Dearest Fans,

For your kind info :-


Date : 27th August 2009
- Nubhan @ Muzik-Muzik, Plaza Alam Sentral @ 2 pm


Date : 28th August 2009

- Nubhan @ Melodi Raya, Sunway Lagoon (Private Function)


Date : 30th August 2009
- Nubhan @ Gemas G-Mart
(starts 8pm onwards for Merdeka Countdown)



Date : 31st August 2009
- Nubhan & Suria FM @ Tesco Shah Alam
(Majlis Berbuka Puasa Bersama Suria FM - Nubhan 1st artist to performe after buka puasa)



Any changes will be informed. Thank you.


* credit info to Ms. Myfizly @
NubhanFC Forumotion

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Meskipun bekerja di pentas nyanyian mahupun lakonan menghiasi layar perak dan skrin kaca, mereka juga insan biasa yang menyambut bulan mulia seperti umat Islam lain.

Berkesempatan turun padang melihat-lihat juadah di bazar Ramadan turut menjadi rutin artis tatkala mempunyai masa terluang apabila tidak terikat dengan kerja.

Selebriti Metro Ahad sempat bersama Liyana Jasmay, Aizat, Nubhan, Zizi AF7 dan empat anggota kumpulan One Nation Emcees meninjau dan membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, petang Rabu lalu.

Bazar itu yang menawarkan pelbagai juadah termasuk ikan bakar, patin gulai tempoyak, pari asam pedas dan macam-macam lagi membuat kecur liur. Sabar sajalah dengan godaan itu!

Bagi pelakon Liyana Jasmay, setiap kali tiba Ramadan, ayam masak merah bersama air tebu menjadi hidangan wajibnya berbuka puasa.

“Bagi saya hidangan berkenaan sungguh menyelerakan. Meskipun ia masih boleh didapati pada hari lain, hidangan ini tetap menjadi pembuka selera saya. Malah air tebu yang dibeli pada bulan puasa bagaikan lebih sedap dan menyegarkan daripada biasa.

“Bagaimanapun setiap kali berbuka puasa, saya dan keluarga akan pastikan kami tidak membazir. Segala-galanya disiapkan oleh Mama dan hanya beberapa juadah dibeli di bazar Ramadan.

“Selain itu bulan mulia ini menjadi waktu untuk saya meluangkan masa bersama Mama dan keluarga. Jika sebelum ini saya sibuk bekerja, kini tiba masanya saya berehat bersama-sama keluarga.

“Bulan ini juga mengajar saya banyak perkara. Ia menyedarkan saya erti sabar dan saya juga dapat menginsafi diri. Ramadan hanya setahun sekali, jadi mari kita muhasabah diri dalam bulan yang dipenuhi keberkatan Ilahi,” katanya.

Berbeza Liyana, Aizat pula lebih menggemari mi rebus dan ayam goreng kampung. Jika mahu diikutkan, jejaka ini menikmati apa saja yang dihidangkan tetapi katanya, tidak elok untuk mengikuti hawa nafsu sebegitu.

“Biasanya apabila tiba ke bazar Ramadan, pelbagai jenis makanan bermain dalam fikiran. Biasalah! Pun begitu tidak perlu saya menuruti nafsu, takut nanti membazir pula.

“Jadi semuanya diserahkan kepada Mama dan yang mana tidak cukup, saya akan beli di bazar Ramadan. Bagaimanapun Mama dan Papa menjadi orang penting mengatur apa juadah yang akan kami nikmati manakala saya akan terperap dalam bilik dan menyiapkan lagu demi lagu.

“Walaupun masih bekerja, ibadat dalam bulan mulia ini masih tidak ditinggalkan. Jika ada masa lapang, saya bersama keluarga menunaikan solat sunat Tarawih di masjid berdekatan. Rasanya sayang jika kita sengaja meninggalkan bonus pemberian Allah SWT dalam bulan ini,” katanya.

Lain pula cerita mengenai One Nation Emcees. Kebanyakan anggota kumpulan ini yang berasal dari Sabah pasti pulang ke kampung halaman untuk menyambut puasa pertama bersama keluarga.

Menurut Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), bulan ini menjadi Ramadan kedua buat mereka bergelar artis. Seperti tahun lalu, jika ada kelapangan, empat anak muda yang menganggotai kumpulan ini pasti mengambil cuti untuk pulang ke kampung menyambutnya.

“Kami sepakat bahawa bulan mulia ini lebih istimewa daripada Syawal. Bulan ini juga mengajar kami banyak perkara. Lagipun Ramadan mengandungi pelbagai hikmah. Jadi menyambutnya lebih bermakna jika dibandingkan dengan Aidilfitri.

“Menyentuh soal juadah, pilihan kami berbeza. Saya menyukai ikan bakar bersama bandung soda manakala Muhamed Fareezan Muhamed Murtaza (Kozae), Mohd Norzaidi Edris Jekeria (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) lebih menggemari ayam percik dan murtabak bersama-sama dengan ABC.

“Jadi apabila kami berbuka bersama, pelbagai jenis juadah terhidang di depan mata. Biasalah, lain orang lain seleranya,” jelas Mimi.


