*Pic credit to gua.com.my

Ditulis oleh Rosli Manah Jumaat, 23 Oktober 2009 17:10


Sebanyak 30 buah lagu diumumkan layak ke persaingan peringkat separuh akhir Juara Lagu 24. Kalau dulu ada ketegori balada, pop rock dan etnik kreatif, kali ini kategori itu dimansuhkan sebaliknya dijalankan secara terbuka.
Antara alasan yang diberikan ialah kurangnya lagu baru yang masuk bertanding, tidak cukup kuota lagu etnik kreatif serta adanya lagu-lagu rentak baru yang tidak kena dengan kategori yang diadakan sebelum ini.
Kalau dilihat senarai lagu yang layak, ia memang mencerminkan muzik yang didengar oleh peminat hari ini. Itulah juga lagu-lagu yang dimainkan di corong-corong radio pada masa ini.
Nampaknya kali ini Juara Lagu hilang warna warni apabila sejenis muzik sahaja yang mendomonasinya. Hanya lagu Enjut (Noraniza Idris) dan Oh Anok Anok (Reshmonu) yang boleh dikategorikan dalam kategori etnik yang mengangkat serba sedikit muzik etnik negara ini.
Pastinya dua lagu yang mewakili muzik mereka akan tenggelam di sebalik kemeriahan lagu-lagu yang dihasilkan oleh pemuzik generasi baru seperti Bunkface, Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussain dan lain-lain
Lagu Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar), Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Kupinjam Satu Bintang (Alyah dan Riz), Seadanya Aku (Nubhan) dan Pergi (Aizat) yang mewakili lagu-lagu berlenggok.
Selebihnya lagu pop atau rock semasa. Ada lagunya yang kedengaran hampir sama kerana dihasilkan mengikut cita rasa yang sama oleh generasi pemuzik yang dikategorikan dalam kelompok indie. Mungkinkah ini dia corak muzik kita?
Dominasi bintang realiti
Separuh akhir Juara Lagu 24 menampilkan barisan besar bintang realiti baru dan terdahulu. Itulah barisan penyanyi yang ada hari ini.
Daripada Akademi Fantasia ada wakil iaitu Stacy (Pakai Buang), Adam (Benar Benar), Mila (Gila), AIzat (Kau Aku, Pergi dan Fikirlah), Nadia (Dia, Aku Dan Kamu), Hafiz (Masih Jelas), Nubhan dan Akim (Bengang).
Bintang realiti dari stesen rangkaian Media Prima pula diwakili Faizal Tahir (One In The Million) (Bencinta),Tomok OIAM (Rindu Terhenti), One Natien Emcees (Gangstarz) (Raja Gelek) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).
Lagu-lagu lain ialah Aurora dan Ketika Ini (Estranged), Situasi (Bunkface), Dan Sebenarnya (Yuna), Aku Scandal (Hujan), Patri dan Tahu Tak Tahu Joget (Jinbara), Mirage (Pesawat), Khatimah Cinta (Sixth Sense) dan Pari-pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain).
"Sejak dulu lagi kami sentiasa terbuka dengan cadangan dan pendapat serta kehendak dalam industri muzik itu sendiri bagi meningkatkan lagi mutu program Muzik Muzik.
"Sebab itulah juga Muzik Muzik 24 tampil dengan format baru dengan pencalonan lebih fleksible dan ini bermakna lagu-lagu yang dicalonkan terbuka kepada semua kategori lagu," kata Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria.
Saingan peringkat separuh akhir akan diadakan pada 6 November 2009, 13 November 2009 dan 20 November 2009. Keputusan lagu yang akan ke pertandingan akhir akan dibuat sejurus selepas saringan ketiga selesai. Pertandingan separuh akan akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 10.00 malam. Pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 24 akan diadakan pada Januari 2010.


*Sumber : ManggaOnline

Dearest Fans,

Petang tadi, bertempat di perkarangan Sri Pentas diumumkan 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik.Mereka adalah:

6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)

20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)


Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my

* Sumber: www.gua.com.my
** Tahniah Nubhan, Nubies & Nubhan's Fans!


Dear Nubies & Nubhan's fans,

Please take note that pengumuman ini telah tamat tempoh. Thank you all who participate! :)

Pengumuman kepada semua Nubies.

