Dearest Fans,

Sukacitanya dimaklumankan, Nubhan FC ingin menjemput anda semua untuk hadir ke 'KENDURI RAYA NUBIES' yang bakal diadakan seperti berikut:



*Kepada fans yang berminat untuk menghadiri event ini, sila bagi NAMA, NO TELEFON & NO. MEMBERSHIP CARD (jika ada) kepada Kak Kikey samada melalui private message (PM) di forumotion ataupun di Facebook (Aida Mustapar) ataupun SMS Kak Kikey di nombor 012-2444290.

*Dan anda dikehendaki membayar deposit sebanyak RM10 ke akaun MAYBANK SHAMSIDA MUSTAPAR - 164017119309.

*Tarikh akhir untuk memberi nama dan membuat pembayaran deposit ialah pada 30 SEPTEMBER 2010 (KHAMIS).


*Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang kemusyiklan/permasalahan, boleh ditanyakan di sini ataupun boleh hubungi AJK-AJK berikut:
- Harney (012-6341952)
- Kak Kikey (012-2444290) - Hal pendaftaran
- Yani (013-6290845) - Hal lokasi/pengangkutan


*Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nubhanfc.forumotion.com


Jom ramai-ramai memeriahkan majlis ini!!!


Dearest Fans,

Jangan lupa saksikan Nubhan bersama Tomok & Daus AF8 dalam Xpresi Kembara Raya pada Sabtu ini, 18 September pada jam 11.30 pagi di saluran TV 1!


Video credit to Xpresi Kembara's Facebook



MISI RAYA XPRESI KEMBARA BERSAMA TOMOK, NUBHAN DAN DAUS AF8
Kebiasaannya sambutan Aidilfitri disambut meriah dengan persembahan artis di ibukota. Baik persembahan pentas mahu pun acara berbuka puasa, semuanya memberikan peluang kepada penduduk di ibukota berhibur dengan artis kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.
Namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program popularnya, Xpresi Kembara pula mengambil pendekatan berbeza dengan membawa artis-artis terkenal meluangkan masa berada di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan untuk meraikan kemeriahan Hari Raya bersama peminat-peminat di sana.
Apatahlagi artis yang diundang menjayakan program ini ketiga-tiganya memiliki pengikutnya sendiri. Siapa yang tidak mengenali Tomok, Nubhan dan Daus AF8 terutama di kalangan remaja yang sentiasa mengikuti perkembangan tiga orang artis remaja popular ini daripada awal pembabitan mereka sebagai artis hingga kini.
Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya baik Tomok, Nubhan mahupun Daus AF8 untuk melakukan pelbagai aktiviti dimana pada sebelah petang 28 Ogos 2010 lalu ketika rakaman diadakan, mereka bertiga bersama-sama mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada penduduk-penduduk sekitar Port Dickson. Apatahlagi sambutan yang diterima daripada orang ramai yang ingin menemui sendiri artis pujaan mereka sungguh menggalakan.
XK PD (5)
XK PD (8)
Menariknya bukan saja mereka bertiga yang ada pada masa itu, tetapi ramai artis lain juga yang turut terlibat antaranya Zulhuzaimi, Azza Elite, Didie Alias, Amyza Adnan, Lan Pet Pet, Azlee Senario dan Anding yang turut sama berganding bahu menyerahkan bubur lambuk yang telah dimasak bersama-sama secara gotong-royong.
Pada sebelah malam pula, selepas selesai solat terawih artis-artis mula menghiburkan para tetamu di Permaisuri Resort dengan persembahan mereka yang ternyata memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis.
Kemunculan pemilik nama Shah Indrawan Ismail lebih dikenali Tomok cukup dinanti-nantikan peminatnya menyanyikan lagu Arjuna dengan gaya dan persembahannya yang tersendiri.
XK PD (18)
Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Nubhan pula tampil ceria mengenakan baju melayu rona biru turut menyampaikan lagu popularnya Juwita. Malah Nubhan yang juga nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad ini turut meluangkan masa bersama peminat-peminatnya.
Menariknya pentas sama turut dikongsi Muhd Shahril Firdaus B. Eli yang dikenali sebagai Daus AF8. Anak kelahiran Sarawak yang buat pertama kalinya menyambut Aidilfitri sebagai seorang artis ini muncul dengan lagu Kenapa yang cukup membuatkan tetamu terhibur dengan gelagat spontannya yang bersahaja menyampaikan lagu hitsnya itu.
Ramai lagi artis yang membuat persembahan pada malam itu antaranya Asheed iaitu vokalis kumpulan Def Gab C, komposer terkenal Eddie Hamid, Saleem, Farah Asyikin dan ramai lagi.
Program diterbitkan oleh Mohd Amer Syafiq Khalip ini bakal disiarkan pada 18 September 2010 (Raya ke-9), jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari di TV1.
XK PD (10)
XK PD (11)
XK PD (17)
XK PD (19)
XK PD (23)

*Article credit to: Budiey.com

Dearest Fans,

Pada 27 dan 28 Ogos yang lepas, Nubhan telah menjalani rakaman untuk rancangan Xpresi Kembara edisi raya di Port Dickson. Di samping itu, diadakan juga majlis pengagihan bubur lambuk bersama selebriti di Batu 4, Port Dickson.




*Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh klik DI SINI

Oleh Zaidi Mohamad
2010/09/05



KAMPUNG halaman sedang melambai-lambai kerana kurang seminggu lagi kita akan meninggalkan Ramadan 1431 Hijrah, sekali gus meraikan kedatangan 1 Syawal. Persiapan saat akhir juga masih dilakukan ketika ini sebelum berangkat pulang ke kampung masing-masing. Beberapa lokasi tumpuan masih disinggahi contohnya seperti Jalan Masjid India.

Tiga selebriti yang mana bakat mereka mula diserlahkan daripada program realiti popular, Akademi Fantasia (AF), Nubhan, Lufya dan Rini juga tidak ketinggalan ‘menyerbu’ destinasi membeli belah yang cukup popular itu sekalipun terpaksa berada dalam lautan manusia yang berpusu-pusu ke sana.

Mereka bertiga akui seronok membeli-belah pakaian raya sehingga begitu leka memilih kain persalinan dan kelengkapan berkaitan hari raya di gedung tekstil popular, Jakel. Dari satu tingkat ke satu tingkat, mereka begitu rabun mata mempertimbangkan warna mana yang sesuai untuk digayakan di pagi raya. Kemudian mereka berlegar pula di sekitar Jalan Masjid India dan jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berbanding Rini, Nubhan dan Lufya lebih dulu merasai kehangatan lebaran kerana menyambutnya selepas sebagai artis selepas menyertai AF musim keenam. Rini, 26, pula merasainya setahun selepas mereka. Bagaimanapun, peserta AF musim ketujuh itu lebih merasai bahangnya pada tahun ini.

“Ini tahun kedua saya menyambut raya sebagai artis. Kalau tahun lalu, saya masih tidak tahu membawa diri sebagai artis. Tapi tahun ini, saya akui mula rasa teruja. Rezeki pun lebih sikit tahun ini dan saya bercadang nak membeli baju raya untuk seisi keluarga,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Rini yang mempunyai adik kembar bernama Rina ini seperti biasa sekeluarga akan pulang beraya ke Ulu Yam Baru Selangor. Malah penyanyi yang dikenali dengan lagu Mainan Jiwa dan Penipu ini seperti tahun lalu akan beraya di rumah tunangnya, bakal cikgu bernama Johanis Nordin, 28.

“Kami sekeluarga akan bergerak dari rumah di Bandar Baru Bangi untuk pulang ke Ulu Yam Baru. Bukan jauh sangat pun. Raya pertama dan kedua, selalunya dikhaskan untuk beraya sesama keluarga di kampung. Masa itulah ambil peluang berkumpul dengan saudara mara yang lain.
“Raya ketiga, barulah saya dan tunang akan bertandang di rumah keluarga masing-masing. Saya akan ke rumah keluarganya di Lenggeng, Negeri Sembilan. Kami berkawan selama enam tahun sebelum sepakat untuk mengikat tali pertunangan sejak setahun lebih yang lalu.

“Tahun ini, nampaknya juga bajet duit raya untuk adik beradik dan anak buah terpaksa ditambah,” ungkapnya yang mahu memberi perhatian penuh terhadap dunia nyanyian pada tahun ini.

Nubhan ziarah kubur arwah bapa

Bagi Nubhan, pemenang tempat ketiga AF6 ini lebih gemar bersederhana namun tetap meriah dalam membuat persiapan menanti ketibaan lebaran. Tahun ini juga menjadi tahun kedua, Nubhan sekeluarga beraya tanpa kehadiran bapa, Allahyarham Ahamad Ahdi Rahman.

“Sebagai anak bongsu yang mempunyai sumber pendapatan, saya sendiri tak betah duduk diam tanpa memberi sokongan berbentuk wang dalam melunaskan persiapan raya yang dibuat. Kami lapan beradik akan berkongsi wang untuk membeli barang kepada emak. Kami juga tak lupa akan menziarahi kubur arwah bapa di pagi raya.

“Bukannya apa, kalau membeli belah dengan emak, semua barang dia tak nak kami belikan. Semua mahal pada matanya. Saya pula lebih suka membeli barang sendiri dengan kawan-kawan di pusat membeli belah yang ada di Negeri Sembilan. Saya pun tak memilih barang berjenama atau tidak, janji selesa dipakai,” katanya sambil berseloroh dan akui sudah jelak dengan kek coklat yang sering menjadi menu hidangan kakaknya di hari raya saban tahun.

Sepatutnya pada tahun ini, Nubhan sudah berpuasa dan beraya di rumah baru di Senawang Park City sejak Jun lalu. Namun kerana belum mendapat kelulusan sijil kelayakan menduduki rumah itu lagi, nampaknya Nubhan dan keluarganya akan tetap beraya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Sudah 27 tahun saya beraya di Kuala Pilah. Apa yang lebih penting, kami dapat berkumpul. Saya juga teruja menanti kehadiran album sulung berjudul Langkah Nubhan. Sepatutnya sudah berada di pasaran. Tapi, nampak gayanya mungkin lepas raya nanti baru akan ada di pasaran.

