Dearest fans,





Anda semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Lahir Nubhan yang ke 24 bertempat di :-

Tempat : Fullhouse Lifestyle Store & Cafe, Jalan Yap Kwan Seng
Masa : 2.30 petang - 6 petang
Bayaran : RM 30 untuk ahli & RM 35 untuk bukan ahli
Tema : Hitam & Oren

*Untuk pertanyaan, sila hubungi : Tira (016-9482962), Harney ( 012-6341952) & Kikey (012-2444290)




Penyanyi yang popular dengan lagu "Ada Untukmu", Nubhan kini semakin dikenali melalui single "Oh Juwita" yang kian kerap diputarkan di corong-corong radio.
Namun di sebalik populariti lagu tersebut, ada pihak yang mengatakan cara nyanyian penyanyi yang dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia ini mirip vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi.

Berkesempatan menemubual Nubhan baru-baru ini, anak kelahiran Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun dia mengakui "Oh Juwita" sememangnya mirip dengan muzik yang sinonim dengan kumpulan 6ixth Sense, lantaran lagu tersebut dicipta oleh kumpulan berbakat itu sendiri.

Apa yang Nubhan lakukan sekarang? Maksudnya aktiviti seni Nubhan sebab sejak kebelakangan ini tidak banyak cerita mengenai Nubhan yang dipaparkan di media.
Sekarang saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Malah setiap minggu ada sahaja persembahan pentas yang saya jayakan di seluruh negara. Album sulung saya akan berada di pasaran tidak lama lagi. Kalau mengikut perancangan album saya sudah dipasarkan sejak Februari lalu, namun oleh kerana beberapa sebab-sebab tertentu ia terpaksa dipasarkan awal bulan April.

Kawan-kawan seangkatan Nubhan yang lain semuanya sudah mempunyai album sendiri. Tidakkah Nubhan rasa terlalu lama masa yang diambil untuk menghasilkan album sulung Nubhan?
Memang agak lama. Tetapi sebelum ini ketika saya sedang dalam proses membuat album, wujud masalah daripada aspek syarikat yang menguruskan saya. Apabila semuanya sudah selesai barulah proses pembikinannya disambung semula.

Selain itu saya juga mengambil masa yang agak panjang untuk mencari lagu atau material yang bagus. Saya tidak mahu menghasilkan album secara tergesa-gesa dan hasilnya tidak memuaskan. Kalau boleh saya mahu semua lagu yang terdapat di dalam album ini adalah lagu-lagu yang terbaik.

Lagi satu punca album ini agak lewat berada di pasaran kerana terdapat sebuah lagu yang saya terpaksa rakamkan semula kerana terdapat beberapa kelemahan. Saya tidak kisah dengan perkara tersebut asalkan peminat saya yang telah sekian lama menantikan album saya berpuas hati.

Nubhan sekarang cukup popular dengan lagu "Oh Juwita". Namun ada orang cakap gaya nyanyian Nubhan seakan-akan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dan mereka mendakwa Nubhan meniru Adi. Boleh Nubhan jelaskan perkara ini?
Saya rasa cara penyampaian saya dan Adi berbeza. Tetapi mungkin muzik serta susunan lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh 6ixth Sense. Sebabnya lagu ini dibuat oleh kumpulan tersebut dan saya menafikan dakwaan yang mengatakan saya meniru Adi.

Pada saya peminat sudah terbiasa dengan gaya nyanyian Adi, jadi bila ada lagu-lagu yang seakan-akan muzik kumpulan tersebut mereka menjangkakan Adi yang menyanyikannya. Pada saya, lama-kelamaan isu ini akan hilang bila peminat mula dapat menerima cara nyanyian saya di dalam lagu tersebut.

Sehingga kini respon yang saya terima cukup baik dan saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan 6ixth Sense yang sememangnya cukup berbakat. Mereka merupakan antara kumpulan yang paling saya minati.

Sebelum ini, lagu "Ada Untukmu" agak perlahan, tetapi "Oh Juwita" lebih rancak. Dan nampaknya Nubhan lebih selesa menyanyikan lagu-lagu yang rancak. Boleh ceritakan jiwa Nubhan lebih ke arah mana dan konsep album Nubhan?
Sebenarnya saya memang sukakan lagu-lagu rancak kerana ia lebih mudah diingati oleh penonton dan saya sendiri lebih mudah untuk berkomunikasi serta beraksi di pentas.
Namun saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu-lagu berentak perlahan. Malah konsep album saya juga separuh-separuh. 50% lagu-lagu perlahan dan 50% lagi lagu-lagu yang rancak. Jadi saya beri pilihan kepada peminat saya untuk memilih lagu-lagu yang mereka gemari.

Apakah antara lagu-lagu yang terdapat di dalam album Nubhan serta komposer yang terbabit?
Album ini mempunyai lapan buah lagu dan antara lagu-lagu yang dimuatkan selain daripada "Oh Juwita" ialah "Di Redup Matamu", "Beri Rasa", "Mata Hati", "Aku Atau Dia", "Seadanya Aku" dan sebuah lagu berbahasa Cina, "Ai Mei Cuo" atau maksudnya "Cinta Tak Bersalah". Kiranya lagu tersebut dibuat dalam dua versi iaitu bahasa Cina dan Melayu. Sementara itu, antara komposer yang terlibat ialah kumpulan Sixth Sense sendiri, Tam Spider, Audi Mok dan Sharon Paul.