Pihak Nubhan FC akan mengadakan satu pertandingan dikalangan Nubies. Below is the details of the competition:

Masa : Dari masa posting ini di lancarkan sehingga jam 6 petang ini (selasa, 20 Oktober 2009)

Apa yang perlu korang buat?

Letak gambar korang dengan Nubhan atau dengan suasana kampung di "Temasya Raya Kampung Nubies Berdengung" di SINI .Seorang boleh hantar sebanyak mana penyertaan.Pastikan gambar yang anda hantar tu clear dan gambar yang paling kreatif atau yang paling cantik akan pilih sebagai pemenang.

Pemenang akan dinilai oleh Nubhan, President, naib presiden & juga AJK Nubhan FC

Hadiah?

Hadiah adalah sangat lumayan. Seorang pemenang akan dibawa untuk pendengaran vocal bersama Nubhan di studio khas pada hari Rabu, 21 Oktober 2009.Pendengaran vocal ini adalah untuk lagu terbaru Nubhan yang belum pernah didengar dimana-mana sebelum ini.

Pengumuman pemenang akan dibuat pada jam 9 malam esok di SINI dan masa serta details lain akan diberitahu terus kepada pemenang yang bertuah.

***Sila ambil perhatian, AJK kelab adalah TIDAK LAYAK untuk mengambil bahagian.

Pengumuman dibuat atas keizinan presiden Nubhan FC

'Laluan kami berbeza'
Oleh Elrafaei Sapiahmadelrafaei@hmetro.com.my

PELUANG menjadi penyanyi sekarang tidak seperti suatu ketika dulu apabila bakat baru perlu menghadiri uji bakat di syarikat rakaman. Senario berbeza menyaksikan penyanyi baru lebih mudah dicungkil bakat menerusi program realiti TV.
Memberikan kelebihan, penyanyi ciptaan program ini meraih populariti dalam masa singkat selepas mendapat sokongan penonton yang mengundi mereka menerusi SMS. Ini memudahkan mereka untuk menempa nama dalam bidang hiburan apatah lagi segelintir daripada mereka lebih bersandarkan populariti berbanding bakat sebenar.Bagi dua penyanyi yang mempunyai latar belakang muzik berbeza iaitu Nubhan dan Anis Suraya, mereka mempunyai pandangan sendiri mengenai pencapaian karier yang dibina. Nubhan yang popular menerusi lagu Ada Untukmu sebelum ini pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim keenam (AF6).Biarpun dia tewas kepada Stacy yang bergelar juara, Nubhan tidak berputus asa untuk meraih peluang sebagai penyanyi baru. Hasilnya, dia yang bernaung di bawah label Artiste United Records (AUR) mengakui masih mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan dari semasa ke semasa.Katanya, dia tidak kecewa dengan apa yang dilalui sebaliknya bersemangat mencari peluang untuk terus menyanyi. Berbanding pencapaian setahun lalu selepas menjadi 'graduan' AF6, dia banyak memberi fokus pada karier nyanyian semata-mata. Namun, dia kini mampu berbangga dengan pencapaian diri kerana mencuba nasib dalam bidang lakonan."Sejak tiga minggu yang lalu, saya masih terima beberapa jemputan mengadakan persembahan termasuk rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Dalam pada itu, saya juga terima tawaran berlakon."Sebelum ini, saya pernah mencuba menerusi filem pertama saya, Romance arahan Sharad Sharan yang menjalani penggambaran empat bulan lalu. Filem ini yang diadaptasi daripada karya novelis, Ahadiat Akashah dijangka tayangan pada tahun depan."Dalam filem ini, saya melakonkan watak Sapi iaitu remaja nakal bersama tiga rakan lain lakonan Farid Kamil, Said Nabil dan Zoey. Pada saya, pengalaman berlakon dalam filem ini cukup mencabar dari aspek mental dan fizikal."Ia mengajar saya erti disiplin diri dan perlu belajar bagaimana meluahkan ekspresi lakonan dengan berkesan mengikut mood di setiap situasi. Biarpun ada rasa tertekan tetapi saya seronok berlakon apatah lagi saya berpeluang belajar daripada pelakon berpengalaman seperti Farid, Lisa Surihani dan Raja Farah yang terbabit sama berlakon," katanya.Pada Ramadan lalu, Nubhan turut terbabit dengan penggambaran drama baru, Cinta Lelong arahan Michael Ang yang akan ditayangkan di Astro Prima. Drama ini yang dijayakan sama Erra Fazira, Louisa Chong dan Nikki menyaksikan Nubhan melakonkan karakter penghantar bunga.