“Segala persiapan untuk album itu sudah siap. Selepas single lagu Oh Juwita, menyusul lagu Aku Atau Dia. Saya sendiri sudah tidak sabar melihat album sulung ini akan berada di pasaran nanti. Harapnya album ini akan sukses dan menjadi penanda aras kepada legasi seni saya yang baru genap tiga tahun pada bulan ini,” katanya yang akan muncul dengan telefilem Cerita Hantu Di Hari Raya.

Lufya pakai jubah lebaran

BAGI Lufya, 25, sepanjang Ramadan ini, dia sibuk melunaskan kerja pembikinan lagu bagi memantapkan profil seninya sebagai seni. Selepas muncul dengan single Diam, diikuti pula dengan lagu Kaki Pengikis. Kata Lufya, tahun ini dia mahu berjuang habis-habisan untuk memastikan namanya sebagai penyanyi terus diingati.

Katanya, selain berada di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Lufya banyak menghabiskan masa di Singapura untuk tujuan kerjaya nyanyiannya. Insya-Allah, selepas musim raya nanti, Lufya akan merakam dua klip video bagi dua lagu dendangannya.

“Memang tahun ini, saya kena berkorban sikit masa bersama keluarga. Tapi itu tak bererti saya tidak akan mencuri peluang untuk berbuka puasa dan membuat persiapan raya bersama-sama. Selalunya kalau membeli belah, sebagai kakak sulung kepada empat orang adik, saya selalu jadi penasihat dalam bab itu.

“Sayalah yang akan memilih baju yang sesuai untuk adik. Kalau ada bajet lebih, saya juga yang akan berbelanja untuk mereka. Saya sendiri pun buat persiapan ala kadar saja. Cukup dengan membeli baju kurung atau kebaya sebanyak lima pasang.

“Selalunya kalau pagi raya, saya lebih suka mengenakan jubah. Maklumlah sebab mempunyai campuran darah Arab, jadi jubah itu sudah menjadi kemestian. Banyak juga simpanan jubah termasuklah yang kawan saya belikan ketika pulang dari Tanah Suci Makkah,” kata Lufya yang juga anak saudara kepada Betty Banafe.

Dalam pada itu, Lufya turut memberitahu mengenai kemungkinan kisah Awekku Bukan Awekmu yang akan dipanjangkan menjadi drama bersiri. Malah lebih menarik, lagu Diam nyanyiannya juga bakal dijadikan sebagai lagu teman cerita terbabit.


*Sumber: Berita Harian Online

Dearest Fans,

Jangan lupa saksikan In-Trend edisi Raya yang bakal ditayangkan pada 18 September 2010 pada jam 3.30 petang di saluran Tv 2. Dan secara eksklusifnya, episod kali ini akan menayangkan videoklip raya nyanyian Nubhan & Mimie.



*Pics credit to In-Trend's Facebook



Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ikon remaja, Tomok dan Nubhan telah berlangsung di Serambi Pak Engku, Shah Alam pada 29 Ogos lalu. Itu merupakan kali kedua Nubhan FC (Nubies) & Tomokianz bergabung untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Seramai dalam 30 orang anak yatim telah dijemput khas dari Darul Sifaa untuk majlis ini.

Sambil menunggu waktu berbuka, para peminat Tomok dan Nubhan berpeluang untuk beramah mesra dengan artis pujaan mereka di samping mengambil bahagian dalam aktiviti games di atas pentas. Selepas memjamu selera, Nubhan dan Tomok juga berkesempatan untuk menghiburkan para peminat mereka dengan lagu hits mereka dan tidak ketinggalan lagu hari raya.


*Untuk melihat gambar boleh klik DI SINI
*Sumber: Selebriti HQ : Online Magazine Portal

Dearest Fans,

Pihak pentadbiran Nubhan FC 2010 & juga Nubhan sendiri ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada Nubies, Tomokianz & tetamu yang datang memeriahkan majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim & Ikon Remaja - Nubhan & Tomok yang telah berlangsung pada 29 Ogos 2010 yang lepas. Terima kasih! Kita jumpa lagi di event yang akan datang. Teruskan menyokong Nubhan & Nubhan FC!

Dearest fans,

Pada 21 Ogos yang lepas, Nubhan telah berada di bazaar ramadhan HOTFM yang bertempat di AEON AU2 Setiawangsa bersama-sama artis-artis dan juga penyampai-penyampai radio HOTFM yang lain untuk membuat kerja amal di mana hasil kutipan jualan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan. Nubhan bersama Suraya telah menjual Laksa Syiok Oh Juwita!. Gerai mereka telah mendapat 'Sorakan Paling Happening' :)


*Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik DI SINI.

Dearest fans,

Pada 18 Ogos yang lepas, Nubhan telah dijemput untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Muzik FM yang bertempat di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama. Pada hari kejadian, Nubhan telah menyanyikan 2 buah lagu iaitu Andai Ku Tahu & Aku Atau Dia.