Bagaimana pula dengan dunia lakonan? Masih menerima tawaran berlakon drama atau filem?
Saya baru sahaja habis menjalani penggambaran filem 'Lagenda Budak setan' yang turut dibintangi Lisa Surihani dan Farid Kamil. Selain itu, saya juga ada menerima beberapa tawaran lain tetapi terpaksa ditolak kerana saya mahu fokus dengan album saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.Ini kerana lakonan memerlukan komitmen yang tinggi serta masa yang agak panjang. Jadi bila dah habis semua kerja-kerja promosi album, barulah saya akan kembali membabitkan diri dengan dunia lakonan.

*Sumber : http://www.gua.com.my


Dearest Fans,

Video Nubhan ketika show di Puchong. Selamat menonton!










Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika show di Puchong pada 13 Mac yang lepas. Pada hari kejadian, Nubhan menyanyikan 4 buah lagu iaitu Cari Jodoh, Jatuh Cinta Lagi, Oh Juwita dan Mimpi Yang Tak Sudah. Untuk melihat lebih banyak gambar boleh klik DI SINI.










Dearest Fans,

Nubhan di rancangan Alahai Fafau yang disiarkan di TV9. Selamat menonton!


Dearest Fans,
Pada Sabtu yang lalu, Nubhan telah meluangkan masa beliau untuk menyaksikan perlawanan Futsal Nubies di Ampang Sports Planet. Gambar di bawah adalah ihsan daripada Sultan Fernando. Gambar-gambar lain akan diupload kemudian. Thanks pada semua yang hadir! ;)


* Photo by Sultan Fernando's Facebook. TQ!

Dearest Fans,
Satu permainan FUTSAL akan diadakan pada hujung minggu ini. Permainan futsal ini diadakan sempena Aktiviti Bulanan Nubhan FC. Butiran adalah seperti berikut:-
Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 3 - 5 pm
Tempat: Ampang Sports Planet, Ampang
Bayaran: RM13 (Registered Nubies with membership card) / RM15 (Normal price)



Untuk keterangan lanjut, sila layari http://nubhanfc.forumotion.com/
Thanks!

Dearest Fans,

Seperti yang semua sedia maklum, pada 6 Mac yang lepas, Nubhan berada di Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk menjayakan HOTFM Big Jam 2010. Sebelum konsert bermula pada jam 4 petang, Nubhan berada di booth-booth untuk sesi bertemu peminat. Pada hari kejadian Nubhan menyanyikan lagu Ada Untukmu & Oh Juwita. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat di ambil.






*Pics taken by Zaly (Nubhan's PR)
*For more pictures, please click HERE

Dearest Fans,

Gambar dan video Nubhan ketika show di Sungai Buloh Mall. Pada hari kejadian, Nubhan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Seadanya Aku, Jatuh Cinta Lagi dan Oh Juwita. Enjoy!










*Klik DI SINI untuk lihat lebih banyak gambar.
*Video Seadanya Aku tak sempat direkod.

Dearest Fans,

Pada 28 Februari yang lepas, telah diadakan Candy Bowling Tournament anjuran United Community Malaysia (UCM) di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Pada hari kejadian Nubhan sempat menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada kelab peminatnya sendiri iaitu Nubhan FC. Di bawah ini ada beberapa gambar yang sempat ditangkap pada hari kejadian.






*Untuk melihat gambar-gambar lain, boleh klik NUBHAN FC'S FOTOPAGE

Dearest Fans,

Video Nubhan ketika di KLFM Mini Concert di Selayang Mall pada 27 Februari yang lepas. Nubhan menyanyikan dua buah lagu iaitu Ada Untukmu dan Oh Juwita. Selamat menonton!





Dear Fans,

Jangan lupa saksikan Nubhan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O'(12 March 2010) pada jam 9.00 pagi!!! Nubhan akan berada di sana secara 'LIVE' untuk anda!!!!! Hanya di TV9...Dekat Di Hati! :)







Dear Fans,

Nubhan telah berada di Penang buat masa ini untuk bersama-sama anda semua memeriahkan HOTFM BIG JAM 2010!!!! Gambar berikut adalah ihsan daripada Faizal Ismail @ FBI Facebook, sewaktu mereka sedang menjalankan rehearsal di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Thanks FBI for the fast upload!!! :)



Kepada fans Nubhan yang berada di Penang, datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Nubhan serta artis-artis yang lain untuk HOTFM BIG JAM esok di Esplanade Padang Kota Lama, Pulau Pinang!!!!


* pics credit to FBI @ Facebook.


Dearest Fans,



HotFM Big Jam kembali lagi untuk tahun 2010!!! Dan seperti yang semua sedia maklum, Nubhan merupakan salah seorang artis yang akan membuat persembahan di HotFM Big Jam nanti. HotFM Big Jam 2010 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat: Padang Kota Lama, Pulau Pinang


So, kepada Nubies yang berada di Pulau Pinang, jom kita gegarkan Big Jam kali ini!!! Bagi Nubies Penang yang nak join memeriahkan suasana, korang boleh contact one of AJK dan kita boleh jumpa di sana.

Dan bagi Nubies yang berada di luar Pulau Pinang, kedatangan korang amatlah dialu-alukan untuk memeriahkan hari kejadian...!!! Jom support Nubhan!!!

Jumpa anda di sanaaaaa!!!!


Dearest Fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika di rakaman Muzik-muzik untuk pencalonan lagu Oh Juwita pada 24 Feb 2010 yang lepas.



*Pic credit to Adila