*Pics & video credit to BME Entertainment








28 September 2011
Open House Raya Media Hiburan
@Shah Alam
*credit to Media Hiburan


24 September 2011
My Raya with Maybank
@Nikko Hotel


22 September 2011
Open House IPD Bentong


21 September 2011
Open House RIM
@Seri Melayu Restaurant


20 September 2011
Open House Celcom
@Menara Celcom


17 September 2011
Sambutan Raya Merdeka Kuala Pilah 2011
@Stadium Mini Kuala Pilah


17 September 2011
Syawal Amal NSTP
@Lobby NSTP


13 September 2011
Majlis Amal Raya Murai & Double Tree
@Double Tree Hotel



11 September 2011
Open House YB Dato Haji Johan
@Semenyih
*pic credit to Nanie Azhar


9 September 2011
Rumah Terbuka MaTiC (Malaysia Tourism Centre)
@MaTiC Jalan Ampang, KL


30 Ogos 2011
Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
@Seri Perdana, Putrajaya

*Pics credit to Syuib

Dapatkan majalah Mangga keluaran 1 Oktober 2011 untuk mengetahui 5 perkara menarik tentang Nubhan! :)

Khamis September 22, 2011
Nubhan
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad, 25, mengakui mindanya lebih terbuka selepas keluar daripada syarikat rakaman Artist United Records (AUR) pada April lalu.
Bernaung di bawah syarikat rakaman sendiri, Nubhan Entertainment, dia berasa bebas berkarya selain lebih terarah dalam menentukan hala tuju walaupun dia mengetahui agak sukar untuk bergerak sendiri.
"Saya mempunyai cita-cita sendiri. Sebelum ini saya hanya duduk diam dan menunggu panggilan daripada pihak pengurusan jika terdapat tawaran nyanyian atau berkaitan dengan kerjaya seni saya.
"Tetapi kali ini lain, saya bebas memilih hala tuju sendiri. Biarlah kerjaya seni saya bergerak secara perlahan, apa yang penting perancangan saya itu menjadi kenyataan,” katanya.
Tambah anak kelahiran Negeri Sembilan ini, dia ingin menerokai sendiri tentang dunia muzik tempatan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman.
Dalam pada itu, Nubhan bakal muncul dengan sebuah lagu baru yang belum ada tajuknya yang dihasilkan oleh Tam (Spider) dan liriknya ditulis oleh M.Nasir. Lagu tersebut menggantikan single lagu Mata Hati.
Sementara itu kata Nubhan dia masih tidak mempunyai teman wanita dan enggan bercinta dalam jangka masa terdekat.
"Sekarang ini saya ada misi untuk dicapai di mana saya ingin mengumpul aset harta selain mengembangkan karier nyanyian.
"Justeru itu, saya tolak ke tepi dahulu bab-bab percintaan kerana risau misi saya tersasar kerana komitmen cinta pula," selorohnya.
Kata Nubhan, walaupun jika ada wanita yang berjaya menarik minatnya, dia akan cuba menolak jauh perasaan itu.
*Sumber - mStar Online