Sumber: Harian Metro

Dearest Fans,

Lagu Seadanya Aku telah tercalon dalam Muzik Muzik. Untuk mengundi Taip MM S697 dan hantar ke 33399. Jom mengundi!






Gambar Nubhan semasa di rakaman Muzik Muzik pada hari Khamis yang lepas.


Pic credit to Ktcats

Taip MM S697 dan hantar ke 33399

Dearest Fans,

Nubhan di rancangan 'Kelab Pop Edisi Merdeka' di Astro Ria pada Rabu lepas (26/08/09). Nubhan mewakili kumpulan 'Meletup' bersama Ika & Naim. Manakala kumpulan 'Boleh Gitu' diwakili oleh Yana, Alif & Tasha. So, kepada sapa2 nak tengok Nubhan sampai lebam & gelak sampai guling-guling, sila lah lihat vids di bawah ini. Hope enjoy watching the vids. Kelab Pop..!!!








Dearest Fans,

Hari Sabtu yang lepas (22/08/09), Nubhan jadi artis undangan di rancangan memasak "Jom Rasa" terbitan TV1. Menu yang Nubhan masak - Bihun Nam Pla & Awul Awul. Pandai jugak Nubhan masak! So pada sape-sape yang terlepas nak tengok Nubhan memasak, boleh la tengok vids kat bawah ni. Enjoy watching the vids!







Dearest Fans,

Pada 8 Ogos yang lalu bertempat di Menara Kuala Lumpur, Nubhan telah menjalani rakaman untuk rancangan 'Jom Santai Menara Kuala Lumpur' terbitan TV1. Pada hari kejadian, Nubhan menjadi salah seorang artis undangan selain Chaq, Riz, Rina, Ajai & Julfekar.

Dan rancangan tersebut telah disiarkan di tv pada 22 ogos, jam 11.05pm. Pada sesiapa yang terlepas untuk menontonnya, silalah lihat vid ini.






*Nota kaki
-Nubhan di rancangan Kelab Pop, Astro Ria pada hari Rabu (26 Ogos 2009) jam 7 malam dan ulangan pada jam 10 malam (kalau tak silap la...Takpon korang sume tunggu jek depan tv ok). Jangan ketinggalan untuk menontonnya...!!!

Assalamualaikum sume!!!!


Sempena bulan puasa ni Nubhan nak ucapkan Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa buat Nubies & juga fans Nubhan di luar sanaaa!!!! Buka puasa tu ingat ingat skett, jangan makan banyak sangat!!! Hahahahaahah!!!!


Ok, jumpa anda sume di show show Nubhan akan datang!!!

Dearest Fans,

Aktiviti 'potluck' Nubhan bersama Nubies di Sungai Congkak pada 26 Julai yang lalu, ada di ruangan Selebriti & fan club, majalah Media Hiburan keluaran 22-28 Ogos.


Sila dapatkan Media Hiburan sekarang!!!

sDearest Fans,

Pada Sabtu yang lalu, Nubhan telah mengadakan satu 'show' di Laman Santai Istana Budaya KL. Nubhan telah menyanyikan 5 buah lagu pada malam tersebut. Antaranya, Jatuh Cinta Lagi, Seadanya Aku, Terlanjur Cinta (duet Siti Saerah), Where Ever You'll Go dan Ada Untukmu. Ramai Nubies yang hadir memberi sokongan kepada Nubhan semasa 'show' dijalankan.


Faces of Nubhan



Antara Nubies yang hadir memberi sokongan kepada Nubhan.










Dearest Fans,

Pada 25 July yang lalu, Nubhan telah mengikuti satu roadshow di Jaya Jusco, Seremban 2 bersempena dengan TM Multimedia Fair '09. Pada hari kejadian, Nubhan telah menyanyikan 5 buah lagu. Antaranya ialah Jatuh Cinta Lagi, Ada Untukmu, Generasiku, Seadanya Aku & Dealova.

Antara Nubies yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Nubhan


Nubhan bersama dengan peminat cilik












*Pic credit to Tira, & Intan

Dearest Fans,

Pada 11 July lalu, bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Nubhan telah menjadi salah seorang artis undangan untuk sebuah rancangan realiti tv, O La La terbitan TV9. Pada minggu tersebut, peserta-peserta O La La dikehendaki menyanyikan lagu duet bersama artis. Dan Nubhan dijemput untuk berduet dengan Sha, peserta O La La dengan lagu Pening.




Pada hari kejadian, beberapa Nubies turut hadir untuk memberi sokongan kepada Nubhan walaupon bukan Nubhan yang bertanding.

Dearest Fans,

Terlebih dahulu Nubhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong yang menyokong Nubhan selama 1 tahun Nubhan berada dalam industri muzik ini. Seperti yang semua maklum, website atau blog Nubhan yang lalu sudah tidak digunakan. Now, Nubhan mempunyai blog baru dengan nafas baru!!! Welcome to Nubhan...Cayalah!!! Disini, peminat Nubhan boleh chat serta mendapat informasi terbaru tentang aktiviti Nubhan!!! Nubhan harap semua peminat Nubhan teruskan menyokong karier Nubhan...

Bagi peminat Nubhan yang ingin mengetahui perjalanan seni Nubhan pada tahun lalu, sila layari laman web di sini.


Thank you all!!!!