"Setiap insan dilahirkan di dunia ini untuk menjalankan tanggungjawab dan fungsinya yang tersendiri dan tiada seorang pun insan yang berhak didagangkan ke lembah yang tidak elok apatah lagi insan yang masih lemah lagi mentah dan menggalas kepercayaan pada kita yang dewasa ini untuk membentuk masa depan mereka ke arah yang lebih baik. Nubhan amat tersentuh dengan usaha murni ini dan amat berbesar hati untuk bersama-sama menghentikan kegiatan yang semakin menular ini dengan berpandukan pepatah "hormat pada yang tua dan kasih pada yang muda..." Marilah bersama-sama Nubhan untuk menyokong usaha membanteras kegiatan  tidak bermoral dan melanggar hak asasi manusia ini menerusi STOP CHILD SEX TRAFFICKING Charity Walk oleh THE BODY SHOP & GLAM Mag....See you there!!!!"
-Nubhan-

-----------------------------------------------------------------------------------------
Nubies/fans, Nubhan akan buat special performance di event itu nanti, So, anda semua dijemput hadir untuk menyokong event ini. Details mengenai event ini: 

TARIKH: 18 JUN 2011 (SABTU)
TEMPAT: PAVILION CRYSTAL FOUNTAIN, BUKIT BINTANG
MASA: 8 malam

Kepada Nubies/fans yang ingin memeriahkan event ini, anda dikehendaki memakai baju berwarna oren sebagai tanda sokongan anda kepada Nubhan! Jom support Nubhan dan juga event ini! Jumpa anda di sana! :)

Categories: