Video credit to BME


Nubhan at vocal class practising Pokok for Semi Final Muzik Muzik tomorrow (25th November 2011) that will be held at Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam & will be live at TV3, 9pm.
-Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)-

23rd November 2011


22nd November 2011


21st November 2011



Video credit to BME 

Sabtu November 19, 2011
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Peserta yang terpilih ke peringkat Juara Lagu semalam.


SHAH ALAM:Lima lagu yang mendapat markah tertinggi pada minggu pertama peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 dijangka layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.
Lagu tersebut adalah Kisah Hati ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan dinyanyikan oleh Alyah, Mata Hati (Audi Mok/ Nubhan), Beribu Sesalan (Kevin Chin/ Tinta/ 3 Suara), Awan Nano (M. Nasir/ Budi Hekayat/ Hafiz) dan Gadis Semasa (Yuna).
“Segala keputusan juri adalah muktamad dan kita mempertandingkan lagu dan bukannya penyanyi.
“Juri memilih lagu yang terbaik dan bukan yang popular. Misalnya lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy mendapat sorakan gemuruh, tetapi lagu itu tidak mempunyai rezeki untuk tersenarai dalam lima lagu mendapat markah tertinggi,” kata penerbit Muzik Muzik 26, Nurhul Huda Khalid selepas acara tersebut berakhir di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat malam.
Enam lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Muda (Noh Hujan/ Hujan), Di Penghujungnya (Edry Abd Halim/ Iqa), Janji (Akim), Maaf Dari Hati (Mohd Atlas/ Sofazr), Kisah Dongeng (Edry Abd Halim/ Stacy) dan Babak Pertama (Ammar Habir/ Aepul/ Drama).
Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Lim Swee Tin dan Azhar Borhan.
Komen artis terpilih:
Nubhan – “Selepas kali keempat terpilih ke peringkat separuh akhir, ini merupakan kali pertama saya berjaya melepasi peringkat ini.
"Saya tidak meletak harapan untuk mendapat tempat di peringkat akhir. Bagaimanapun, saya bersyukur dan akan bersedia sepenuhnya."
Yuna – “Saya tak jangka apa-apa untuk lagu Gadis Semasa kerana menganggap lagu Penakut mempunyai harapan untuk ke peringkat akhir.
"Saya anggap sudah menjadi rezeki lagu ini untuk terpilih antara yang layak ke peringkat akhir.
"Kalau dah sampai ke tahap ini, saya dan ahli band lain akan memikirkan tentang susunan lagu yang lebih menarik sebagai persediaan untuk ke peringkat akhir.”
Hafiz – “Pada mulanya saya berharap lagu ini berjaya ke peringkat seterusnya tetapi tidaklah meletak harapan setinggi gunung.
"Jadi, apabila terpilih antara yang top 5, saya rasa perlu melakukan yang terbaik."
3 Suara – “Ini merupakan kali pertama tiga penyanyi yang menyanyikan sebuah lagu terpilih untuk ke AJL.
"Ikutkan masing-masing gementar kerana lagu ini diminati ramai dan sebolehnya kami tidak menghampakan peminat.
"Tetapi apabila penonton memberikan sorakan dan tepukan, kami rasa lebih bersemangat dan menjadi kekuatan untuk lakukan yang terbaik.”
Alyah – “Ini merupakan kali kedua saya terpilih untuk ke peringkat akhir selepas kali ketiga bertanding di peringkat separuh akhir.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pemilihan ini walaupun saingan sengit dan saya rasa sedikit terganggu dengan sistem bunyi serta baru sembuh dari pembedahan apendiks.”

*Sumber: mStar Online

Untuk mengetahui cerita lanjut, dapatkan majalah Mangga keluaran Disember sekarang! 

Pics credit to BME

15th November 2011
In vocal class preparing Mata Hati for Semi Final Muzik Muzik 26 this Friday, 18th November 2011. 

*Pics credit to Syuib (Nubhan's manager)


Pics credit to Syuib



ANUGERAH SKRIN 2011
4th November 2011
PWTC


Nubhan wearing Taufik Tailor (sponsored)




*Pics credit to Syuib & BME Entertainment. For more pics, click HERE.