Mengenai perancangan karier seni, Nubhan menyatakan dia berminat untuk meneruskan dua bidang serentak. Namun, buat masa ini dia mahu beri fokus pada nyanyian dulu kerana ingin memastikan proses penerbitan album sulungnya yang dijangka berada di pasaran awal Disember nanti berjalan lancar.

Album berkonsep pop rock dan balada ini sudah siap 70 peratus menampilkan lagu ciptaan komposer popular seperti Tam Spider, Sharon Paul dan Audi Mok. Menariknya, saya akan tampilkan satu lagu Mandarin. "Saya boleh berbahasa Mandarin sedikit dan ini memberi kelebihan pada saya untuk menarik minat pendengar Cina. Ketika saya berusia 12 tahun, saya pernah menyertai satu pertandingan nyanyian lagu Mandarin dan menjadi juara."Saya percaya penyanyi perlu mempunyai kelainan menerusi album baru yang ditampilkan. Sama ada album baru boleh jual atau tidak, itu soal lain. "Apa yang penting, jika kualiti album bagus peminat tetap akan beli. Seperti album ini, saya yakin ia boleh jual dan mendapat sambutan positif daripada peminat," katanya.Nubhan berkata, dia merasai banyak perubahan pada diri berbanding di awal kemunculan selepas AF6 berakhir. Jika dulu, dia mempunyai perasaan malu, takut dan tidak selesa berdepan dengan khalayak tetapi kini dia makin matang dalam menerima kritikan peminat sambil memperbaiki diri ke arah pencapaian yang lebih baik.


Berbeza dengan Anis yang popular menerusi Cinta Tersimpul Rapi pada 1999, namanya lenyap begitu saja selepas muncul dengan album ketiga, Suara Hati (2003). Anis yang ditemui pada Karnival Gegaria Harian Metro yang diadakan di Dataran Dewan Merdeka, Dungun Terengganu baru-baru ini menyatakan dia masih aktif menyanyi dan berhasrat untuk kembali dengan album baru."Sejak beberapa tahun ini, saya masih menyanyi cuma menerusi persembahan pentas. Memang jika difikirkan, perkembangan karier seni saya senyap selepas tamat kontrak dengan SRC pada 2003."Ketika masih mempunyai kontrak selama lima tahun, saya sempat muncul dengan tiga album termasuk album pertama, Anis Suraya (1999) dan kedua, Getaran Cinta (2000). Saya pernah berasa terpinggir dengan nasib saya tetapi saya tidak salahkan peminat jika mereka tidak kenal saya lagi kini."Dalam hati, saya tetap gembira dengan apa yang saya lalui kerana tidak terikat dengan mana-mana kontrak rakaman. Saya tidak berkecil hati atau merajuk dengan situasi sekarang tetapi saya menyokong kehadiran penyanyi baru khusus yang muncul menerusi program realiti TV," katanya.Kata Anis, dia tetap berbangga dengan pencapaian diri yang pernah mewakili negara sebanyak tiga kali ke pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan pada 2000, 2001 dan 2003. Menariknya, Anis berjaya menang dua anugerah iaitu Hadiah Utama Asia Dauysy (2000) menerusi lagu sendiri, Wajah Seribu Rahsia dan Susunan Lagu Kazakhstan Terbaik (2003) untuk lagu Shan Na Na bermaksud Mama yang mempunyai versi bahasa Malaysia dan Kazakhstan.Ibu tunggal kepada Puteri Elisya Farzana Wan Kasmizi, 2, ini menyatakan masih ada peminat yang mengenalinya ketika berada di luar. Berbanding sikap kurang selesa dan sensitif ketika mula menyanyi dulu, Anis akui kali ini dia lebih terbuka dalam menerima pandangan peminat."Ada tawaran bersama syarikat rakaman lain yang saya terima tetapi ia masih dalam pertimbangan. Saya sebenarnya merancang untuk hasilkan album baru dengan menggunakan modal sendiri dan diterbitkan saya sendiri."Saya belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk pasar album baru ini sebaliknya saya berharap ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sebelum ini saya sudah mempunyai syarikat sendiri iaitu AS Entertainment yang beroperasi di Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu."Syarikat saya ini mempunyai studio rakaman dan menganjurkan kelas tarian serta vokal. Mengikut perancangan, saya juga ingin ambil penyanyi baru bernaung di bawah syarikat saya ini kerana saya lihat ramai bakat baru yang berada di sini berminat untuk jadi penyanyi."Untuk kelas vokal, ada pelajar yang semuda sembilan tahun hingga 40 tahun berminat untuk belajar. Apapun, saya berhasrat untuk buat kemunculan semula tetapi biarlah saya mencari lagu baru yang sesuai dulu," katanya.


