Dearest fans, 

Cerita mengenai Nubhan di Majalah Aksi keluaran 18 April 2011 (cover depan Kay & Laika). Di dalam majalah tersebut turut diselitkan sekali cerita mengenai sambutan hari lahir Nubhan yang telah diadakan pada 3 April yang lepas. 






D.U.R.I.A.N! hallamakkkkk! nub mmg takleh tgk durian niiiiii....begetar lutut...haha...






ni durian MUSANG! kenapa ianya diberikan nama MUSANG den pon tak tau...haha...lantakla MUSANG ke...rusa ke...seladang ke...asalkan duriannn.....i telan jew...kah3





fuhhhh! sgt nikmat...NikMat!!! NIKMat!!!! N.I.K.M.A.T!...so sesapa yg ada dusun durian tu bleh la ajak nub g eh...sanggup nub tunggu buah tu gugur smpai ke 'sin wau ba wau ha'...btol tak ejaan tu? hAHA



HARI YG BERIKUTNYA... ;P


control macho...padahal dlm hati #$%!$#@!!! tak tahannn...kah3





hmmm....nak durian? mau? haha...silalah dapatkan di gerai2 durian berhampiran anda! kah3






Enjoy! :)

Dearest Fans,

Pada 27 Mac 2011 yang lepas, Nubhan telah dijemput ke Karnival Rakan Muda ARPRM 2011 yang telah diadakan di Morib. Pada hari tersebut, Nubhan telah menjadi juri pertandingan karaoke lagu-lagu 60-an. Sebelum pertandingan bermula, Nubhan telah membuat lawatan melihat pameran-pameran yang telah disediakan. Nubhan juga telah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Aku Atau Dia dan Oh Juwita. Terima kasih kepada Kolej MCS! :)





Dearest fans,

Pada 26 Mac 2011 yang lepas Nubhan telah membuat persembahan di Mentakab untuk mempromosikan album sulungnya, Langkah Nubhan. Pada hari tersebut, Nubhan telah menyanyikan 4 buah lagu iaitu Aku Atau Dia, Oh Juwita, Cari Jodoh dan Ai Mei Cuo. Terima kasih fans di Mentakab! :)





JOM UNDI LAGU AKU ATAU DIA DI MUZIK-MUZIK 26 dengan klik link ini www.tv3.com.my/muzikmuzik 

Dearest fans,

Gambar-gambar Nubhan ketika di Karnival Ulangtahun ke-20 Harian Metro yang telah berlangsung pada 26 Mac 2011 yang lepas di Dataran Merdeka. Aktiviti yang telah diadakan ialah sukaneka di antara stesen-stesen radio. Nubhan telah mewakili radio Hotfm yang telah mendapat tempat pertama. 






Nubhan dan pihak pentadbiran Nubhan FC ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada Nubies, fans, press HAI, Max (blogger) yang hadir memeriahkan majlis 'Wishing Upon a Star...Nubhan's 25th Birthday!' yang telah berlangsung Ahad lepas. Terima kasih diucapkan kepada Scrumptious Restaurant atas tajaan tempat, Mamaleli Homemade Chocolate atas tajaan coklat, kakak Nubhan atas tajaan kek dan abang Zamri atas penyediaan sound system. Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah kita berjumpa lagi di event Nubhan FC yang seterusnya. Teruskan menyokong Nubhan dan Nubhan FC! :)


*Pic credit to Yani

Dearest fans,

Pada 25 Mac 2011 yang lepas, Nubhan telah menjadi artis jemputan untuk rancangan realiti Tiada Lama Tiada Baharu terbitan RTM yang dihoskan oleh Azwan Ali dan Didie Alias. Pada minggu tersebut, Tiada Lama Tiada Baharu bertemakan Retro.