahui cerita lanjut!