PROFILNUBHAN
NAMA: Ahmad Nubhan Ahamad
NAMA KOMERSIAL: Nubhan
TARIKH LAHIR: 2 April 1986
USIA: 23 tahun
ASAL: Kuala Pilah, Negeri Sembilan
PENCAPAIAN: Tempat ketiga Akademi Fantasia 6


ANIS SURAYA
NAMA: Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman
NAMA KOMERSIAL: Anis Suraya
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1980
USIA: 29 tahunASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
ALBUM: Anis Suraya (1999), Getaran Cinta (2000) dan Suara Hati
PENCAPAIAN: Hadiah Utama Asian Dauysy (2000) dan Susunan Lagu Kazakhstan Terbaik (2003) pada Pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my


Rap
KUNJUNGAN sulung Karnival Gegaria Harian Metro di lokasi kedua bertempat di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu pada 9 dan 10 Oktober lalu nyata mencipta sejarah sendiri apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung setempat. Acara selama dua hari itu yang turut menganjurkan pelbagai pertandingan seperti bola sepak, bola jaring termasuk permainan rakyat, wau dan dam aji mengundang tarikan pada pengunjung untuk bersama-sama menjayakan acara ini.

Menariknya, kemuncak acara ini dimeriahkan dengan persembahan tujuh artis yang terbabit menerusi Konsert Gegaria yang berlangsung pada malam kedua. Bersama dua anak jati Terengganu iaitu Anis Suraya dan juara Akademi Fantasia musim keempat, Mohd Faizal Ramly, persembahan juga dimeriahkan dengan kehadiran Nubhan, Along (Raja Lawak 2, Alyah, kumpulan Butterfly dan Jinbara.

Sebagaimana sambutan pada pertandingan akhir Metro Idol yang diadakan pada malam sebelumnya mencatat sambutan seramai 15,000 pengunjung, untuk konsert kali ini pula pengunjung di sana terus memberi sokongan apabila 20,000 penonton mengambil kesempatan memenuhi segenap ruang di lokasi berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, konsert yang bermula lewat setengah jam daripada waktu asal, jam 9 malam tetap dinanti ramai pengunjung walaupun hujan sejak 6 petang. Tirai persembahan dibuka dengan kemunculan Along menyampaikan lagu Aspalela yang pernah dipopularkan Saiful Apek.

Disusuli kemunculan Anis yang menyampaikan dua lagu iaitu Hadirlah dan Terasing, pengunjung mula bersorak apabila melihat aksi Anis menari untuk lagu keduanya itu. Anis yang berasal dari Kuala Terengganu bertanya khabar kepada pengunjung yang berada di situ sebelum membuat persembahan.

Beralih perhatian pada bekas peserta Akademi Fantasia keenam, Nubhan, persembahan penyanyi berusia 22 tahun ini menarik perhatian peminat remaja. Nubhan memulakan persembahan menerusi lagu rancak, Jatuh Cinta Lagi (nyanyian asal kumpulan Matta) sebelum menjemput dua pengunjung naik ke pentas untuk beramah mesra.

Dibantu dua pengacara majlis iaitu Along bersama Rudy Syareme Sheriffudin, keadaan menjadi gamat dengan sorakan pengunjung yang menyaksikan gelagat dua pengunjung bertuah itu. Mereka juga mengiringi Nubhan menyampaikan lagu popularnya, Ada Untukmu.

Memberikan variasi pada persembahan malam itu, kemunculan kumpulan Butterfly memberikan kejutan. Bagi pengunjung di situ yang belum pernah melihat persembahan lima anggota remaja wanita ini pasti terpegun dengan aksi mereka menyanyi, bermain gitar, keyboard dan dram di atas pentas.

Kumpulan ini yang banyak menyokong Harian Metro pada acara lain sebelum ini, terus memberi sokongan dan komitmen dengan persembahan bertenaga. Mereka menghiburkan pengunjung dengan persembahan lagu popular mereka, Oh Kawan. Untuk persembahan kedua, mereka memeriahkan suasana dengan lagu Aidilfitri, Indahnya Beraya Di Desa.

Berbeza dengan versi asal lagu ini yang pernah disampaikan Azlina Aziz, kumpulan ini mengubah melodi pada genre rock. Menghangatkan suasana malam itu, kumpulan ini sempat mengajak dua peminat wanitanya naik ke pentas menari bersama untuk lagu seterusnya, Goyang Inul.
Begitu juga dengan Alyah menyampaikan lagu popular, Tak Mungkin Kerna Sayang sebaik tiba gilirannya selepas itu. Alyah kemudian menyanyikan lagu Just Dance (Lady Gaga). Semakin persembahan menghampiri kemuncak, kumpulan Jinbara tampil menguasai pentas dengan tiga lagu iaitu Kasihnya Laila, Cinta Pantai Merdeka dan Farhana.

Nyata, pemilihan Jinbara di penghujung konsert ini berjaya menarik perhatian pengunjung untuk terus berhibur dalam persembahan yang berlangsung dua jam ini. Sama ada lagu rancak Kasihnya Laila mahupun rentak sentimental menerusi Cinta Pantai Merdeka, pengunjung yang terdiri peminat fanatik mereka tetap menyanyi bersama. Menutup tirai, kesemua artis menyanyikan lagu Selamat Hari Raya.

Bagi Alyah yang pertama kali mengadakan persembahan di sini, terkejut dengan sambutan yang diberikan pengunjung apatah lagi mereka sanggup bermandi hujan untuk menyaksikan persembahan artis kali ini. Alyah menganggap sambutan ini suatu yang luar biasa.

"Sebelum persembahan bermula, hujan masih turun. Saya menjangkakan pengunjung makin berkurangan. Sebaliknya apabila saya naik ke pentas, saya lihat ramai pengunjung memenuhi tapak karnival walaupun ada antara mereka berpayung.

"Pada saya, persembahan dan acara ini suatu yang bagus untuk diadakan khusus di kawasan luar bandar. Sebenarnya penduduk di luar bandar kurang menyaksikan persembahan seperti ini dan ini memberi peluang pada mereka untuk berhibur," katanya.

Pandangan yang sama dikongsi Nubhan yang menyifatkan persembahan dan acara ini berjaya. Katanya, dia terharu dengan sambutan pengunjung tidak mengira usia hadir beramai-ramai.

Sebelum terbabit dengan persembahan untuk Konsert Gegaria Harian Metro, Nubhan bersama Anis dan Faizal turut berkesempatan bertemu pengunjung di gerai Harian Metro pada sebelah siang. Dalam pertemuan itu, mereka beramah mesra, mengadakan kuiz, bergambar dan memberikan autograf pada pengunjung yang hadir.

"Keunggulan Harian Metro sebagai akhbar bahasa Malaysia nombor satu menjadi faktor pada tarikan pengunjung untuk hadir memeriahkan acara ini. Sambutan pengunjung ini juga menjadi kejayaan apabila akhbar ini terus berada di hati pembaca," katanya.

Anis pula percaya sambutan penduduk di luar bandar sering tidak mengecewakan apabila acara seperti ini dianjurkan. Sebagai anak jati Terengganu, dia berbangga dan terharu dengan sambutan yang diberikan pengunjung pada acara ini.

"Saya berharap acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sudah tiba masanya Harian Metro meneruskan acara sendiri sebagai tanda penghargaan kepada pembaca setia mereka.

"Sebagai artis, saya tetap menyokong Harian Metro dan mendoakan kejayaan akhbar ini bertambah pada masa akan datang," katanya.


*Sumber : Harian Metro Online

Klik pada gambar untuk melihat image yang besar

*Banner ini adalah OFFICIALLY HAKMILIK NUBHAN FC. Tidak dibenarkan crop atau edit. Harap maklum. Sekian, terima kasih.





*Hanya untuk tujuan Promosi event "Temasya Raya Kampung Nubies Berdengung" - Nubhan FC. Sebarang penggunaan video clip ini untuk tujuan komersil atau peribadi adalah dilarang sama sekali.

*Untuk maklumat lanjut mengenai majlis, sila lihat posting di bawah.

Jumaat September 25, 2009

DALAM kita bergembira menyambut hari raya pasti ada yang berduka. Setiap insan pasti akan mempunyai satu kenangan yang pahit untuk dilalui tanpa insan yang tersayang tambah-tambah lagi di hari raya.
Selepas pemergian ayahanda tercinta Ahamad Abdul Rahman, 67, yang meninggal dunia malam Rabu (7 Januari 2009) kerana serangan sakit jantung, Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan masih teringatkan berbagai kenangan beraya bersama ayahnya biarpun lebaran sudah berlalu.
Nubhan akan muncul dengan album solonya pada bulan
November atau Disember nanti. - foto THE STAR oleh
RAYMOND OOI


"Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya tanpa arwah ayah, jadi saya tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya.
"Berbagai kenangan kami lalui bersama ketika menyambut hari raya... ayahlah orang yang paling bertanggungjawab bila tiba bulan puasa dan hari raya.
"Kalau bab persiapan, semua kami serahkan pada ayah, dia yang akan mengemas rumah, beli baju raya kami semua, kalau dia rajin dia akan bakar lemang sendiri.
"Semua akan dilakukan oleh ayah, mak hanya berehat sahaja. Tetapi tahun ini semuanya saya lakukan bersama dengan mak, abang ipar saya, saudara mara semua turut membantu," jelas Nubhan yang ditemui ketika menjayakan kempen jom balik kampung anjuran SuriaFm dan Munchy's di stesyen KTMB Kuala Lumpur baru-baru ini.
Nubhan juga sudah memiliki pengurus baru iaitu Fauzi Abdul Samad. Fauzi telah menggantikan tempat Vernon Kedit-Jolly yang menguruskan Nubhan sebelum ini.
"Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pengurus baru, nama dia Fauzi Abdul Samad dan kami panggil dia Poji.
"Dia baru menjadi pengurus saya dalam tempoh dua bulan dan apa yang saya lihat dia sangat bagus dalam menjalankan tugasnya.
"Mungkin cara dia dan Vernon berlainan, tetapi saya percaya mereka masing-masing mempunyai objektif yang sama di dalam industri hiburan tanah air kita," jelas Nubhan.
Nubhan yang beraya di kampungnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mengatakan dia akan mencari pelung untuk beraya bersama teman-teman lamanya di kampung kerana pada tahun lepas dia tidak sempat untuk beraya dengan mereka.
"Saya akan cuba untuk mencuri sedikit masa beraya dengan kawan-kawan lama saya... tahun lepas saya langsung tidak jumpa mereka sampai ada yang merajuk dengan saya.
"Tahun lepas tahun pertama saya beraya sebagai seorang artis, jadi rumah sentiasa penuh dikunjungi para peminat sampai saya tidak boleh hendak kemana-mana.
"Jadi tahun ini saya akan cuba dapatkan peluang untuk beraya dengan kawan-kawan, supaya mereka tidak merajuk lagi dengan saya," katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ada Untukmu' ini juga akan mengeluarkan sebuah album solonya yang dijangka akan dikeluarkan pada November atau Disember tahun ini.
"Insya-Allah album saya akan dikeluarkan pada November atau Disember nanti sebab sekarangpun masih lagi dalam proses rakaman.
"Album ini akan memuatkan 10 buah lagu, tetapi tajuknya masih belum diputuskan lagi dan album ini bergenre pop rock dan balada.
"Kesemua komposer yang mencipta lagu untuk saya dalam album ini juga handal-handal seperti Sharon Paul, Audi Mok, Tam Spider dan ramai lagi," jelas Nubhan yang juga merupakan artis yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia musim keenam.